TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Atasi Masalah Kesuburan Lelaki

6 min bacaan
Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Atasi Masalah Kesuburan Lelaki

Keupayaan herba ini dalam merawat pelbagai penyakit sememangnya tidak dapat disangkal lagi, ini antara khasiat habbatus Sauda ramai tak tahu.

Habbatus Sauda (Nigella Sativa) atau jintan hitam adalah sejenis herba yang digunakan dalam masakan sebagai rempah dalam masakan kari. Selain saiznya sebesar biji sawi dan rasanya pahit-pahit pedas dicampurkan ke dalam kopi, tahukah anda khasiat habbatus sauda lebih banyak digunakan untuk tujuan perubatan bagi merawat pelbagai penyakit?

Nigella Sativa kaya dengan mineral dan karbohidrat serta kandungan kompaun bioaktif yang berkualiti seperti komponen Thymoquinone (TQ), hymohydroquinone (THQ), carvacrol, dan β-Pin & Omega 3, 6 dan 9.

Juga terkenal dengan sifat antioksidan yang tinggi membantu melindungi kulit dari radikal bebas. 

Isi Kandungan

  • Apa itu minyak habbatus sauda?
  • Khasiat habbatus sauda dalam islam 
  • Khasiat habbatus sauda untuk kesihatan tubuh badan
  • Khasiat habbatus sauda untuk wanita hamil
  • Khasiat habbatus sauda untuk lelaki
  • Cara pengambilan habbatus sauda dalam pemakanan

Apa itu minyak habbatus sauda?

Biji habbatus sauda yang diproses dan dikisar halus akan menghasilkan minyak habbatus sauda. Ia boleh diambil untuk merawat pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, asma dan sebagainya.

Khasiat habbatus sauda dalam islam 

Terdapat banyak khasiat habbatus sauda dalam islam untuk kesihatan sehingga disebutkan dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya pada Habbatus Sauda itu terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati.”

Khasiat habbatus sauda sudah banyak direkodkan dalam catatan ilmuwan terdahulu. Herba ini digunakan untuk tujuan perubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi di negara-negara timur tengah, asia selatan dan asia tenggara.  

Antara para ilmuan yang mengkaji habbatus sauda adalah:

  • Ibnu Sina – merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina “Canon of Medicines“)
  • Ibnu Qayyim – memulihkan penyakit seperti batuk bronchitis, masalah perut dan cacing, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim “Medicine of the Prophet“)
  • Dr Ahmad Elkadi – mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Khasiat habbatus sauda untuk kesihatan tubuh badan

Antara kebaikan jintan hitam untuk kesihatan adalah seperti yang kami kongsikan dibawah.

khasiat habbatus sauda

 

1. Meremajakan kulit

Kandungan Thymoquinone (TQ) dalam herba unik ini bersifat antioksidan seperti flavonoids, folifenol dan thymoquinone, carvacrol, t-anethole dan 4-terpineol.

Ia bertindak melawan radikal bebas dari pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia dengan menghilangkan tanda penuaan pada wajah dan menjadikan kulit lembap dan anjal berseri semulajadi.

2. Mengawal paras gula 

Terdapat kajian yang membuktikan bahawa paras gula dalam darah menurun apabila pesakit diabetes mengamalkan pengambilan minyak habbatus sauda sebanyak 1.5ml dan 3ml setiap hari dalam tempoh 20 hari.

Ini kerana tumbuhan yang berbiji biasanya mempunyai antihipoglisemik yang membantu dalam mengawal paras gula berlebihan. 

3. Menurunkan paras kolestrol

Habbatus sauda merupakan sumber makanan yang baik untuk mengawal dan menurunkan paras LDL iaitu kolestrol jahat yang datang dari sumber makanan.

Komponen serat yang terkandung dalam herba ini adalah salah satu faktor yang membolehkan keberkesanannya terhadap pengawalan paras kolesterol dalam tubuh badan. Ia secara tidak langsung membantu menyihatkan jantung dan menstabilkan tekanan darah.

4. Mencegah pertumbuhan sel kanser

Kandungan thymoquinone (TQ) iaitu kompaun bioaktif mempunyai fungsi dalam mengurangkan risiko tumor dan pembiakan sel abnormal kanser. Malah, herba yang kaya dengan vitamin dan komponen yang lain ternyata  memelihara kesihatan sel dan bertindak untuk mencegah pembentukan sel yang tidak normal. 

Bahan aktif yang terdapat dalam minyak habbatus sauda pula bersifat antioksidan, antiradang dan anti kanser yang sangat efektif dalam melawan jangkitan otak, penyakit diabetes dan asma. 

5. Membantu melancarkan sistem penghadaman 

Thymoquinone (TQ) yang ada dalam habbatus sauda ini sangat membantu melindungi lapisan perut dari toksin dan mengurangkan masalah gastrousus.

Manakala, minyaknya yang bersifat karminatif pula dapat mencegah dan mengatasi masalah kembung perut. 

6. Mengatasi masalah kesuburan lelaki

Antara petua yang berkesan dalam mengatasi masalah sperm abnormal adalah dengan rawatan yang menggunakan bahan tinggi antioksidan.

Pengambilan habbatus sauda dalam bentuk pil atau cecair membantu memperbaiki masalah ketidaksuburan lelaki.

Sebelum beli, pastikan kandungan Thymoquinone (TQ) tidak kurang dari 30mg atau sekurang-kurangnya 3% kerana kandungan inilah antara khasiat habbatus sauda yang tidak ada pada herba lain. 

Khasiat habbatus sauda untuk wanita hamil

  • Membantu janin dalam kandungan mendapat nutrisi tambahan yang baik
  • Melindungi janin dari kelahiran cacat atau mengalami kerosakan otak.
  • Menjaga pertumbuhan bayi dalam kandungan agar membesar dengan sihat.
  • Meningkatkan penghasilan susu badan.
  • Mengatasi masalah keputihan.
  • Meningkatkan ghairah seksual.
  • Mencegah kanser payudara.

Khasiat habbatus sauda untuk lelaki

  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Menambahkan stamina atau seksual
  • Membantu mengubati masalah lemah syahwat atau mati pucuk
  • Meningkatkan kesuburan

Cara pengambilan habbatus sauda dalam pemakanan

Terdapat pelbagai cara pengambilan habbatus sauda dalam pemakanan, antaranya ialah:

  • Tumbuk lumat dan campur dengan madu. Bancuh dengan air panas dan diminum setiap hari. Tujuannya, menghancurkan batu karang dalam pundi kencing dan melawaskan pencernaan, haid dan penyusuan.
  • Bancuh dengan tepung untuk diminum. Ia membantu membuang cacing dengan lebih cepat dan berkesan.
  • Minum minyak habbatus sauda lebih kurang satu sudu besar yang telah dibancuh dengan air. Ia boleh menghilangkan rasa sesak nafas dan penyakit yang berkaitan.
  • Masak dengan cuka dan gunakan untuk berkumur. Bagus untuk merawat sakit gigi.
  • Campur dengan cuka senagai ubat jerawat dan luka bernanah.

Selain untuk menurunkan berat badan, resepi ini juga sangat bagus untuk meredakan batuk dan selesema. 

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar habatussauda
  • 1 jug air
  • 1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan)
  • Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.

Cara penyediaan:

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
  1. Rendam biji habbatus sauda di dalam periuk yang berisi air semalaman.
  2. Rebus rendaman dengan api yang sederhana kecil sehingga mendidih.
  3. Apabila air sudah bertukar warna, tutup api. Tunggu rebusan sejuk.
  4. Tuang ke dalam cawan dan masukkan madu.
  5. Perahkan sedikit limau nipis atau lemon.
  6. Kacau rata dan siap untuk diminum.

Kini, habbatus sauda diolah dan dihasilkan dalam bentuk kapsul yang menjimatkan masa seperti Magic Blue.

Khasiat habbatus sauda Magic Blue boleh membantu menghangatkan badan, meningkatkan tenaga zahir dan batin serta melancarkan perjalanan darah. Namun, pastikan anda mendapatkan nasihat dari doktor sebelum mengambilnya. 

Root Of Science

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bukan Sekadar Penyeri Masakan, Ini Antara 7 Kebaikan Daun Bawang Untuk Kesihatan Yang Buat Anda Nak Makan!

Baca juga: Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

Baca juga: Daun Kesum Banyak Kelebihan Untuk Kesihatan Yang Tak Ramai Tahu. Ini Kebaikannya.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Atasi Masalah Kesuburan Lelaki
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham