Ia satu mimpi ngeri terburuk setiap ibu bapa apabila anak-anak tersayang menghidap penyakit berjangkit dan berpotensi mengancam nyawa seperti cacar air, penyakit tangan kaki dan mulut atau lain-lain. Walau apa pun penyakit tersebut, pastinya ibu bapa mahu mengelak dengan apa cara sekalipun.
Ibu bapa akan melakukan yang terbaik dalam melindungi anak-anak. Sama ada untuk pendidikan atau kesihatan mereka, kita tidak menerima yang sederhana.
Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja
Jadi, jika anda baru sahaja bergelar ibu bapa dan anda tertanya-tanya bagaimana untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak, salah satu perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menambah ilmu pengetahuan tentang perkara yang perlu dilakukan sekiranya anak jatuh sakit.
Apabila anak-anak jatuh sakit, ia boleh membebankan ibu bapa dan walaupun kita tidak dijangka untuk mengetahui segala-galanya, terdapat beberapa perkara penting yang boleh kita ingat.
Terdapat penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. Inilah sebabnya kita mengikuti Program Imunisasi Kebangsaan dengan jadual vaksinasi untuk ibu bapa1.
Namun selain daripada itu, terdapat juga vaksin-vaksin tambahan untuk penyakit serius2 yang ibu bapa boleh dapatkan untuk anak-anak mereka di hospital atau klinik swasta.
Salah satu penyakit tersebut ialah cacar air.
Apa Itu Cacar Air?
Kita biasa mendengar cacar air sebagai penyakit yang sering menyerang kanak-kanak. Ini disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai virus varicella zoster, yang menjadikan ia penyakit berjangkit yang boleh merebak dari satu individu kepada individu lain dengan mudah melalui sentuhan (dengan cecair dalam lepuh) atau udara jika orang yang dijangkiti batuk atau bersin3.
Apakah Simptom-Simptom Cacar Air?
Anak anda mungkin akan mula menunjukkan simptom cacar air 10 hingga 21 hari selepas terdedah kepada virus. Sebenarnya, cacar air boleh merebak 1 hingga 2 hari sebelum ruam muncul pada individu yang dijangkiti sehingga semua ruam tersebut kering3.
Jadi, jika anda pernah mendengar wabak cacar air baru-baru ini di sekolah anak anda, berikut adalah beberapa simptom yang perlu dititikberatkan3:
- Demam, rasa tidak sihat atau kelihatan letih selama lima hari sebelum ruam muncul.
- Ruam bermula dengan bintik-bintik merah kecil dan akan menjadi sangat gatal untuk kanak-kanak, kadang kala ia juga muncul di bahagian mulut. Biasanya ia bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kulit kepala dan kedua-dua belah lengan dan kaki.
- Dalam masa 24 jam, ruam akan kelihatan seperti lepuh cecair, kemudian ia pecah, kering dan berkerak selama 4 hingga 5 hari.
- Bintik-bintik baru akan terus muncul selama lima hari dan ia mengambil masa selama dua minggu untuk hilang.
Dalam sesetengah kes, apabila seseorang telah terdedah kepada cacar air, mereka dikatakan mempunyai imuniti sepanjang hayat, virus itu masih boleh berulang sebagai kayap semasa dewasa kelak3.
Jika anak anda menunjukkan simptom-simptom cacar air, amat disyorkan untuk membawa mereka berjumpa doktor untuk rawatan yang lebih tepat.
Komplikasi Cacar Air
Terdapat situasi yang mana komplikasi serius boleh timbul daripada jangkitan cacar air. Komplikasi ini termasuk jangkitan kulit bakteria, jangkitan saluran darah, radang paru-paru atau jangkitan otak dalam kes yang dahsyat3.
Cara Pencegahan Cacar Air
Jika anda menghantar anak ke pusat asuhan atau sedar bahawa anak akan bermain bersama sekumpulan kanak-kanak dalam persekitaran luar kawalan anda, anda tidak dapat menjamin kesihatan mereka. Jadi lebih baik anda mendapatkan penjagaan pencegahan untuk anak-anak.
Dalam kes cacar air, salah satu cara yang berkesan untuk melindungi mereka terhadap penyakit ini adalah dengan memvaksinkan anak-anak3.
Suntikan Imunisasi untuk SEMUA penyakit berjangkit PENTING
Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja
Para ibu bapa, kami di sini ingin mengingatkan anda betapa pentingnya vaksinasi atau imunisasi untuk anak-anak dalam usaha melindungi mereka daripada penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin boleh membina imuniti anak anda terhadap penyakit-penyakit ini4.
