Duit syiling Malaysia memiliki beberapa jenis saiz. Tidak dinafikan, dalam tidak sedar pastinya ada duit syiling yang terjatuh dari beg atau poket seluar.
Kebanyakan anak kecil yang sedang meneroka dunia akan mengambilnya dan memasukkan ke dalam mulut.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Ibu kongsi kisah anak kecil tertelan duit syiling.
- Anak tak berhenti muntah selepas tertelan duit syiling Malaysia
- Sampai di hospital, wad bayi penuh pula
Ibu ini kongsi kisah anak lelaki tertelan duit syiling Malaysia
Seperti kejadian yang berlaku baru-baru ini, seorang ibu berkongsi pengalaman dan detik hitam yang tidak dapat dilupakan apabila anak lelakinya tertelan duit syiling.
Baca perkongsian penuh di bawah:
“Sebenarnya untuk iktibar semua kalau nak kata kecuaian daripada kami ya, kami mengaku, dan kanak-kanak ini juga sejuta kemungkinan boleh terjadi, dalam umur yang aktif nak explore segala macam benda sekeliling.
Reza tercekik duit syiling, jam 10pm bed time semua dah masuk tidur kecuali husband aku, kerja, dalam jam 11pm Reza belum tidur dan cari daddy, daddy kat depan tertidur di sofa,
Reza keluar dan masuk bilik balik tepuk aku yang tengah tidur, aku dengar dia macam tersedak dan nampak samar-samar dia tercungap dan susah bernafas. Aku terus tepuk belakang dia konon nak buat step yang macam aku selalu tengok macam mana nak handle bila anak choking.
“Bukan mudah! sebab Reza keraskan badan, kepala dongak cuba mencari nafas, sebelah tangan aku tak mampu nak angkat badan dia dengan sebelah lagi tepuk belakang, lagipun dia meronta dengan kuat, aku jerit panggil husband, husband tepuk dan angkat tangan Reza.
Akhirnya dengar bunyi Reza nangis lega aku! Allahhu! Tengah menangis Reza muntah, muntah susu yang dia minum jam 10pm tadi. Tapi hanya susu,” jelasnya.
Anak tak berhenti muntah selepas tertelan duit syiling Malaysia
“Aku cakap husband ada benda yang Reza dah telan, tapi kami tidak tahu benda apa, dan dia muntah lagi, Reza nampak lemah pucat, dia tertidur aku monitor je nafas dia, sambil tangan kalut google info.
Masa dia tidur air liur banyak keluar, Ini antara simptom dia tertelan sesuatu. Terus aku ajak husband pergi klinik, jam dah 11.30pm.
“Dalam perjalanan muntah lagi, sampai klinik pun muntah lagi masa tunggu turn jumpa doctor (fast lane), tidak ada xray kat klinik Azzahran (rosak katanya) doctor bagi reference letter kami ke Hospital Annur Bangi, xray ada tapi ON CALL kena tunggu dalam masa 1 jam untuk juru xray datang Reza muntah lagi, dan baru aku perasan Reza ni tak bercakap pun selepas tercekik, dia lemah je mungkin mengantuk juga.
“Tengah xray dia muntah lagi. Dan dia memang tertelan sesuatu iaitu syiling 20@50 sen! Panic dah aku sebab syiling tu tersekat ditekak dia antara saluran pernafasan dan pemakanan. Jam 1.30am jumpa doctor dan dimaklumkan Hospital Annur tidak ada alat untuk keluarkan syiling tersebut (dah order katanya tapi belum sampai.
“Kami dicadangkan ke KPJ Kajang dengan cepat dan kena monitor muka (takut bertukar biru) dan nafas Reza, ada time macam susah Reza nak tarik nafas. Sepanjang perjalan ke KPJ Kajang tangan aku sentiasa didada Reza. Jauh sangat rasa perjalanan tu. Reza tidur dan masih tidak bercakap aku tanya dia angguk geleng je,” ujar ibu ini.
Sampai di hospital, wad bayi penuh pula
“Sampai KPJ bahagian kecemasan aku cakap yang anak aku tertelan/tercekik sesuatu, terus receptionist itu cakap sorry bilik baby penuh dan kami tak ada bilik sekarang dan dicadangkan pergi je hospital lain, eh taik je! aku dah naik angin sebab ini adalah harapan terakhir kami setelah 3 tempat pergi untuk rawatan.
“Sebab bilik tak ada mereka tidak mahu rawat anak aku, kalau time itu juga anak aku collapse macam mana?! Sorang wanita India datang, Sarojini (manager/sister) dia yang terangkan bahawa KPJ tidak ada Pakar Bedah Kanak-Kanak. Aku terus cakap habis apa yang korang nak ding dong dari tadi pasal bilik penuh?!
Time ini kami nak cepat, anak sesak nafas mesti nak rawatan yang cepat, lagipun KPJ ni antara panel company husband. Akhirnya hospital terdekat adalah hospital Kajang kami terus ke situ, nak ke Serdang jauh dan takut apa apa terjadi kat Reza sebab dah terlalu lama,” tegasnya.
Akhirnya anak masuk wad pada jam 5 pagi
“Terus ke kecemasan dan terus ke zon kritikal. Dengan segera doctor perempuan check Reza check heartbeat check oksigen semua masih terkawal cuma nafas ada kalanya sangkut-sangkut. Kemudian ada lagi doctor lelaki datang jumpa kami dan check Reza sekali lagi, terus ambil xray yang kami bawa, ajak kami sama-sama tengok xray Reza dengan cerita yang teliti.
“Dr. Ahmad Afiq dengan muka yang asyik tersenyum sengeh, penerangan yang jelas, serba sedikit hilangkan rasa panic gusar kami. Akhirnya Allah jumpakan kami dengan malaikat kecilnya. Terima kasih semua doctor staf kecemasan Kajang.
“Alhamdulillah warded jam 5am Hospital Kajang. Dr Afiq maklumkan akan jalankan 1 lagi xray untuk kesan pergerakan coin tu dah ke mana dah masuk tabung atau belum. Jadi kami tunggu xray buka jam 8 pagi. Sementara itu nurse still monitor keadaan Reza. Alhamdulillah. Aku boleh rest baring bersama dengan reza. Husband balik ambil kakak dan hantar dia ke sekolah, dari jam 11.30pm kami tinggalkan dia seorang tidur di rumah.”
Transfer ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)
“Xray kali kedua kedudukan syiling masih sama tak bergerak. Kami dicadangkan ke HKL kerana Kajang tidak ada equipments yang cukup untuk operation. 3.30pm sampai HKL dengan ambulance siap warded 3-4 orang doctor pakar datang interview kami, operation 6.30pm ditangguhkan 2 jam sebab Reza minum air dia minta sendiri dari katil depan dia. Aku dengan husband ada urusan di emergency jadi kami tinggalkan dia sekejap.
“8.30 malam masuk OT, aku pangku Reza dia tidur masa tu lemah sebab dah hampir 20jam puasa. Aku masuk sama-sama dalam OT doctor biuskan Reza dalam dakapan aku, beberapa saat saja Reza dah lembik dengan air liur banyak keluar berbuih buih. Doctor bius suruh aku cium dia dan doakan dia kuat dan selamat. Nangis aku!
“10pm Alhamdulillah syiling berjaya dikeluarkan. Terima kasih semua doctor pakar & staff paediatric HKL. Aku sarankan kepada semua ibu bapa sekiranya Allah uji kamu sama seperti aku, segeralah ke Hospital Besar daerah masing-masing jangan tangguh. Aku takut kes seperti aku berulang kepada kamu dan masa untuk menyelamatkan anak2 kamu singkat atau tidak cukup.
“Duit syiling yang Reza telan mungkin jatuh dari pocket seluar husband sebab dia tertidur di sofa selepas balik kerja. Sebelum ni sebiji lego pun tak pernah dia masukkan dalam mulut,” katanya,
“Terima kasih semua staff Hospital Kajang & HKL – Hospital Wanita & Kanak Kanak Kuala Lumpur yang melayani kami dengan sangat baik.”
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!