Cuti sekolah sudah pun tiba. Tak sah rasanya kalau cuti sebegini berlalu tanpa sebarang aktiviti menarik. Family day merupakan salah satu aktiviti yang boleh diadakan bersama keluarga. Aktiviti ini lebih menarik dengan adanya game family day.
Menurut perkongsian Nurizyanie, setiap game family day boleh dijadikan alat untuk kumpulkan point buat keluarga kecil. Kemenangan akan diumumkan pada penghujung hari. Hadiah juga akan diberikan sebagai tanda kemenangan dan penghargaan.
Senarai game family day yang best dan sesuai semua usia
Terdapat 9 jenis game family day untuk libatkan semua golongan keluarga. Setiap aktiviti sukaneka juga melibatkan permainan untuk pasangan suami isteri, anak-anak kecil, mahupun secara individu.
#1. Sukaneka
Aktiviti sukaneka ini memerlukan peserta pusingkan badan sebanyak 7 kali. Selepas itu, hujung sudu akan diletakkan dalam mulut bersama bola pingpong di dalam sudu. Peserta perlu berjalan dari garisan pemula sehingga ke garisan penamat.
Sampai sahaja di garisan penamat, peserta perlu mencari gula-gula dalam tepung. Peserta yang mendapat gula-gula terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang. Point akan diberikan kepada peserta sebagai wakil keluarga masing-masing.
#2. Mekap Mania
Aktiviti sukaneka ini memerlukan pasangan suami isteri sebagai peserta di mana suami diberikan masa selama 30 minit untuk merias wajah isteri. Barangan mekap diambil dari koleksi isteri masing-masing. Point diberikan mengikut tahap kemenangan.
#3. Balloon Dart
Manakala untuk aktiviti sukaneka ini, belon akan ditampalkan pada cork board dan peserta akan membaling dart pada belon. Setiap warna belon mempunyai point berbeza.
Point dikira mengikut warna belon yang pecah. Contoh: belon pink 20 point, belon kuning 30 point, belon oren 50 point.
#4. Balance The Ball
Game untuk family day ini memerlukan peserta seimbangkan bola ketika berdiri dalam bulatan. Setiap keluarga boleh menghantar dua orang wakil.
Jika peserta tidak mampu seimbangkan bola dengan tangan, kaki atau badan, mereka perlu keluar dari bulatan. Peserta terakhir dalam bulatan akan menerima point tertinggi untuk game untuk family day jenis ini.
#5. Watermelon Monsters
Aktiviti hari keluarga ini memberi tumpuan kepada kanak-kanak. Mereka akan duduk di meja makan dan makan buah tembikai tanpa menggunakan tangan.
Buah tembikai yang dipotong harus dimakan sehingga habis. Peserta yang habiskan buah tembikai lebih awal akan mendapat point lebih tinggi berbanding peserta yang lambat.
#6. Bombastik!
Aktiviti hari keluarga ini sesuai untuk pasangan suami isteri atau adik beradik. Setiap pasangan perlu berdiri menghadap satu sama lain. Sebiji belon berisi air akan diberikan.
Sebaik wisel ditiup belon berisi air harus dilemparkan kepada pasangan di hadapan. Setiap kali pasangan berjaya sambut, mereka perlu mengundur satu langkah ke belakang.
Belon yang gagal disambut atau pecah akan membuatkan pasangan terkeluar. Pasangan terakhir yang masih berjaya menyambut belon berisi air akan dikira pemenang. Point akan dikira berdasarkan ranking menyambut belon.
#7. Tarik Upih
Aktiviti hari keluarga menarik upih ini paling legend dan mengimbau zaman kanak-kanak dahulu. Ia amat sesuai untuk ibu bapa dan anak.
Anda perlu menarik anak dengan menggunakan upih pokok kelapa (boleh digantikan dengan plastik kanvas atau selimut). Mereka yang berjaya tiba di garisan penamat paling awal akan diangkat sebagai juara.
#8. Ring Toss
Family day games Ring Toss ini memerlukan peserta membaling ring kertas (saiz paling besar) ke atas botol. Setiap botol berisi air akan ditanda dengan markah.
Mereka akan mengutip point saat ring berjaya memasuki muncung botol. Setiap peserta akan mendapat 5 kali percubaan untuk setiap sesi.
#9. Musical Chair
Family day games jenis ini pula memerlukan peserta menggelilingi kerusi di mana jumlah kerusi haruslah kurang dari jumlah peserta.
Lagu akan dipasang sebagai pemulaan aktiviti. Apabila lagu dihentikan peserta perlu duduk di kerusi yang tersedia. Peserta yang tidak dapat duduk akan tersingkir daripada game family day ini.
Tempat menarik untuk family day
Bagi acara keluarga, adalah lebih baik anda memilih kawasan yang luas dan memiliki kemudahan lengkap seperti bilik tidur, ruang bermain, ruang kanak-kanak dan dapur.
Memandangkan ia melibatkan seluruh keluarga, pastikan anda membuat perkiraan dan tempahan tempat penginapan beberapa bulan lebih awal bagi engelakkan kekecewaan serta melancarkan proses seterusnya.
Jika anda tingggal di Selangor atau berdekatan, ini beberapa senarai tempat menarik untuk family day:
#1. Teratak Bernam Riverview
Teratak Bernam Riverview adalah salah satu lokasi menarik di Selangor untuk acara keluarga. Ia terletak di Sungai Bernam.
Resort ini menawarkan pemandangan sungai yang indah dan suasana damai. Ia turut mempunyai beberapa chalet yang selesa dan bersih bagi membolehkan keluarga berehat dan tidur dengan nyenyak.
#2. Hulu Tamu Hot Springs
Lokasi untuk acara keluarga yang seterusnya adalah Hulu Tamu Hot Springs. Ia terletak di Hulu Tamu, Selangor menawarkan pengalaman mandi air panas yang menyegarkan dan memulihkan.
#3. Impian Rimba Resort
Seterusnya Impian Rimba Resort menjadi salah satu tempat menarik untuk family day. Ia terletak di Kampung Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, resort ini menawarkan suasana alam semulajadi yang indah dan tenang.
#4. Pantai Bagan Lalang
Untuk acara keluarga lebih bebas dan santai, pantai Bagan Lalang adalah lokasi terbaik. Terletak di Sepang, Selangor, pantai ini menawarkan pemandangan pantai yang indah dan air yang jernih. Terdapat beberapa taman rekreasi dan tempat bersantai yang membolehkan keluarga berehat dan bersantai.
#5. Tadom Hill
Tempat untuk family day di Selangor ini mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik dan menghiburkan. Ia juga agak mencabar. Anda boleh berenang di tasik, bergayut, bermain sukan air, mendaki bukit, abseiling dan lain-lain lagi.
#6. Pantai Remis
Ia terletak di Kuala Selangor merupakan kawasan eko pelancongan yang semakin dikenali orang ramai. Ia sentiasa menjadi pilihan pengunjung untuk beriadah bersama keluarga dan anak-anak pada waktu hujung minggu.
Tapi tidak sesuai kalau anda nak mandi di sini, kerana air laut yang bergelora dan ia ditambak dengan batu-batu besar.
#7. Pantai Redang
Kalau anda dah bosan hendak pergi melihat sawah di Sekinchan apa kata anda ubah angin untuk pergi ke Pantai Redang?
Pantai Redang juga merupakan salah satu hidden gem di Selangor. Pantai Redang sangat dekat dengan restoran makanan laut di Bagan Lalang jadi anda boleh lepaskan craving makan makanan laut yang murah dan segar.
#8. Pantai Kelanang
Jika anda sedang mencari sesuatu selain dari Pantai Morib, Pantai Kelanang adalah tempat yang sesuai untuk anda.
Dengan pokok pain dan bakau yang menyediakan banyak tempat teduh, anda boleh menikmati masa yang tenang atau berkelah dengan keluarga dan rakan-rakan anda.
Kesimpulannya jika berkesempatan, usahakanlah untuk buat acara keluarga setiap tahun bagi mengeratkan hubungan dengan semua.
Lebih-lebih lagi jika adik beradik berada di berlainan negeri. Dapat berkumpul sekali sekala sememangnya meriah. Anak-anak pun dapat mengenali ibu ayah saudara dan sepupu sepapat mereka.
Bagi menjayakan acara keluarga ini biasanya memerlukan seorang ketua atau ‘orang kuat’ dalam memastikan tentatif program berjalan lancar.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Jenis Aktiviti Hujung Minggu Yang Menarik Untuk Anak, Bantu Kuatkan Bonding Keluarga
Baca juga: Aktiviti Cuti Sekolah Untuk Anak-Anak Tahun 2021, Rugi Kalau Tengok TV Saja, Jom Semak!
Baca juga: 5 Aktiviti Permainan Keluarga Ini Baik Untuk Meningkatkan Tahap IQ Anak, Ibu Bapa!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!