X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Suami Pimpinlah Tangan Isteri, Anda Yang Menentukan Dia Masuk Syurga @ Neraka

4 min bacaan
Suami Pimpinlah Tangan Isteri, Anda Yang Menentukan Dia Masuk Syurga @ Neraka

Bukan mudah menggapai kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga. Hanya pasangan suami isteri yang baik sahaja dapat meneruskan jalan sehingga ke syurga.

Dalam sesebuah pernikahan, fitrah setiap manusia pastinya menginginkan rasa untuk dicintai dan saling berkasih sayang. Pasangan yang baik mampu membimbing jalan ke syurga bersama-sama.

Sejak dari bujang, tentu sekali anda berangan alangkah gembiranya hidup jika segera berkahwin dengan lelaki yang amat dicintai. Namun ia sebenarnya bukanlah sesuatu seperti diimpikan sekiranya tersilap memilih suami.

Jalan ke syurga atau neraka isteri ditentukan oleh suami

suami bawa isteri ke syurga

Untuk membina sebuah keluarga bahagia, kunci utamanya bergantung kepada kemampuan suami untuk menjadi ketua keluarga yang baik dan bertanggungjawab.

Meskipun memiliki rumah serta kenderaan yang besar, adakah pasangan anda mengerjakan solat lima waktu dengan cukup? Sekiranya perkara wajib sudah ditinggalkan, sila semak semula dimanakah keberadaan anda dan anak-anak sekarang ini.

Tuntutan harian sehingga mencipta perasaan mencintai dunia semata-mata sebenarnya meletakkan isteri dan anak-anak cenderung untuk melupakan sang pencipta. 

Dalam hal ini, seorang suami dikatakan menjadi asbab kepada isteri untuk masuk syurga ataupun neraka. Jika anda mendidik isteri untuk menjaga aurat, mendirikan solat 5 waktu dan menegur akan kesilapannya, nescaya dia sudah selangkah mendekati syurga.

Namun, jika wanita yang dikahwini oleh anda ini derhaka kepada suami, maka nerakalah akan menantinya kelak.

Meletakkan pasangan dalam situasi dia terpaksa ‘derhaka’

suami isteri menuju syurga

Sekiranya suami tidak sanggup menjadi penyebab isteri masuk neraka, fikir semula kenapa anda meletakkannya dalam keadaan dan situasi yang cenderung untuk dia menderhakai pasangannya sendiri?

Sebenarnya, agak susah untuk menyuruh isteri terus taat kepada suami yang sendiri tidak ‘berkemampuan’ menunaikan kewajipan dan tanggungjawab dengan baik.

Mungkin bagi suami yang memiliki pasangan tidak bekerja, anda anggap dirinya hanya goyang kaki dan tolong tengok-tengokkan anak sahaja. Namun hakikatnya mereka mengerahkan segala kudrat setiap masa untuk menguruskan kediaman dan anak yang masih kecil.

Hal ini boleh menjadi lebih teruk jika suami pulang kerja lewat malam, tidak mandi dan terus melelapkan mata tanpa meluangkan sedikit masa untuk berbicara dengan seluruh keluarga.

Susah bagi seorang wanita untuk terus berlapang dada dan bersikap terbuka dengan suami yang meletakkan beban di bahunya sahaja.

Susah juga isteri untuk terus bersabar dengan sikap suami yang suka berfoya-foya dan enjoy di luar, tidak langsung membantu di rumah, tidak solat dan sering melakukan maksiat.

Lambat laun jika terpaksa berdepan keadaan ini setiap hari, ia akan membawa kepada penderhakaan seorang isteri ke atas sesuatu yang tidak patut diterimanya dari lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Suami suka buat perkara yang dilarang agama

suami penentu syurga neraka isteri

credit to sources

Bagi lelaki yang tidak puas menikmati zaman remajanya dengan baik, dia mungkin akan cenderung untuk bawa sikap tidak baik meskipun sudah memiliki isteri dan anak-anak.

Apabila mula hilang kesabaran di dada dan tidak tahan dengan pelbagai perkara tidak baik dilakukan oleh suami, maka keluarlah ”penderhakaan” seorang isteri.

Ia adalah definisi yang sering suami katakan walhal ia adalah lebih kepada satu bentuk pemberontakan kerana diperlakukan seolah-olah manusia tidak memiliki perasaan.

Hal yang perlu anda ingat adalah walaupun ramai wanita dimasukkan dalam neraka, ia tidak menandakan sikap dan perbuatan suami telah melayakkan anda melangkah jalan ke dalam syurga dengan cara amat mudah.

Sebagai kesimpulannya, suami tidak boleh meletakkan isteri dalam situasi dan keadaan di mana dia boleh hilang kawalan, bertindak secara emosi serta mengeluarkan pelbagai perkataan kesat.

Sebaiknya tunaikanlah hak isteri tanpa dia perlu memintanya seperti seorang pengemis. Jangan biarkan dia menjadi derhaka jika anda tidak mahu wanita yang dicintai ini diheret masuk ke dalam neraka.

”Pada suami yang tidak solat atau melakukan maksiat, segeralah bertaubat kerana anda sepatutnya membawa anak isteri ke syurga.”

”Suami yang tiada niat membawa anak isteri ke syurga maka sia-sia sahaja hidup berumah tangga. Cuba perbaiki diri dan berhentilah berkawan dengan manusia tidak baik. Hargai setiap manusia yang menyayangi anda sepenuh hati mereka,” kata Prof. Muhaya.

Stories Rakan Kongsi
How to Raise Healthy & Happy Children, 5 Easy Tips All Parents Must Know
How to Raise Healthy & Happy Children, 5 Easy Tips All Parents Must Know
Is Your Child’s Growth Stunted? Here’s What You Should Know
Is Your Child’s Growth Stunted? Here’s What You Should Know
Understand the Impact of Chickenpox From a Doctor's Diary
Understand the Impact of Chickenpox From a Doctor's Diary
6 tips on how to build resilience in children
6 tips on how to build resilience in children

Sumber: Baituljannah,Pengantin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comlayan-suami

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Suami Pimpinlah Tangan Isteri, Anda Yang Menentukan Dia Masuk Syurga @ Neraka
Kongsikan:
  • Tabah Diuji Kematian Anak Kecil, Habuannya Mereka Beri Syafaat Kepada Ibu Ayah Di Akhirat Kelak

    Tabah Diuji Kematian Anak Kecil, Habuannya Mereka Beri Syafaat Kepada Ibu Ayah Di Akhirat Kelak

  • Oh Isteri, Lakukan 7 Perkara Ini Kalau Nak Suami Sentiasa Rindu

    Oh Isteri, Lakukan 7 Perkara Ini Kalau Nak Suami Sentiasa Rindu

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Tabah Diuji Kematian Anak Kecil, Habuannya Mereka Beri Syafaat Kepada Ibu Ayah Di Akhirat Kelak

    Tabah Diuji Kematian Anak Kecil, Habuannya Mereka Beri Syafaat Kepada Ibu Ayah Di Akhirat Kelak

  • Oh Isteri, Lakukan 7 Perkara Ini Kalau Nak Suami Sentiasa Rindu

    Oh Isteri, Lakukan 7 Perkara Ini Kalau Nak Suami Sentiasa Rindu

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.