X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Nafas Bayi Berbunyi, Kerap Batuk Tanda Bayi Asma, Ini Yang Ibu Ayah Perlu Waspada!

3 min bacaan
Nafas Bayi Berbunyi, Kerap Batuk Tanda Bayi Asma, Ini Yang Ibu Ayah Perlu Waspada!Nafas Bayi Berbunyi, Kerap Batuk Tanda Bayi Asma, Ini Yang Ibu Ayah Perlu Waspada!

Anda mungkin sering terdengar pernafasan cahaya mata anda berbunyi sangat kuat dan seakan-akan berkahak walaupun mereka hanya duduk tanpa membuat aktiviti yang boleh menyebabkan mengah. Syak pertama anda tentulah asma, tetapi pastikah anda? Apakah tanda lain asma dan bagaimanakah cara penjagaan si manja yang menghidap asma?

Kadang-kala kita sedang menikmati ketenangan waktu petang ketika di rumah, suasana senyap, rumah kemas dan si manja juga sedang tidur dengan nyenyak. Tiba-tiba anda terdengar bunyi seakan-akan seseorang yang bernafas dengan kuat dan anda dapati itu bunyi nafas anak anda. Adakah bayi anda menghidap asma?

Tetapi, sebelum anda terus membuat spekulasi si manja anda menghidapi satu penyakit yang boleh menjadi serius, ketahui apakah itu asma serta tanda-tandanya!

Asma: Apakah Ia dan Adakah Anak Saya Menghidapinya?

asma, asma pada bayi

Foto: Alodokter

Secara amnya, kita pasti tahu bahawa asma atau lelah adalah masalah yang menyebabkan kesukaran bernafas. 

Tetapi, dari sudut medikal yang lebih terperinci, asma ini ialah satu kondisi yang membuatkan saluran udara anda lebih sempit serta membengkak dan menghasilkan lebih banyak kahak. Kemudian, ia akan menjadi punca kesukaran bernafas atau pernafasan berbunyi seakan-akan siulan apabila anda menghela nafas.

Sesetengah manusia yang menghidapi lelah mungkin mengatakan ianya tidaklah teruk sehingga menganggu kehidupan seharian, manakala dalam kes asma yang teruk, individu tersebut mungkin tidak dapat menikmati kehidupan seharian oleh sebab risiko mereka untuk mengalami kesukaran bernafas yang kadang-kala boleh membawa maut.

Jadi, apakah simptom-simptom yang ditunjukkan oleh bayi anda yang mungkin boleh disyaki sebagai asma?

  • Bernafas dengan laju
  • Perlu bernafas dengan bersungguh-sungguh
  • Mengah walaupun dengan aktiviti yang ringan
  • Batuk yang kerap
  • Sukar untuk menyedut atau makan
  • Cepat penat
  • Sangat pucat atau kebiru-biruan pada muka, kuku dan bibir

Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa punca tertentu. Walau bagaimanpun, jika ahli keluarga anda atau anda sendiri menghidapi asma, maka kemungkinan besar cahaya mata anda juga berisiko untuk menghidapinya.

Do’s and Dont’s Asma Pada Si Manja Anda

asma, asma pada bayi

asma, asma pada bayi

Walaupun ia tidak mempunyai rawatan, tetapi anda boleh melakukan dan mengelakkan beberapa perkara ini sebagai langkah berwaspada dalam penjagaan anak yang menghidapi penyakit lelah.

  • DO: Mendapat nasihat rawatan dari pakar kanak-kanak anda

Pakar kanak-kanak anda pasti lebih mengetahui apa yang baik dan tidak untuk si manja anda. Jadi, anda boleh meminta mereka membuatkan sebuah rancangan pengurusan bagi membantu memudahkan anda menjaga si manja. Rancangan pengurusan tersebut perlulah mempunyai senarai ubat-ubatan yang anak anda perlukan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya terdapat serangan.

  • DON’T: Lupa walaupun hanya satu alatan untuk kes kecemasan

Lelah adalah kondisi yang serius, dan jika terdapat waktu di mana cahaya mata anda mengalami serangan, anda pasti perlu memberi mereka rawatan secepat mungkin dan segala barangan untuk membantu si manja perlulah tersedia.

  • DO: Gunakan penapis udara

Memastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih sangat penting bagi membantu mengurangkan simptom-simptom lelah anak anda. Penapis udara akan menapis segala debu, bulu haiwan peliharaan, habuk-habuk dan apa sahaja perkara yang dapat mencetus serangan asma pada si kecil.

Bolehkah Anak Saya Beraktiviti Seperti Kanak-Kanak Lain?

asma, asma pada bayi

Foto: iStock

Penghidap penyakit ini, baik dewasa mahupun kanak-kanak, mempunyai kebebasan yang terhad untuk melakukan sebarang aktiviti. 

Tetapi, sekiranya penjagaan anda terhadap cahaya mata anda amat rapi dan teliti hingga simptom mereka juga berkurang dengan drastik, maka sepatutnya tiada masalah untuk mereka menyertai aktiviti yang mereka kehendaki.

Malah, ada juga beberapa atlet yang dikenali yang mempunyai asma seperti David Beckham dan Welson Sim. Yang penting, anda ketahui tanda-tanda si manja anda menghidapi penyakit ini serta tanda-tanda awal mereka hendak mengalami serangan asma.

Moga-moga dengan penjagaan rapi serta nasihat rawatan yang terperinci, simptom si manja anda akan berkurangan hingga ke tahap paling minima. Selamat maju jaya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: AAFA, Hot Springs Pediatric Clinic

Baca juga: Ibu Hamil Yang Terdedah Pada Rokok Tingkatkan Risiko Asma Pada Anak

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Nafas Bayi Berbunyi, Kerap Batuk Tanda Bayi Asma, Ini Yang Ibu Ayah Perlu Waspada!
Kongsikan:
  • Anda Mahu Lihat Rupa Asma Pada Bayi? Tengok Video Ini!

    Anda Mahu Lihat Rupa Asma Pada Bayi? Tengok Video Ini!

  • Ibu hamil yang terdedah pada rokok tingkatkan risiko asma pada anak?

    Ibu hamil yang terdedah pada rokok tingkatkan risiko asma pada anak?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Anda Mahu Lihat Rupa Asma Pada Bayi? Tengok Video Ini!

    Anda Mahu Lihat Rupa Asma Pada Bayi? Tengok Video Ini!

  • Ibu hamil yang terdedah pada rokok tingkatkan risiko asma pada anak?

    Ibu hamil yang terdedah pada rokok tingkatkan risiko asma pada anak?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.