X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bukan Sahaja Untuk Masakan, Asam Jawa Juga Beri Manfaat Kecantikan Dan Kesihatan

7 Jul, 2023
Bukan Sahaja Untuk Masakan, Asam Jawa Juga Beri Manfaat Kecantikan Dan Kesihatan

Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga mempunyai pelbagai khasiat yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan dan kecantikan.

Selain menambah rasa masam dalam masakan, adakah anda tahu bahawa asam jawa juga mempunyai pelbagai khasiat yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan dan kecantikan? 

Asam jawa atau turut dikenali sebagai celagi adalah sejenis tumbuhan saka malar hijau yang menghasilkan buah asam. Menurut kajian sejarah, antara penemuan terawalnya adalah di Senegal, Afrika. Buktinya, ibu negeri Senegal diberi nama Dakar yang membawa maksud ‘pokok asam jawa’ dalam bahasa tempatan. Bukan setakat di situ sahaja, pokok ini juga mula tersebar dan terkenal di wilayah Afrika sehingga menjadikannya antara tumbuhan semula jadi yang tumbuh meliar di benua itu.

Di Malaysia, ia ditanam sebagai pokok tanaman dan juga boleh dijadikan pokok hiasan. Ia sangat terkenal sebagai sejenis ramuan masakan dalam kalangan masyarakat kita terutamanya yang berbangsa Melayu.

Kebiasaannya, ia akan dibuang hampasnya, dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya sahaja yang akan digunakan dalam masakan.

Kelebihan Asam Jawa Untuk Kesihatan

Bukan Sahaja Untuk Masakan, Asam Jawa Juga Beri Manfaat Kecantikan Dan Kesihatan

Tumbuhan ini yang kaya dengan vitamin, antioksidan dan mineral adalah sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. Berikut merupakan antara manfaat-manfaat asam jawa untuk kesihatan.

1. Membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan

Untuk pengetahuan anda, tumbuhan ini mengandungi antioksidan yang dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi kita. Disebabkan itu, pengambilannya sangat membantu untuk melindungi kita dari pelbagai jenis penyakit seperti demam, selesema, batuk dan jangkitan virus yang lain-lain.

2. Membantu menurunkan berat badan

Tumbuhan ini juga sebenarnya mampu membantu meningkatkan tahap metabolisma tubuh badan kita. Oleh itu, pengambilannya dapat membantu individu yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ia mengandungi asid sitrik yang membantu mengurangkan pembentukan lemak dalam tubuh badan. Dalam pada itu juga, pengambilannya juga dapat membantu merangsang produksi enzim-enzim yang dapat mengurangkan penyimpanan lemak di dalam tubuh badan.

3. Membantu mengatasi masalah pencernaan

Tumbuhan ini mengandungi sifat diuretik ringan yang membantu mengatasi masalah pencernaan. Sekiranya anda kerap mengalami sembelit, kekembungan dan kekejangan perut, maka apa kata anda cuba mengambilnya sebagai makanan atau minuman pada setiap pagi. Ini pasti dapat membantu membuatkan usus anda menjadi lebih sihat,

Kelebihan Asam Jawa Untuk Kecantikan

Selain untuk kesihatan, ia sangat baik untuk kecantikan individu terutamanya kecantikan kulit. Berikut merupakan antara manfaat-manfaatnya untuk kecantikan.

1. Mencerahkan dan memutihkan kulit

Kalau anda nak tahu, asam jawa mampu memutihkan dan mencerahkan kulit. Caranya, rendamkannya ke dalam air panas sehingga berubah menjadi pati. Tambah kunyit dan gaul dengan air rendaman tadi.

Kemudian, sapukan pada wajah dan badan. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan dua kali seminggu untuk mendapatkan kulit yang putih berseri. Selain kunyit, anda juga boleh campur asam jawa dengan madu dan lemon.

2. Menanggalkan sel kulit mati

Untuk mendapatkan kulit yang yang cerah, pasti anda kena menyingkirkan sel kulit mati bukan? Ia sangat bagus untuk menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan kotoran yang terdapat dalam pori-pori muka. Ini kerana asam jawa mengandungi alfa hidroksil, bahan yang bertindak sebagai ejen pengelupasan semulajadi.

Caranya, sapukannya pada wajah dan biar selama 20 hingga 30 minit. Sambil menunggu asam jawa kering, bolehlah urut wajah secara perlahan-lahan agar sel kulit mati tertanggal. Setelah kering, bilas dengan air. Ia ibarat anda menjadikan asam jawa sebagai skrub muka. Kosnya pun lebih murah kan?

3. Mengurangkan jeragat dan jerawat

Jerawat dan jeragat ini yang menyebabkan keyakinan diri semakin berkurangan bukan? Jadi, apa kata gunakan asam jawa kerana hasilnya memang mengagumkan walaupun kulit wajah rasa pedih sikit ketika meletakkan asam jawa tu. Bancuhkan tiga sudu besar asam jawa ke dalam air panas. Biarkan seketika dan tapis bahan yang tidak diperlukan seperti biji dan sebagainya. Gunakan air tapisan asam jawa tadi sebagai air basuhan muka pada setiap pagi dan jerawat serta jeragat akan berkurangan jika diamalkan selalu.

4. Menghilangkan selulit

Bukan sahaja orang yang berbadan besar mempunyai selulit malah anda yang berbadan kurus pun tidak terlepas! Selulit memang terkenal dengan sifatnya yang degil dan sangat sukar untuk dihilangkan. Jadi, apa kata anda cuba cara dengan menggunakan asam jawa.  Ambil beberapa ekstrak asam, tambahkan sedikit lemon, gula dan serbuk penaik di dalamnya. Kemudian, gosok kulit yang mengalami selulit itu dengan sikat yang telah dicelupkan ke dalam campuran ini. Lakukannya beberapa kali dalam seminggu untuk mendapatkan kesan yang lebih memuaskan.

Hello Doktor 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Atasi Masalah Kesuburan Lelaki

Baca juga : Khasiat Bunga Cengkih Boleh Hapuskan Covid-19? Jangan Terus Percaya, Ini Penjelasan Pakar

Baca juga : Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

Stories Rakan Kongsi
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
How Does Picky Eating Affect My Child's Growth?
How Does Picky Eating Affect My Child's Growth?
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Jadikan Waktu Duduk Di Rumah Lebih Bermakna Bersama Si Manja Dengan Menyertai Friso®️ Gold Mombassador 2021!
Jadikan Waktu Duduk Di Rumah Lebih Bermakna Bersama Si Manja Dengan Menyertai Friso®️ Gold Mombassador 2021!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bukan Sahaja Untuk Masakan, Asam Jawa Juga Beri Manfaat Kecantikan Dan Kesihatan
Kongsikan:
  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham