X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Mainan Minda Untuk Kanak-Kanak 2 Hingga 5 Tahun Bagi Menggalakkan Perkembangan Otak!

4 min bacaan
7 Mainan Minda Untuk Kanak-Kanak 2 Hingga 5 Tahun Bagi Menggalakkan Perkembangan Otak!

Ada banyak game untuk kanak-kanak yang mampu mengembangkan otak mereka sejak kecil lagi, ini senarai permainan yang ibu bapa patut praktikkan!

Tahu tak betapa pentingnya untuk anda mempengaruhi perkembangan otak kanak-kanak sebelum dia mencecah usia 5 tahun? Dan game untuk kanak-kanak adalah salah satu faktor penting!

Pakar mendedahkan bahawa 90% perkembangan otak berlaku ketika mereka berusia 5 tahun. Sekiranya kita masih lagi tidak menerapkan pembelajaran awal untuk anak-anak, ada kemungkinan mereka akan ketinggalan di tadika nanti. 

Pembelajaran bukanlah apabila mereka memasuki prasekolah, atau ketika membaca buku dan aktiviti membosankan yang lain. Namun pembelajaran anak anda sebenarnya bermula apabila mereka bermain dengan anda!

Sebab itu penting untuk anda tahu game untuk kanak-kanak yang dapat bantu perkembangan otak mereka. 

7 Mainan Minda Untuk Kanak-Kanak 2 Hingga 5 Tahun Bagi Menggalakkan Perkembangan Otak!

Tak salah nak mengajar anak anda yang berusia 2 tahun itu tentang ABC atau nama-nama haiwan. Tapi mereka akan memperolehi lebih banyak kemampuan dan otak mereka lebih berkembang jika melakukan pelbagai aktiviti lain yang lagi menarik.

Set kemampuan kanak-kanak ini dipanggil ‘Executive Function Skills’. Bunyinya mungkin serius tapi sebenarnya ia adalah apa yang anak anda alami hari-hari. Ada kemungkinan besar anda sudah pun menerapkannya sejak mereka lahir lagi. Antaranya adalah:

  • Perhatian: Kekal fokus dan ubahnya apabila perlu. 
  • Kawalan impulse: Berfikir sebelum bertindak dan tidak terus bercakap atau bertindak mengikut apa yang pertama terlintas di fikiran. 
  • Memori: Menyimpan pelbagai benda di fikiran.
  • Merancang : Berkemampuan untuk merangka dan melakukan perbuatan yang boleh mencapai apa yang dimahukan. 

Kanak-kanak yang mempraktikkan EF ini akan menunjukkan potensi yang baik di sekolah 14 tahun kemudian dan jarang mengalami masalah kelakuan. Malah mereka juga boleh menjadi orang yang boleh diharap dan dipercayai. 

Jadi di sini kami senaraikan game untuk kanak-kanak bagi merangsang skil EF mereka yang mana sebagai persiapan untuk mereka menjengah alam persekolahan nanti!

 7 Game untuk kanak-kanak bagi membantu perkembangan otak

Tiada masa yang sesuai melainkan sekarang, mulakan seawal usia anak dua tahun lagi. Permainan ini disenaraikan mengikut usia kanak-kanak. 

#1. Membina blok

game untuk kanak-kanak  

Permainan ini melibatkan hanya anak anda dengan permainan atau anda dan anak anda sahaja. Ini dapat membantu anak untuk belajar mengenai graviti, saiz, berat dan keseimbangan. Ia juga satu permainan sangat mudah untuk didapati.

Sebaik anak anda membesar sentiasa memberi satu cabaran baru pada permainan mereka. Cuba bina blok mengikut kreativiti anda dan suruh anak anda ikut. 

#2. Puzzle

Permainan puzzle ini bagaikan ‘hidangan lengkap’ untuk kanak-kanak. Namun anda perlu mulakan game ini seawal mungkin, kerana semakin mereka membesar mereka punyai fokus lain yang mereka rasakan lebih ‘fun’.

Permainan ini anda tidak boleh hilangkan satu item pun, ini bagi mengelakkan kekecewaan dan kekeliruan. Apabila anak anda melengkapkan satu puzzle ia akan memberi satu kepuasan, pencapaian dan meningkatkan keyakinan mereka. 