Dengan mendapatkan vaksin mengikut jadual yang ditetapkan, anda mendapat perlindungan daripada beberapa penyakit yang mengancam nyawa, seperti5:
- Tuberkulosis (TB atau batuk kering) – Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan serius seperti meningitis dan merebak kepada organ lain6.
- Difteria – Toksik dikeluarkan oleh bakteria boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat7.
- Pertusis – Boleh menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak8.
- Tetanus – Keracunan bakteria yang boleh menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang9.
- Haemophilus influenza jenis B (Hib) – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan neuritis (meningitis)5.
- Hepatitis B – Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada hati dan meningkatkan risiko individu mendapat kanser hati pada masa hadapan5.
- Polio – Virus ini boleh menyebabkan kelumpuhan malah kematian5.
- Campak – Virus ini boleh menyebabkan demam, cirit-birit, muntah, jangkitan pada otak (ensefalitis) and paru-paru (pneumonia)10.
- Beguk – Virus ini menyebabkan meningitis viral dan inflamasi testis (orkitis)11.
- Rubella – Virus ini boleh menyebabkan demam, ruam, loya dan konjunkivitis ringgan12.
- Pnemokokus – Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit teruk seperti meningitis atau jangkitan yang lebih ringan seperti sinusitis atau jangkitan telinga5.
- Rotavirus – Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk dan dehidrasi5.
- Virus Human Papilloma – Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat pada alat kelamin5.
- Varicella (Cacar air) – Virus ini boleh menyebabkan ruam lepuh berisi cecair dan demam, virus ini juga boleh menyebabkan kayap (shingles) kepada orang dewasa jika virus aktif semula2.
- Influenza – Virus ini boleh menyebabkan wabak flu atau musim selesema13.
- Meningococcal – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan otak, saraf tunjang (meningitis) dan darah yang teruk14.
- Hepatitis A – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan jangka pendek pada hati15.
Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja
Selain itu, ibu bapa juga perlu mengambil langkah-langkah berjaga-jaga yang lain dalam memastikan kesihatan anak mereka tidak terjejas seperti mengamalkan tabiat kebersihan yang baik dan menjaga kebersihan persekitaran rumah.
Rujuk dengan pakar pediatrik atau doktor anda tentang langkah-langkah perlindungan dan pencegahan untuk memastikan keluarga anda sihat dan dilindungi.
MY-VVX-00130 Sep/2022
Rujukan:
- Immunise4Life. The Malaysian National Immunisation Programme (NIP). Available From: https://immunise4life.my/the-malaysian-national-immunisation-programme-nip/. Last Accessed 19 August 2022.
- Immunise4Life. 5 Additional Recommended Vaccines for Children. Available From: https://immunise4life.my/5-additional-vaccines-for-children/. Last Accessed 19 August 2022.
- PORTAL MyHEALTH. Chickenpox. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/chickenpox/. Last Accessed 20 August 2022.
- World Health Organization. Vaccines and immunization:What is vaccination?. Available From: https://www.who.int/news-room/questions-and-answers/item/vaccines-and-immunization-what-is-vaccination. Last Accessed 19 August 2022.
- UNICEF. Vaccines and the diseases they prevent. Available From: https://www.unicef.org/parenting/health/vaccines-and-diseases-they-prevent. Last Accessed 24 August 2022.
- Mayo Clinic. Tuberculosis. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tuberculosis/symptoms-causes/syc-20351250. Last Accessed 20 August 2022.
- Mayo Clinic. Diphtheria. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diphtheria/symptoms-causes/syc-20351897. Last Accessed 20 August 2022.
- National Health Service Inform. Whooping cough. Available From: https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/infections-and-poisoning/whooping-cough. Last Accessed 24 August 2022.
- Mayo Clinic. Tetanus. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tetanus/symptoms-causes/syc-20351625. Last Accessed 20 August 2022.
- Mayo Clinic. Measles. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/measles/symptoms-causes/syc-20374857. Last Accessed 20 August 2022.
- National Health Services. Mumps – Complications. Available From: https://www.nhs.uk/conditions/mumps/complications/. Last Accessed 24 August 2022.
- World Health Organization. Rubella. Available From: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/rubella. Last Accessed 20 August 2022.
- Centers for Disease Control and Prevention. Types of Influenza Viruses. Available From https://www.cdc.gov/flu/about/viruses/types.htm. Last Accessed 21 August 2022.
- Centers for Disease Control and Prevention. Meningococcal Disease. Available From: https://www.cdc.gov/meningococcal/index.html. Last Accessed 24 August 2022.
- Centers for Disease Control and Prevention. What is hepatitis A – FAQ. Available From: https://www.cdc.gov/hepatitis/hav/afaq.htm#overview. Last Accessed 22 August 2022.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!