X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

6 petua semulajadi untuk sembuhkan batuk anak dengan cepat

4 min bacaan
6 petua semulajadi untuk sembuhkan batuk anak dengan cepat

Anda ingin membantu anak yang batuk supaya mereka dapat tidur sepanjang malam? Pakar sudah tentu tidak akan memberitahu anda 6 petua semulajadi ini!

Anak batuk sepanjang malam dan anda tidak dapat tidur? Pasti ibu bapa ingin menyembuhkan batuk anak dengan cepat tanpa menggunakan ubat, kan?

Al maklumlah, sekarang ini musim hujan. Apabila anak asyik terdedah kepada cuaca yang berubah-ubah, mulalah mereka pun dijangkiti demam, batuk atau selesema. 

Jika sebelum ini kami pernah memberi tips menghilangkan batuk anak dengan guna kentang, kali ini, kami gabungkan 6 petua menghilangkan batuk dengan cara semulajadi pula.

Jadi sebelum anda membawa anak berjumpa doktor, apa kata kalian cuba 6 petua semulajadi yang ada di bawah ini:

1. Urut anak untuk menyembuhkan batuk 

menyembuhkan batuk dengan cepat

Sumber gambar: Pinterest

Ahli akupuntur berlesen dan ahli herba Robin Green menyarankan ibu bapa mengurut cara Tuina untuk melegakan batuk pada kanak-kanak.

Cara mengurut ini lain dari biasa kerana ia sangat lembut dan hanya mengenakan tekanan pada kawasan tertentu untuk merangsang keupayaan tubuh badan untuk “menyembuhkan diri.”

Untuk melegakan batuk, cubit kawasan di bawah tulang kipas (shoulder blade) dengan menggunakan sedikit tekanan untuk merangsang fungsi paru-paru dan dada.

Tarik otot yang dicubit ke atas dengan ibu jari dan dengan perlahan-lahan tarik ke bawah seperti menguli dua biji doh yang kecil.

Teruskan urutan ini selama 30 saat – 2 minit sehingga kulit kelihatan sedikit kemerahan atau apabila anak rasa lebih tenang.

Ibu bapa boleh baca dengan lebih lanjut mengenai teknik mengurut untuk melegakan batuk anak cara Tuina, di sini.

2. Menyembuhkan batuk dengan madu dan lemon

Apabila minuman ini diberi ketika suam, ia boleh mengurangkan kahak yang melekit. Cuma tambah 2 sudu madu dalam air suam sudah mencukupi.

Jika ingin mencampurkan madu dengan teh, pilihlah teh herba yang tidak mempunyai kafein seperti teh halia, raspberi, ataupun teh pudina yang selamat untuk kanak-kanak. 

Tetapi jangan lupa ya, madu tidak boleh diberi kepada bayi di bawah 12 bulan.

2. Tekanan akupuntur telinga juga boleh!

Menyembuhkan batuk dengan cepat

Sama seperti cara mengurut Tuina, acupressure telinga juga boleh merangsangkan penyembuhan.

Menurut Perubatan Tradisional Cina (TCM), tekanan lembut yang digunakan pada bahagian bawah dan luar telinga luar boleh melegakan batuk dan tanda-tanda asma.

Ibu-ibu berani nak cuba? Kalau anda takut, dapatkan pandangan pakar dulu ya!

4. Berhenti beri susu pada anak

Menurut perubatan Cina tradisional, produk tenusu seperti susu, yogurt, keju akan menambahkan kahak dan mukus.

Jadi jika ibu bapa ingin mengurangkan kahak anak, berhenti memberi produk tenusu kepada anak sementara waktu.

Tetapi ibu bapa perlu mempertimbangkan anak kecil yang masih menyusu atau bergantung kepada susu formula untuk membesar – jangan berhenti beri susu kepada mereka.

Mengurangkan pemberian susu juga boleh menghalang anak dari demam panas yang terlalu tinggi.

5. Beri anak pir cina

Menyembuhkan batuk dengan cepat

Sumber gambar: Youtube

Sekiranya anak batuk kering, ibu bapa boleh cuba beri anak makan separuh ataupun sebiji pir cina yang telah dikukus sebelum tidur.

Ibu bapa juga boleh tambahkan sedikit serbuk kayu manis dan madu, kata doktor holistik Karen S. Lee.

Pir cina dikenali sebagai buah yang kaya dengan vitamin C dan K dan boleh menyembuhkan batuk dengan cepat.

6. Guna minyak pati untuk menyembuhkan batuk 

Ibu-ibu yang sudahpun tahu kebaikan EO (essential oil) sudah tentu boleh membuktikan keberkesanannya.

Stories Rakan Kongsi
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta

Apabila digunakan dengan disfusser wap yang dihidu, ia boleh melegakan kesesakan hidung, dada serta batuk anak. 

Tetapi sebelum mula menggunakan EO, rujuk dengan doktor dulu jenis minyak yang sesuai untuk anak. Ibu bapa perlu berhati-hati kerana sesetengah EO belum diluluskan selamat untuk kanak-kanak. 

Selepas mendapat pengesahan dari doktor atau otai-otai oiler mums yang sudah bertahun-tahun menggunakannya, anda bolehlah buat campuran EO sendiri dengan minyak pengantaraan seperti minyak kelapa dara ataupun minyak zaitun.

Ia boleh digunakan untuk mengurut anak, di letak dalam difusser ataupun sebagai mandian stim.

Kami berharap petua-petua ini dapat membantu anak untuk tidur dengan lebih baik walaupun batuk. Anda mempunyai petua lain yang berkesan? Kongsi dengan kami di ruang komen di bawah!

 

 

 

 

Sumber: Healthline, WebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Cara urut untuk atasi masalah hidung tersumbat pada bayi (panduan bergambar)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 6 petua semulajadi untuk sembuhkan batuk anak dengan cepat
Kongsikan:
  • Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Anak Guna Kentang Ini Sungguh Mujarab!

    Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Anak Guna Kentang Ini Sungguh Mujarab!

  • Petua Hilangkan Batuk Anak, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Guna Minyak Bawang Putih!

    Petua Hilangkan Batuk Anak, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Guna Minyak Bawang Putih!

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Anak Guna Kentang Ini Sungguh Mujarab!

    Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Anak Guna Kentang Ini Sungguh Mujarab!

  • Petua Hilangkan Batuk Anak, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Guna Minyak Bawang Putih!

    Petua Hilangkan Batuk Anak, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Guna Minyak Bawang Putih!

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.