#3. Rolepay

Main cikgu-cikgu, doktor-doktor, masak-masak semua itu mampu merangsang kreativiti anak dan imaginasi mereka! 

Ia juga mampu memberi kesedaran awal kepada anak-anak mengenai percakapan yang sesuai untuk diterapkan apabila dia membesar nanti. 

#4. Mencari benda tersembunyi

Anda hanya memerlukan kad imbasan dan objek yang sama dalam gambar kad imbasan itu. Tunjukkan kepada anak anda gambar kad tersebut dan cari bersama-sama. Ini dapat mengajar mereka belajar mengenai persekitaran tidak kira di rumah, taman atau sekolah!

Bermain tanpa kad juga boleh, suruh mereka cari 3 benda bewarna biru misalnya. Dan set kan masa untuk mereka mencari. Bagai mencari harta karun pula, seronok!

#5. Bermain maze

game untuk kanak-kanak

Ke kiri? Ke kanan? Mana yang boleh memberi jalan keluar? Tak dinafikan, kanak-kanak cukup suka bermain maze! Maze dapat merangsang otak kanak-kanak sambil berseronok! 

Maze membantu anak dalam penyelesaian masalah, berfikir, memberi alasan mengikut masalah juga membantu memperbaiki skil motor halus ketika mereka berfikir untuk mencari jalan yang betul.

Antara kebaikan maze:

  • Perkembangan skil motor visual.
  • Perkembangan skil motor halus.
  • Keupayaan menyelesaikan masalah.

#6. Penceritaan 

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Penceritaan dari kisah buku atau apa saja dalam menyambungkan pelbagai area dalam otak kanak-kanak berbanding dengan apabila mereka membaca buku itu sendiri.

Apabila mereka mendengar cerita, mereka akan gunakan memori bekerja mereka berfungsi sepenuhnya. Ia melatih konsentrasi, memori dan fokus, malah menyeronokkan!

#7. Aktiviti fizikal 

game untuk kanak-kanak

Aktiviti sebenar seperti kerja-kerja rumah yang melibatkan anak-anak dapat memberikan gambaran yang peranan mereka penting dalam keluarga. Ia dapat meningkatkan skil mereka juga keyakinan diri.

Ajar mereka untuk membuat biskut, membasuh baju menggunakan mesin basuh dan sebagainya. Namun anda patut tahu kemampuan anak mengikut umur

Ketahui apa yang anak anda suka lakukan melalui senarai ini, dan jangan terlalu mengharapkan anak terus bijak dan pandai apabila melakukan aktiviti berikut. Permainan ini bukan magis untuk buat anak-anak terus bijak. Ia memerlukan konsistensi.

Senarai permainan ini kebanyakannya melibatkan otak, badan dan deria pada masa yang sama. Jadi ia mungkin dapat memberikan lebih kebaikan.

Selamat melakukan aktiviti seronok bersama anak-anak!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Superbaby Online

Baca juga: 7 Idea Permainan DIY Yang Mudah dan Menarik Untuk Anak Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan & Umur Anak
  • /
  • 7 Mainan Minda Untuk Kanak-Kanak 2 Hingga 5 Tahun Bagi Menggalakkan Perkembangan Otak!
Kongsikan:
  • Panduan lengkap pemakanan untuk perkembangan otak si kecil anda - mengikut umur

    Panduan lengkap pemakanan untuk perkembangan otak si kecil anda - mengikut umur

  • Makanan Untuk Minda Anak, Kenali Jenis-Jenis Makanan Yang Dapat Membantu Tingkat IQ Si Kecil Anda!

    Makanan Untuk Minda Anak, Kenali Jenis-Jenis Makanan Yang Dapat Membantu Tingkat IQ Si Kecil Anda!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Panduan lengkap pemakanan untuk perkembangan otak si kecil anda - mengikut umur

    Panduan lengkap pemakanan untuk perkembangan otak si kecil anda - mengikut umur

  • Makanan Untuk Minda Anak, Kenali Jenis-Jenis Makanan Yang Dapat Membantu Tingkat IQ Si Kecil Anda!

    Makanan Untuk Minda Anak, Kenali Jenis-Jenis Makanan Yang Dapat Membantu Tingkat IQ Si Kecil Anda!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.