Ada sesetengah ibu ayah bersetuju dengan tindakan pisahkan tempat tidur anak seawal usia 7 tahun dan ada juga yang tidak sampai hati untuk membiarkan si manja yang masih kecil tidur bersendirian.
Hakikatnya mengasingkan tempat tidur anak ini memberikan pelbagai kebaikan kepada anak seperti lebih berdikari, membataskan aurat ayah dan ibu serta mengekalkan keharmonian hubungan kekeluargaan.
Baca juga: Anak Boleh Curi-Curi Tengok Apa Ibu Ayah ‘Buat’ Ketika Malam, Sebab Itu Kena Ajar Tidur Asing!
Cara pisahkan tempat tidur anak dengan berkesan
credit to sources
Pada hari ini macam-macam perkara negatif boleh berlaku melibatkan anak kecil. Ada yang sudah ketagihan pornografi seawal usia 7 tahun, apabila diselidik mereka mengatakan pernah curi-curi tengok ‘aksi’ ibu ayah ketika waktu malam dan ada juga pernah tertengok video lucah di skrin komputer riba milik ayahnya.
Anak tidur bersama tidak bermakna mereka benar-benar lena dan nyenyak, ya! Memandangkan si manja sedang membesar, mereka sentiasa ingin tahu apa yang ibu ayah buat dan paling membimbangkan cuba melakukannya di sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak.
Apabila menyentuh mengenai cara pisahkan tempat tidur anak, ramai sebenarnya pasangan suami isteri berdepan rasa serba salah apabila si manja menangis teresak-esak dan akhirnya tidak berjaya.
Antara tips untuk pisahkan tempat tidur anak ialah:
#1. Sediakan sebuah bilik yang selesa
Ini tidak bermakna ibu ayah perlu menghabiskan banyak duit dengan pelbagai perabot mewah. Sebaliknya cukuplah sekadar bilik berkenaan kemas dan bersih.
#2. Melatih tidur di biliknya pada waktu siang
credit to sources
Usah terburu-buru dalam proses mengasingkan tempat tidur si manja. Ibu boleh cuba temankan anak terlebih dahulu ketika siang dan bacakan buku cerita yang memberi manfaat kepada mereka.
Lakukan sekerap mungkin dan cara ini pasti dapat membantu anak menjadi terbiasa.
#3. Berikan masa kepada anak
Berikan sedikit waktu untuk anak membuat persediaan mental dan emosi. Jelaskan kepadanya bahawa kini sudah besar, perlu belajar untuk tidur asing di bilik sendiri.
Di samping itu, ibu ayah atau sesiapa sahaja jangan pernah menakut-nakutkan anak ketika dia tidur sendiri nanti.
#4. Libatkan anak dengan aktiviti menghias bilik
Sebagai contoh, sekiranya anak lelaki anda amat menyukai kereta, masukkan elemen permotoran dalam bilik tidurnya. Paling penting adalah ibu ayah mengikut citarasa mereka, barulah anak jadi tidak sabar untuk tidur berasingan.
Selain itu anda juga perlu menyediakan sedikit ruang bermain dalam bilik anak dan hiasan yang diletakkan tidak terlalu sarat. Elakkan meletak barang-barangan kaca yang mudah pecah kerana ia boleh mendatangkan bahaya.
#5. Tonjolkan kasih sayang
Setiap hari ibu ayah hendaklah mempamerkan rasa kasih sayang anda terhadap anak agar mereka berasa tidak dipinggirkan. Jika dia ada adik sama jantina, maka anda juga boleh menyediakan tempat tidur dalam biliknya dengan memasangkan katil dua tingkat.
Ia menjadi pilihan yang tepat untuk jangka masa panjang, lebih-lebih lagi sekiranya rumah mempunyai ruang terhad.
#6. Persediaan mental dan emosi
credit to sources
Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sesuatu yang baru. Malah anda juga mungkin terpaksa berdepan kesukaran apabila anak menangis enggan tidur bersendirian.
Justeru, sentiasalah bersabar dan dapatkan kerjasama dengan suami untuk sama-sama memenangi hati anak.
#7. Berikan ganjaran
Apabila anak menunjukkan tanda-tanda dia sudah bersedia untuk tidur berasingan dengan ibu ayah, maka teruskan beri galakan. Tidak salah jika anda ingin berikan ganjaran sekiranya dia berjaya tidur sendiri seperti belikan hadiah permainan baru atau bawa keluar makan aiskrim
Anda dan pasangan perlu sentiasa kreatif. Jika si manja seorang yang takut gelap, pada awal-awalnya pasangkan sahaja lampu di dalam bilik tidurnya. Lama-kelamaan apabila sudah terbiasa, anak sendiri yang akan berasa silau sewaktu lampu dibuka ketika sedang tidur.
Kesimpulannya, setiap anak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ibu ayah perlu sentiasa bertenang serta layankan sahaja karenah anak dengan memberikan didikan atau penjelasan agar dia sedar keperluan tidur berasingan.
Sumber: Fadzilah Kamsah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pastikan Anak Tidur Cukup Waktu Siang, Ini Akibat Jika Anda Mengabaikannya!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!