Dalam proses membesarkan si manja, ibu ayah pastinya akan berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah gangguan kesihatan seperti masalah batuk kokol. Tiada siapa yang sanggup melihat anak kecil lemah menanggung kesakitan berpanjangan akibat penyakit berjangkit ini.
Biarpun ia adalah kes terpencil, tidak dapat dinafikan bahawa ia boleh kembali merebak disebabkan oleh sikap sesetengah golongan antivaksin menolak program imunisasi untuk anak-anak.
Penyakit batuk kokol atau Pertussis dan bagaimana ia boleh menjangkiti individu lain
credit to sources
Batuk kokol atau Pertussis (whooping cough) adalah jangkitan bakteria akut yang menyerang bahagian kerongkong serta saluran pernafasan. Ia disebabkan oleh sejenis bakteria (Bordotella Pertussis).
Sebelum zaman penggunaan vaksin, batuk kokol menjadi antara punca utama kematian kanak-kanak yang masih kecil. Setelah kehadiran pelbagai vaksin, kes ini mencatat penurunan begitu drastik.
Manusia adalah satu-satunya pembawa bakteria Bordotellah Pertussis, penyebab batuk berpanjangan. Namun ada juga spesis lain iaitu Bordotella Parapertussis yang boleh menyebabkan simptom seakan-akan batuk kokol, namun ia kurang bahaya.
Seseorang boleh dijangkiti bakteria ini melalui udara daripada pernafasan pesakit yang telah dijangkiti. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun bayi adalah golongan paling berisiko tinggi untuk dijangkiti.
Ia akan memasuki sel saluran pernafasan daripada bahagian hidung dan tekak sehinggalah ke bahagian bronchi dan bronchioles di paru-paru. Anak yang dijangkiti bakteria bahaya ini akan mengalami kesan batuk teruk serta berpanjangan.
Impak jangkitan boleh meragut nyawa anak
Menurut pakar perubatan keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah, ia adalah suatu keadaan yang menyeksakan memakan masa panjang iaitu beberapa minggu dan bulan. Secara klasiknya, ia turut dikenali dengan ‘batuk 100 hari’.
Serangan kuman pada rongga pernafasan serta paru-paru menyebabkan anak kecil keletihan dan tercunga-cungap untuk menarik nafas. Amat menyeksakan bagi sesiapa melihat keadaan ini. Jika ia tidak dirawat dengan baik, boleh menyebabkan kematian.
credit to sources
Antara komplikasi yang mungkin berlaku ialah:
- Pneumonia (radang paru-paru)
- Encephalophathy (radang otak)
- Kehilangan zat dan berat badan (akibat sering muntah)
- Sawan (kerana bekalan oksigen ke otak berkurangan)
- Hidung berdarah
- Hernia
- Pendarahan dalam otak
Kebiasaannya, bayi yang berusia kurang 6 bulan akan berdepan risiko kematian lebih tinggi berbanding dengan bayi melebihi umur tersebut.
Manakala kelahiran pramatang, mempunyai masalah jantung, paru-paru atau masalah saraf turut memiliki kebarangkalian tinggi untuk menghadapi komplikasi akibat jangkitan batuk kokol ini.
Cara berkesan untuk mencegah anak dijangkiti batuk kokol
Penolakan terhadap pengambilan vaksin sejak 2013 sehingga sekarang telah meningkatkan kes sehingga berkali ganda. Ibu ayah boleh menyelamatkan nyawa anak-anak daripada serangan penyakit bahaya ini dengan:
#1. Pemberian imunisasi mengikut usia bayi
credit to sources
Pertussis ini boleh dielakkan dengan pemberian imunisasi kepada kanak-kanak pada umur 2,3, 5 dan 18 bulan. Apabila seorang bayi memperoleh pelalian pertussis yang lengkap dan dijangkiti kuman ini, si manja hanya akan mengalami gejala ringan tanpa sebarang komplikasi.
#2. Memastikan liputan imunisasi melebihi 95 peratus
Wabak pertussis dalam masyarakat boleh diatasi dengan memastikan liputan imunisasi penyakit ini sentiasa melebih 95 peratus pada setiap masa. Kadar liputan yang tinggi dapat menjamin perlindungan kepada seluruh lapisan masyarakat melalui kesan imuniti kelompok (herd immunity).
Jadi, ibu ayah hendaklah memainkan tanggungjawab bagi memastikan anak memperoleh pelalian pertussis yang lengkap mengikut jadual program imunisasi di klinik kesihatan kerajaan mahupun swasta.
#3. Adab ketika batuk dan bersin
Remaja atau golongan dewasa yang mempunyai gejala penyakit perlu sentiasa mengamalkan adab batuk dan bersin (menutup mulut) dan kerap mencuci tangan dengan betul agar penularan jangkitan dapat dicegah.
Bukan itu sahaja, elakkan sesiapa sahaja mencium bayi anda kerana berisiko tinggi untuk dijangkiti bakteria ini.
Sekiranya ibu ayah mendapati si manja menunjukkan gejala batuk berulang melebihi 1 minggu, anak menjadi kebiruan (cyanosis), kahak berwarna jernih dan batuk disusuli dengan muntah, segera membawanya ke hospital berdekatan bagi mengelakkan kesan yang lebih buruk.
Sumber: Harian Metro, The Diagnosa, Jkn Johor
Kredit foto: Farha Darmawan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.commengatasi-batuk
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!