Ketika anak sedang membesar, mereka amat terdedah dengan pelbagai risiko dan jangkitan kuman. Usia satu tahun ke bawah, adalah normal jika si manja kerap demam, batuk berkahak mahupun selesema. Justeru, ibu bolehlah semak beberapa jenis makanan untuk paru paru kuat dalam artikel ini.
Tidak dinafikan apabila si kecil tidak sihat, andalah yang akan berasa penat kerana mereka akan meragam sepanjang hari dan tidak dapat melelapkan mata ketika waktu malam.
Jenis makanan untuk paru paru anak kuat
Seorang doktor, Mazliana Mazlan telah berkongsikan beberapa jenis makanan untuk paru paru kuat khususnya bagi kanak-kanak yang kerap mengalami masalah batuk berkahak dan sukar sembuh.
Setiap hari saya terima PM pasal anak tak sihat. Batuk berpanjangan, lambat nak sembuh, kahak banyak, yang sampai dah taktahu apa nak buat, tiga empat kali jumpa doktor berulang makan antibiotik.
Masih juga belum sembuh. Makanan bukan ubat tau. Minggu ni makan, minggu depan terus baik. Bukan macam tu. Proses yang lama dan konsisten dari ibu ayah, insyaAllah pasti akan nampak hasil. Paling kurang 3 bulan, untuk hasil yang baik.
Selagi belum cukup 3 bulan kita cuba, jangan putus asa. Tak ada jalan singkat untuk berjaya kan. Yang paling penting sekali; Makanan tinggi proses kena tinggal dulu. Apa saja makanan yang ada susu, gandum dan gula tambahan, ianya kurang sesuai jika anak kerap tak sihat.
Selalu bawa anak bermain dengan alam. Berjemur matahari jugak. Kurangkan persekitaran toksik dari anak. Ibu ayah kena clear kan stress dalaman asyik fikir kenapa anak kerap tak sihat. Doa selalu.
Antara makanan untuk paru paru anak kuat adalah:
#1. Buah epal
Merupakan salah satu buah-buahan yang bagus dan dapat membantu menjaga kesihatan badan termasuklah paru-paru.
Selain itu, epal juga kaya dengan kandungan fitokimia yang membantu menurunkan keradangan dan tekanan oksidatif yang membantu meningkatkan fungsi paru-paru.
#2. Buah pir
Pir dianggap sebagai makanan penyembuh utama untuk musim gugur dalam Perubatan Cina. Kandungan di dalamnya mampu membersihkan kahak dari paru-paru, mencegah selesema dan batuk.
Ibu disaran sediakan sup pir yang ditambah bersama lobak putih kerana resepi ini terbukti berkesan untuk mengatasi masalah sakit tekak dan batuk.
#3. Labu
Isi labu yang berwarna cerah mengandungi pelbagai sebatian tumbuhan yang menggalakkan kesihatan paru-paru. Ia sangat kaya dengan karotenoid, termasuk beta karotena, lutein dan zeaxanthin – semuanya mempunyai sifat antioksidan dan antiradang yang kuat
#4. Bawang putih
Bawang putih mengandungi sebatian yang dipanggil allicin, bertindak sebagai agen antibiotik. Ia dapat membantu mengatasi jangkitan pernafasan, mengurangkan keradangan, asma dan masalah lain berkaitan paru-paru.
#5. Kunyit
Kunyit sering digunakan untuk menggalakkan kesihatan keseluruhan kerana kesan antioksidan dan anti-radang yang kuat. Curcumin, komponen aktif utama dalam kunyit, mungkin sangat bermanfaat untuk menyokong fungsi paru-paru .
Satu kajian terhadap 2,478 orang mendapati bahawa pengambilan curcumin dikaitkan dengan fungsi paru-paru yang lebih baik.
#6. Brokoli
Brokoli mengandungi Sulforaphane, sebatian yang meningkatkan aktiviti gen dalam sel paru-paru dan melindunginya daripada kerosakan akibat pencemaran dan rokok.
Brokoli adalah sumber vitamin A yang baik, yang mempunyai sifat anti-radang dan melindungi paru-paru. Selain itu, ia mengandungi sejumlah besar vitamin C untuk kesihatan tubuh badan.
#7. Sayuran hijau
Sayuran hijau seperti bayam juga boleh dijadikan pilihan untuk menjaga kesihatan paru-paru. Di samping itu, sayur bayam turut mengandungi sejumlah zat seperti serat, mineral, antioksidan serta vitamin.
#8. Kubis ungu
Kubis ungu adalah sumber antosianin dan serat. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil lebih banyak serat mempunyai fungsi paru-paru lebih baik daripada mereka yang mengambil jumlah serat yang rendah.
#9. Barli
Antioksidan yang terdapat dalam bijirin barli seperti flavonoid dan vitamin E juga menggalakkan kesihatan paru-paru dan mencegah anak daripada masalah batuk berkahak.
#10. Minyak zaitun
Minyak zaitun adalah sumber anti-oksidan, anti-radang, termasuk polifenol dan vitamin E, yang bagus untuk kesihatan si manja.
#11. Yogurt
Yogurt kaya dengan kalsium, kalium, fosforus, dan selenium. Menurut penyelidikan, nutrien ini boleh membantu meningkatkan fungsi paru-paru dan melindungi daripada risiko sekatan pulmonari kronik (COPD).
Justeru, cuba jadikan beberapa jenis makanan ni, antara makanan yang anak perlu ambil setiap minggu. Bawang putih, brokoli masuk dalam nasi goreng.
Labu dan kunyit dalam masak lemak pun sedap. Sayur hijau tumis air dah cukup.. Epal dan pear makan begitu saja.
Usaha, ikhtiar itu tugas kita kan. Moga Allah beri kesembuhan segera dan berpanjangan buat anak-anak kita. Amin.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bukan Tak Sedap, Bayi Sembur Makanan Sebab Dia Menguji Mulut Untuk Cepat Bercakap!
Baca juga: Nak Elak Anak Jatuh Sakit, Ibu Ayah Kena Ajar Mereka Makan Makanan Sihat Sejak Kecil
Baca juga: Resepi Nasi Ayam Untuk Anak 10 Bulan Ke Atas, Lazat & Mengenyangkan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!