X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Bapa Ingin Anak Memiliki Tinggi Ideal? Ini Caranya..

7 min bacaan
Ibu Bapa Ingin Anak Memiliki Tinggi Ideal? Ini Caranya..

Ketinggian sangat penting, ia mampu menyuntik keyakinan seseorang. Dan secara jujurnya kita semua boleh bayangkan bagaimana ciri-ciri seorang ketua.

Apabila bercakap mengenai ketinggian, terdapat kajian dari seluruh dunia menyatakan, lebih tinggi seseorang itu apabila berdiri, lebih mudahlah kehidupan mereka. Pengkaji juga melihat ada ketidakadilan dalam  kelebihan orang yang tinggi iaitu mereka mendapati orang-orang yang tinggi pendapatannya lebih tinggi malah lebih mendapat perhatian daripada rakan-rakan serta menjalani hidup yang lebih bahagia1. 

Walaubagaimanapun, tumbesaran yang terbantut adalah lazimnya di kalangan kanak-kanak di Malaysia yang berlaku dikalangan pelbagai etnik dan sumber pendapatan yang berlainan. Mengikut kajian UNICEF pada tahun 2018 ‘Children Without’, peratusan tumbesaran terbantut adalah sebanyak 22 peratus di kalangan miskin bandar di Malaysia – ia adalah peratusan yang lebih teruk daripada negara seperti Ghana, Afrika walaupun negara kita mempunyai pencapaian dalam Keluaran Dalam Negar Kasar (KDNK)2. 

Sementara itu, 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia mengalami tumbesaran terbantut. Ini mungkin dapat mengancam kesihatan mereka kerana kebarangkalian untuk mereka mengalami penyakit kronik di masa hadapan adalah tinggi3. 

Tumbesaran terbantut juga mempunyai impak jangka masa lama pada perkembangan kanak-kanak termasuklah dari segi akademik, aspek fizikal juga kesihatan keseluruhan4. 

Sebagai ibu bapa, kita mendidik anak-anak kita untuk berfikir lebih jauh dari itu, menjaga kesihatan mereka dan menerapkan keperibadian jangan pernah berputus asa dalam apa jua situasi. Namun statistik tersebut mengingatkan kita untuk juga beri perhatian kepada tumbesaran fizikal apabila mengukur tahap kejayaan. 

Ini caranya untuk capai ketinggian optimum pada anak-anak. 

Fakta nutrisi yang menarik

Beri lebih perhatian pada lima tahun pertama kanak-kanak – inilah waktu yang penting mencapai perkembangan anak-anak yang ideal. Tahukah anda bahawa kanak-kanak mendapat 60% daripada ketinggian optimum mereka pada lima tahun pertama5? Dan nutrien menyumbang sebanyak 80% dalam membantu kanak-kanak mencapai ketinggian maksimum mereka6.

pediasure growth, Ketinggian anak

Makanan untuk anak lebih tinggi

Kekacang yang kaya dengan protein seperti kacang kuda, lentil dan kacang hijau adalah makanan terbaik untuk menguatkan tulang, otot dan sendi. Malah kekacang ini bukan saja kaya dengan protein, tapi juga mampu menyalurkan badan anak anda dengan zat besi dan Vitamin B untuk tumbesaran dan perkembangan.

Antara kekacang lain adalah almond. Ia mampu menambah lemak yang baik, serat dan Vitamin E , vitamin yang merembeskan lemak berupaya memberi antioksida sebanyak dua kali ganda. 

Keju, yogurt, telur kuning dan makanan yang ditapai seperti tempeh dan natto (kacang soya Jepun yang ditapai) cukup kaya dengan Vitamin K2. Nutrien ini membantu kekuatan tulang yang mana dapat menyokong tumbesaran.

Telur adalah sumber makanan yang cukup tinggi dengan zat. Ia menyumbang Vitamin D untuk meningkatkan penyerapan kalsium bagi kesihatan muskuloskeletal. Para penyelidik Amerika dari jurnal Pediatrics telah juga menemui bukti bahawa telur berpotensi untuk mencegah pembantutan fizikal kanak-kanak7.

Anda juga boleh memberi anak anda keledek stim yang mana ia kaya dengan Vitamin A bagus untuk kekuatan tulang. Malah beri keledek bersama yogurt dapat memberi badan anak anda lebih serat yang menggalakkan penghasilan bakteria baik di dalam usus, untuk sistem imunisasi yang lebih baik.

Bagaimana dengan susu?

Susu adalah komponen utama dalam mengekalkan diet yang sihat. Ia adalah sumber penting bagi kanak-kanak yang masih tidak biasa dengan makanan pejal seperti sayuran. Untuk ibu-bapa yang mahukan tumbesaran optimum untuk anak-anak, PediaSure® adalah pilihan yang tepat. Diformulasi khusus untuk tumbesaran kanak-kanak terutamanya ketinggian. Dengan dua gelas sehari, ibu bapa dapat lihat tumbesaran ketara dalam hanya lapan minggu8.

Malah PediaSure® juga menggalakkan ibu bapa untuk mengukur ketinggian dan berat badan kanak-kanak secara berkala bagi memantau tumbesaran mereka. Gunakan anggaran-ketinggian bagi memudahkan ukuran malah dapat menganggarkan juga ketinggian anak apabila dewasa.

Bagi memenuhi selera anak-anak, susu ini hadir dengan beberapa perisa iaitu vanila, coklat atau perisa asli yang baru diperkenalkan (dengan 0% sukrosa) untuk nutrisi tambahan yang lengkap dan seimbang.

Berformulasi dengan Arginina (untuk merangsang rembesan Faktor Pertumbuhan), Vitamin K2 Semula Jadi yang mana meningkatkan pemindahan kalsium ke tulang, serta 25 nutrien penting untuk menyokong pertumbuhan tulang yang lebih panjang9.

pediasure growth, Ketinggian anak

Senaman yang membantu!

Lakukan banyak senaman regangan bersama anak-anak anda. Sebelum dan selepas bermain anda boleh lakukan senaman regangan ringkas. Minta anak anda bersandar pada dinding dan angkat tangan serta regang selama yang mungkin. Lakukan senaman ini berdiri dan duduk. Kemudian minta anak anda tunduk sedikit dan capai jari kaki. Senaman ini bagus untuk memanjangkan tulang belakang di samping memperbaiki postur badan.

Galakkan anak-anak anda untuk lakukan senaman lain juga seperti berlari, berenang, mendaki dan aktiviti-aktiviti melompat bagi menggalakkan pengeluaran hormon tumbesaran pada badan secara tidak langsung membantu anak anda lebih tinggi10.

pediasure growth, Ketinggian anak

Jangan lupa untuk fokus pada waktu rehat dan tidur anak yang cukup

Disamping mendapat nutrisi yang cukup dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan, rehat serta tidur cukup sembilan jam adalah faktor utama dalam mendapat tumbesaran optimum11. Kekurangan tidur sebenarnya dapat mengurangkan hormon tumbesaran malah memberi kesan kepada prestasinya di sekolah. Antaranya anak kemungkinan kurang fokus, sukar membuat keputusan dan melemahkan daya ingatan. 

pediasure growth, Ketinggian anak

Kebersihan sentiasa diutamakan

Tabiat menjaga kebersihan diri juga sangat penting dalam memastikan tumbesaran anak yang sempurna. Ajari anak untuk kerap membasuh tangan dapat mengurangkan risiko anak-anak dari jatuh sakit. Ingat, apabila anak anda sakit, nutrien di dalam badan yang menyumbang untuk tumbesaran akan di alih untuk melawan virus atau bakteria. Jadi tumbesaran anak akan terganggu dengan kehilangan nutrien dalam badan. Itulah sebab PediaSure® dapat mengurangkan hari sakit sebanyak 64%12.

Empat langkah untuk bantu anak anda miliki tinggi ideal

Kempen PediaSure’s Grow Right, menyasarkan pada betapa pentingnya nutrisi, bermain, mengamalkan kebersihan diri dan tidur yang cukup dalam membantu tumbesaran anak-anak ketika ini.

Empat komponen penting ini amat penting dalam  kehidupan harian anak anda bukan sekadar untuk tumbesaran dari segi ketinggian dan kekuatan malah juga untuk membawa mereka ke arah kejayaan apabila dewasa nanti. Dan itulah matlamat utama bagi semua ibu bapa.

Ketahui lebih lanjut & minta sampel percuma Pediasure.

Dapatkan suplemen nutrisi kanak-kanak #1 yang disyorkan oleh pakar sekarang!

Rujukan:

1“Tall vs short: Which is it better to be? – BBC Future.” 28 Sep. 2015, https://www.bbc.com/future/article/20150928-tall-vs-small-which-is-it-better-to-be. Accessed 28 Jul. 2020.

2 “Children living in poverty: unseen, but among us – Unicef.” 26 Feb. 2018, https://www.unicef.org/eap/press-releases/children-living-poverty-unseen-among-us. Accessed 28 Jul. 2020.

3 Full report of IMFeD Nationwide Growth Screening exercise among 225 participating private paediatric clinics between April – July 2018 among 20,748 children between 1-5 years old

4 “Childhood Stunting: Context, Causes and Consequences.” https://www.who.int/nutrition/events/2013_ChildhoodStunting_colloquium_14Oct_ConceptualFramework_colour.pdf?ua=1. Accessed 28 Jul. 2020.

5WHO Growth Standard, 2007.

6Jelenkovic, A, et al. Genetic and environmental influences on height from infancy to early adulthood, 2016.

7 https://pediatrics.aappublications.org/content/140/1/e20163459 – Lora L. Iannotti, Chessa K. Lutter, Christine P. Stewart, Carlos Andres Gallegos Riofrío, Carla Malo, Gregory Reinhart, Ana Palacios, Celia Karp, Melissa Chapnick, Katherine Cox and William F. Waters. Eggs In Early Complementary Feeding And Child Growth: A Randomized Controlled Trial. Pediatrics July 2017, 140 (1) e20163459; DOI: doi.org/10.1542/peds.2016-3459

8Huynh DTT et al. J Hum Nutr Diet (2015), 28, 623-635. Longitudinal growth and health outcomes in nutritionally at-risk children who received long-term nutritional intervention & Huynh DTT et al. Jr of Nutr Sci.2016;5(20). Impact of long-term use of oral nutritional supplement on nutritional adequacy, dietary diversity, food intake and growth of Filipino preschool children.Kenneth R. Ginsburg, The Importance of Play in Promoting Healthy Child Development and Maintaining Strong Parent-Child Bonds. Available from https://pediatrics.aappublications.org/content/119/1/182. Last accessed June 29, 2020.

9 Van Vught AJ et al. Dietary arginine and linear growth: The Copenhagen school child intervention study. Br J Nutr (2013), 109, 1031-1039.

10 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2679385/

11Steven Dowshen, MD. Can Lack of Sleep Stunt Your Growth? Available from https://kidshealth.org/en/teens/sleep-growth.html#:~:text=A%20single%20night%20of%20no,is%20normally%20released%20during%20sleep. Last accessed June 29, 2020.

12Huynh DTT et al. J Hum Nutr Diet (2015), 28, 623-635. Longitudinal growth and health outcomes in nutritionally at-risk children who received long-term nutritional intervention.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Ibu Bapa Ingin Anak Memiliki Tinggi Ideal? Ini Caranya..
Kongsikan:
  • 5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti

    5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti

  • Budak 12 Tahun Lompat 1000 Kali Sehari Untuk Tinggi, Tapi Masih Kekal Murid Paling Pendek!

    Budak 12 Tahun Lompat 1000 Kali Sehari Untuk Tinggi, Tapi Masih Kekal Murid Paling Pendek!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • 5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti

    5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti

  • Budak 12 Tahun Lompat 1000 Kali Sehari Untuk Tinggi, Tapi Masih Kekal Murid Paling Pendek!

    Budak 12 Tahun Lompat 1000 Kali Sehari Untuk Tinggi, Tapi Masih Kekal Murid Paling Pendek!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.