X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

6 Cara Selamat & Kebaikan Menggunakan Essential Oil Pada Bayi

4 min bacaan
6 Cara Selamat & Kebaikan Menggunakan Essential Oil Pada Bayi

Ada banyak manfaat essential oil pada bayi tapi jika digunakan secara melampau, ia boleh menyebabkan iritasi terutama pada bayi baru lahir. Berikut info berkaitan essential oil dengan lebih terperinci

Anda tahu tak cara penggunaan essential oil pada bayi yang betul dan selamat? Essential oil sangat popular di kalangan orang dewasa kerana ia membawa manfaat pada kesihatan. 

Tapi penggunaan essential oil yang salah boleh beri kesan buruk pada bayi dan kanak-kanak.

Sebab itu ibu bapa disarankan memahami cara penggunaan essential oil ini dahulu sebelum digunakan pada si kecil. 

Cara penggunaan essential oil – Manfaat pada kesihatan si manja 

cara penggunaan essential oil, essential oil, cara penggunaan minyak pati, minyak pati, essential untuk bayi, minyak essential untuk bayi, minyak pati untuk kanak-kanak, essential, minyak pati kanak-kanak, minyak essential untuk anak, minyak essential untuk si kecil, minyak pati buat si manj, essential oil untuk si manja

Kredit: Medical News Today

Manfaat essential oil memang tidak disangkal. Dengan hanya beberapa titisan saja sudah membawa kelebihan pada fizikal dan psikologi si kecil. 

Ia juga dapat melepasi dinding sel dan membran tubuh sekaligus dihantar pada bahagian badan yang diperlukan. 

Berikut 6 kebaikan penggunaan essential oil: 

  • Minyak essential digunakan secara perubatan bagi membunuh bakteria, kulat dan virus.
  • Penyelidikan menunjukkan kebanyakan virus, bakteria dan kulat boleh mati bila berhadapan dengan minyak ini.
  • Merangsang pertumbuhan tisu baru dan saraf. Selain itu, ia membawa oksigen dan nutrien ke dalam sel tubuh.
  • Bantu membuang karbon dioksida, toksin dan sisa lain dari badan. 
  • Aroma minyak ini membantu mengimbangi frekuensi elektrik otak yang membolehkannya berfungsi lebih optimum dan efisien. 
  • Apabila minyak ini dihidu, kompenen tertentu dalamnya bantu melepaskan gangguan emosi.

Namun begitu, anda harus pilih minyak essential yang betul-betul selamat untuk bayi mahupun kanak-kanak dan ikut panduan ini. 

Panduan dan cara penggunaan essential oil untuk kanak-kanak & bayi

cara penggunaan essential oil, essential oil, cara penggunaan minyak pati, minyak pati, essential untuk bayi, minyak essential untuk bayi, minyak pati untuk kanak-kanak, essential, minyak pati kanak-kanak, minyak essential untuk anak, minyak essential untuk si kecil, minyak pati buat si manj, essential oil untuk si manja

Kredit: Twenty lemons.com

Menurut Persatuan Pakar Naturopatik Amerika, ibu bapa dilarang menggunakan essential oil pada bayi bawah umur tiga bulan. Terdapat dua sebab: 

  • Ia boleh jejaskan deria bau bayi baru lahir – Salah satu cara bayi baru lahir kenal dunia adalah melalui deria bau. Menurut penyelidikan, bayi baru lahir dapat mengenali ibunya melalui susu ibu. Jadi sebarang konflik bau yang terlalu kuat harus dielakkan supaya tidak ganggu penyusuan si kecil
  • Merosakkan kulit bayi – Kulit bayi baru lahir pastinya lebih halus berbanding orang dewasa. Sebab itu, ibu bapa harus selektif tentang minyak yang digunakan pada kulit bayi. 

Walau bagaimanapun, sebaik saja bayi lulus fasa tiga bulan selepas dilahirkan, ada minyak pati yang selamat untuk kegunaan si kecil tapi ibu bapa harus pakai secara berhati-hati. 

Petua penggunaan minyak essential pada bayi 

cara penggunaan essential oil, essential oil, cara penggunaan minyak pati, minyak pati, essential untuk bayi, minyak essential untuk bayi, minyak pati untuk kanak-kanak, essential, minyak pati kanak-kanak, minyak essential untuk anak, minyak essential untuk si kecil, minyak pati buat si manj, essential oil untuk si manja

Kredit: You and kids

  • Jangan terus guna minyak essential pada kulit bayi sebaliknya, pakai minyak bunga matahari dan minyak kelapa dahulu. 
  • Lakukan patch test sebelum menggunakan minyak essential. 
  • Elak menggunakan minyak pati yang boleh memberi alahan pada kulit seperti thyme, oregano, citronella, cinnamon, bay, cumin, lemongrass, lemon verbena.
  • Jangan sesekali biarkan bayi TERMAKAN minyak essential ini. 
  • Anda perlu simpan minyak pati ini di tempat yang selamat. 
  • Elak diffusers aromatherapy essential jika bayi anda penghidap asma. 

Sekarang anda sudah faham tentang maklumat keselamatan yang penting saat menggunakan minyak essential ini, kan? 

Jadi kita beralih pula pada jenis-jenis minyak yang selamat digunakan pada bayi dan membawa banyak manfaat kesihatan. Berikut senarainya:

Senarai minyak pati yang selamat digunakan 

  1. Lavender: Kajian 2016 mendapati minyak lavender merawat kesakitan dan boleh meredakan kolik pada bayi
  2. Chamomile: Tiada kajian mengenai keberkesanannya, tapi ia diakui sendiri oleh para ibu setelah digunakan pada mandian bayi. 
  3. Distilled lemon: Ia pendorong mood yang lebih baik dan meresap dalam tubuh bayi. 
  4. Eucalyptus: Minyak ini dapat melegakan hidung tersumbat atau titiskan pada tab mandian bayi. 
  5. Dill: Minyak ini dapat menenangkan ketidakselesaan bayi dengan cara mengurut.
  6. Mandarin: Sama seperti lavender, mandarin juga menenangkan dengan wangian yang cukup indah. 

Terdapat tiga cara penggunaan essential oil 

#1. Mengurut tubuh bayi: 

  • Melegakan kolik si kecil dan persiapan untuk tidur. 
  • Lakukan sentuhan ringan di sekitar tubuh bayi dengan dua titis minyak essential. 

#2. Mandian bayi 

  • Titiskan beberapa essential oil  dalam tab mandian si kecil. 

#3. Aroma penyegar 

  • Pastikan anda memilih minyak pati penyegar udara yang selamat untuk bayi hidu. 
  • Antara minyak yang sesuai digunakan seperti lavender, oren, lemon, ros, limau mandarin, ylang ylang dan rosemary. 

Nota penting : Jika anak sakit, jangan gantikan minyak essential ini sebagai ubat tapi dapatkan terus rawatan dengan pakar pediatrik.

Malah, selalu berunding dengan doktor terlebih dahulu jika terdapat tanda anak sakit sebelum mengambil sebarang rawatan dari rumah. 

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Anak maut selepas ibu ganti ubat asma dengan minyak pati

Stories Rakan Kongsi
Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • 6 Cara Selamat & Kebaikan Menggunakan Essential Oil Pada Bayi
Kongsikan:
  • Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah
    Stories Rakan Kongsi

    Jangan Ambil Ringan Masalah Kulit Bayi: Kesan Jangka Panjang Jika Skin Barrier Lemah

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham