X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

6 min bacaan
Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Maksud akil baligh adalah fasa perubahan fizikal dan emosi kepada remaja dan berlaku perubahan suara, pertambahan ketinggian dan emosi

Tiba-tiba anak jadi mudah marah, mula rasa malu bila bercakap tentang tubuh sendiri dan makin lama makin tinggi, inilah maksud akil baligh yang sedang dilalui oleh anak apabila mereka membesar. 

Adakah semua perubahan ini normal? Dan bila kita sebagai ibu bapa patut mula risau?

▲▼Isi Kandungan

  • Maksud Akil Baligh
  • Apa Yang Berlaku Setelah Akil Baligh?
  • Tanda-Tanda Akil Baligh Dalam Sains
  • Tanda-Tanda Akil Baligh Dalam Islam
  • Bila Perlu Jumpa Doktor?

Maksud Akil Baligh

Akil baligh merujuk kepada proses perubahan fizikal dan hormon yang berlaku apabila kanak-kanak memasuki usia remaja. Ia adalah tempoh di mana tubuh anak mula berkembang menjadi tubuh orang dewasa yang bersedia untuk tumbesaran.

Proses ini berlaku disebabkan oleh pengaktifan hormon di dalam otak  terutamanya hormon estrogen bagi perempuan dan testosteron bagi lelaki yang mengawal pertumbuhan fizikal dan perkembangan seksual.

Biasanya, fasa ini berlaku secara berperingkat dan berbeza mengikut jantina dan individu. Ada yang baligh lebih awal, ada juga yang lambat sedikit.

Dan itu semua normal, selagi berada dalam julat umur yang sihat.

Apa Yang Berlaku Setelah Akil Baligh?

Apabila anak memasuki fasa akil baligh, perubahan yang berlaku bukan hanya dari segi luaran tetapi juga dari segi emosi dan cara mereka melihat diri sendiri.

Antara perubahan biasa termasuk:

1. Pertumbuhan Tinggi Badan Secara Mendadak

Semasa akil baligh, hormon pertumbuhan (growth hormone) akan meningkat secara aktif. Ini menyebabkan remaja, sama ada lelaki atau perempuan, mengalami lonjakan ketinggian dalam tempoh yang singkat.

Biasanya, perubahan ini sangat ketara sekitar usia 10–16 tahun dan boleh menyebabkan anak rasa cepat penat atau lapar kerana tubuh sedang berkembang pesat.

2. Perubahan Suara

Bagi lelaki, suara akan mula menjadi lebih dalam atau garau. Ini berlaku kerana kotak suara (larynx) membesar dan pita suara memanjang. Pada peringkat awal, suara mungkin kedengaran “pecah” atau tidak stabil, tetapi ini adalah perkara normal dan sementara. Perubahan suara ini menandakan tubuh sedang menuju kematangan seksual.

3. Pertumbuhan Rambut Di Kawasan Kemaluan, Ketiak dan Anggota Badan Lain

Hormon androgen yang meningkat semasa akil baligh menyebabkan pertumbuhan rambut di kawasan kemaluan dan ketiak. Rambut juga mungkin mula tumbuh di kaki, lengan, dan bagi lelaki, di muka seperti misai dan janggut.

Ini adalah tanda tubuh sedang membentuk ciri-ciri fizikal orang dewasa.

4. Perubahan Kulit 

Kulit remaja akan mula menghasilkan lebih banyak minyak disebabkan peningkatan hormon. Akibatnya, liang pori mudah tersumbat dan menyebabkan jerawat, terutamanya di muka, dada dan belakang.

Walaupun ini normal, perubahan ini boleh menjejaskan keyakinan diri anak dan memerlukan penjagaan kulit yang betul.

5. Perubahan Emosi Anak

Perubahan hormon bukan saja memberi kesan pada fizikal, malah turut mempengaruhi emosi. Anak mungkin mudah marah, cepat terasa atau menunjukkan mood yang berubah-ubah. Ini adalah sebahagian daripada proses perkembangan otak dan emosi yang sedang berlaku.

Ibu bapa perlu beri ruang dan sokongan untuk mereka belajar urus perasaan sendiri.

6. Minat Terhadap Identiti Diri dan Privasi

Anak-anak akan mula menunjukkan minat terhadap siapa diri mereka, bagaimana mereka dilihat oleh orang lain dan mula mencari identiti sendiri. Mereka juga semakin mementingkan privasi contohnya, tidak mahu lagi mandi bersama adik atau berkongsi bilik.

Ini adalah fasa normal dalam proses menjadi individu yang berdikari.

Fasa ini boleh jadi mencabar bukan saja untuk anak, tetapi juga ibu bapa. Sebab tu penting untuk kita faham dan bersedia.

Tanda-Tanda Akil Baligh Dalam Sains

Tanda-tanda akil baligh bagi lelaki dan perempuan berbeza kerana setiap jantina mengalami perubahan hormon yang unik. Berikut ialah tanda-tanda akil baligh mengikut jantina:

Perempuan:

  • Pertumbuhan payudara (boleh bermula seawal 8 tahun)
  • Pertumbuhan bulu di kawasan kemaluan dan ketiak
  • Tinggi badan meningkat dengan cepat
  • Mula datang haid (biasanya 2 tahun selepas payudara mula berkembang)
  • Perubahan bentuk badan seperti pinggul melebar

Lelaki:

  • Pertumbuhan testis dan zakar
  • Suara menjadi garau
  • Pertumbuhan bulu di kawasan kemaluan, ketiak, dada, dan wajah
  • Pertumbuhan otot dan lonjakan ketinggian
  • Mimpi basah

Biasanya, perempuan mula baligh antara usia 8 hingga 13 tahun, manakala lelaki antara 9 hingga 14 tahun.

Tanda-Tanda Akil Baligh Dalam Islam

Dari sudut agama, akil baligh juga membawa maksud anak telah mencapai usia matang dari segi tanggungjawab agama. Dalam Islam, seseorang dianggap sudah baligh apabila muncul tanda-tanda tertentu.

Tanda-tanda ini termasuk:

Anak Lelaki:

  • Mimpi basah
  • Tumbuh bulu di kemaluan
  • Suara menjadi lebih garau
  • Umur mencecah 15 tahun Hijrah jika belum ada tanda fizikal

Anak Perempuan:

  • Didatangi haid
  • Tumbuh bulu di kemaluan
  • Umur mencecah 15 tahun Hijrah jika belum datang haid

Apabila anak menunjukkan salah satu tanda di atas, mereka sudah dikenakan kewajiban ibadah dan tanggungjawab sebagai Muslim.

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Walaupun baligh adalah proses semula jadi, ibu bapa juga perlu tahu bila masanya perlu mendapatkan nasihat pakar.

Bawa anak berjumpa doktor jika:

  • Anak perempuan belum menunjukkan sebarang tanda baligh selepas umur 13 tahun
  • Anak lelaki belum menunjukkan sebarang perubahan selepas umur 14 tahun
  • Tanda-tanda baligh muncul terlalu awal (sebelum 8 tahun bagi perempuan atau sebelum 9 tahun bagi lelaki)
  • Perubahan emosi atau fizikal terlalu mendadak dan memberi kesan pada kehidupan harian anak

Kadangkala, perkembangan awal atau lambat boleh disebabkan oleh masalah hormon atau kesihatan lain yang memerlukan rawatan lanjut.

Fasa akil baligh ialah masa penting dalam perkembangan anak dari segi fizikal, emosi dan identiti mereka semua berubah serentak. Sebagai ibu bapa, memahami maksud akil baligh amat besar ertinya dalam membantu anak melalui perubahan ini dengan lebih yakin dan positif.

Bercakaplah dengan mereka secara terbuka, tanpa rasa malu kerana komunikasi yang sihat akan jadi kunci hubungan yang lebih erat dalam fasa remaja ini.

Kids Health, Maktabah Al Bakri

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cuba Fahami Love Language Anak, Confirm Mereka Jarang Buat Perangai Dah!

Baca juga: Cara Berdepan Anak Yang Keras Kepala & Suka Melawan Cakap Tanpa Menggunakan Kekerasan

Baca juga: Nak Anak Lembut Hati, Mak Ayah Dulu Kena Berhenti Mengamuk, Cuba 3 Cara Ini Lembutkan Hati Anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu
Kongsikan:
  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

    Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

  • Apa Itu Pseudo Autisme, Gejala & Cara Mengatasi Agar Anak Kembali Normal

    Apa Itu Pseudo Autisme, Gejala & Cara Mengatasi Agar Anak Kembali Normal

  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

    Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

  • Apa Itu Pseudo Autisme, Gejala & Cara Mengatasi Agar Anak Kembali Normal

    Apa Itu Pseudo Autisme, Gejala & Cara Mengatasi Agar Anak Kembali Normal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham