X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

6 min bacaan
Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

Selain dibuat sebagai minuman, limau kasturi ternyata mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Rugi kalau tak diamalkan!

Limau kasturi adalah buah-buahan sitrus yang mempunyai rasa masam manis. Ia selalu digunakan dalam masakan dan minuman untuk menambahkan aroma dan keenakan rasa sesuatu hidangan, memang sedap!

Bila sebut sahaja perkataan buah limau, pasti dalam fikiran anda terbayangkan satu lagi jenis limau iaitu limau nipis. Limau nipis lebih banyak digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan yang siap disiang atau organ dalaman yang dicuci.

Sedangkan, limau kasturi lebih sesuai digunakan dalam masakan untuk diperah atau dicampur terus ke dalam sambal cili. 

Isi Kandungan

  • Perbezaan limau kasturi dan limau nipis
  • Khasiat limau kasturi untuk kesihatan yang ramai tak tahu
  • Resepi Menggunakan Limau Kasturi

Perbezaan limau kasturi dan limau nipis

limau kasturi

Ada beza limau nipis dan limau kasturi. Berikut adalah antara perbezaannya:

1. Bentuk dan warna

Sekilas pandang seakan sama, tetapi limau kasturi mempunyai warna hijau yang lebih pekat berbanding dengan limau nipis yang berwarna hijau muda atau hijau kekuningan. 

Dari segi bentuk pula, limau kasturi lebih kecil manakala limau nipis bersaiz besar tetapi kedua-duanya mempunyai tekstur yang licin.

2. Jumlah dan warna air perahan

Air perahan limau nipis lebih jernih sedangkan limau kasturi memiliki air perahan yang hijau kekuningan. Bukan itu sahaja, ia lebih mudah mengeluarkan air yang banyak bila diperah berbanding limau nipis. 

3. Fungsi dan kegunaan dalam masakan 

Kedua-dua buahan sitrus ini memiliki rasanya yang masam tetapi masam yang berlainan. Ternyata limau kasturi mempunyai rasa yang lebih masam berbanding limau nipis. Sebab itu enak dimakan begitu sahaja atau diperahkan airnya ke dalam resepi variasi sambal seperti sambal belacan. 

Khasiat limau kasturi untuk kesihatan yang ramai tak tahu

Sebiji buah limau kasturi mengandungi 12 kcal tenaga, 1.2 g serat, 37 mg kalium 7.3 mg vitamin C dan 57.4 IU vitamin A. Selain kaya dengan kandungan vitamin C, buah-buahan sitrus ini juga kaya dengan antikosida dan asid fenolik.

Walaupun ia sering digunakan dalam masakan, tetapi tidak ramai yang tahu sebenarnya limau ini mempunyai banyak manfaat kepada kecantikan dan kesihatan.

Untuk itu, kami kongsikan beberapa kebaikannya untuk kesihatan yang menarik:

1. Meningkatkan sistem imuniti badan

Pengambilan vitamin C adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah sistem imuniti yang lemah yang menyebabkan penyakit berjangkit seperti demam, batuk dan selesema.  Buah yang kaya dengan vitamin C ini membantu meningkatkan sistem imun dengan menyokong fungsi sel darah putih yang menyingkirkan patogen dan kuman dari luar. 

2. Mencegah tekanan oksidatif

Tekanan oksidatif yang tinggi akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan kerana berlaku kerosakan sel badan, jadi buah-buahan yang mengandungi vitamin C tinggi bertindak sebagai antioksida untuk mencegah tekanan tersebut.

3. Membantu penyerapan zat besi 

Jika anda wanita hamil, masalah yang sering dialami adalah anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Ia akan menjadikan anda mudah rasa lesu, penat dan kelihatan pucat. Dengan pengambilan vitamin C, membantu meningkatkan penyerapan zat besi daripada pengambilan makanan ke dalam tubuh badan. 

Mulai sekarang, kerapkan minum air limau kasturi, ya mommies!

4. Menggalakkan penghasilan kolagen

Siapa yang tidak mahu kelihatan awet muda? Limau ini ternyata membantu menggalakkan penghasilan kolagen kulit dan mencegah tanda-tanda penuaan.

5. Mencegah penyakit skurvi

limau kasturi

Kekurangan vitamin C yang mencukupi antara 70mg-100mg sehari akan menyebabkan masalah penyakit skurvi seperti masalah gusi berdarah. Oleh itu, pengambilan buah sitrus membanty mencegahnya.

6. Mengawal paras gula dan kolestrol

Antara masalah yang sering dihadapi di negara ini iaitu penyakit diabetes dan kolestrol tinggi. Air limau kasturi mengandungi paras indeks glisemik yang rendah dan tidak akan menaikkan paras gula dalam darah dengan cepat. Manakala, serat pektin yang tinggi menurunkan paras LDL iaitu sejenis kolestrol yang tidak baik untuk kesihatan.

7. Memberi tenaga dan menyegarkan

Bila terasa lesu dan letih, cubalah campurkan limau kasturi ke dalam minuman yang anda sukai dan rasakan tenaga dan rasa segar dalam tempoh yang singkat. Juga, anda boleh hiriskan buah tersebut dan campurkan ke dalam tempat mandian dan gosok di bahagian yang bermasalah seperti ketiak dan tapak kaki.

Resepi Menggunakan Limau Kasturi

1. Jus Limau Kasturi

Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

Bahan-bahan:

  • 10 ke 12 biji limau kasturi – belah dua dah perah jus
  • 5 ke 8 biji asam boi- rendam
  • 2 cawan air
  • Gula perang atau stevia (jika mahu kurangkan pengambilan gula)
  • Kiub ais secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Sediakan semua bahan-bahan
  2. Perah jus limau, buang bijinya
  3. Masukkan jus limau yang sudah diperah tadi ke dalam jug minuman
  4. Masukkan asam boi bersama air rendaman
  5. Masukkan gula perang yang telah dilarutkan dengan air panas atau stevia
  6. Masukkan kiub ais secukupnya. Sedia untuk dihidang.

*Saiz hidangan: 2 orang

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

2. Sambal Belacan Limau Kasturi

Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

Bahan-bahan:

  • 3 biji cili merah
  • 10 ke 15 biji cili padi merah dan hijau
  • 2 sudu besar gula atau secukupnya
  • 1 sudu besar gula merah atau secukupnya
  • 1 sudu besar belacan (dibakar)
  • Garam secukupnya (tidak perlu terlalu banyak kerana belacan sudah cukup masin)
  • 1 sudu besar air asam jawa pekat (bancuh dengan air panas dan tapis)
  • 3 biji limau kasturi (perah jusnya dan jangan buang kulitnya, hiris halus)

Cara penyediaan:

  1. Kisar atau tumbuk sedikit kasar, tidak terlalu halus kesemua bahan kecuali limau.
  2. Perahkan jus limau kasturi, buang bijinya
  3. Hiris kulit limau secara halus (Hanya gunakan 1 atau 2 biji sahaja untuk kulitnya).
  4. Perasakan jika perlu dan sedia untuk dihidang

3. Limau Kasturi Mojito

Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

Bahan-bahan:

  • 3 biji limau kasturi
  • Daun pudina (beberapa helai)
  • Ketulan ais
  • 1 ke 2 sudu teh madu (jika mahu)
  • Air soda secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Masukkan daun pudina ke dalam gelas dan lenyekkan dengan sudu atau lesung bersih untuk keluarkan minyak dan aromanya.
  2. Perah jus limau ke dalam gelas, buang bijinya
  3. Masukkan air soda (agak-agak mengikut saiz gelas)
  4. Tambah madu jika mahu
  5. Tambah ketulan ais dan sedia untuk dihidang

*Saiz hidangan: 1 orang

4. Jus Timun Limau Kasturi

Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

Bahan-bahan:

  • 1 biji timun Jepun (potong kecil)
  • 1 ke 1 1/2 cawan air sejuk
  • 3 biji limau kasturi (perah jus sahaja dan buang biji)
  • 1/4 ke 1/2 cawan gula sirap atau gula perang untuk lebih sihat
  • Ketulan ais secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Kisar timun Jepun yang dipotong kecil bersama secawan air sehingga halus
  2. Tapis jus sebanyak dua kali ke dalam jug (tambah baki air)
  3. Tambah perahan jus limau bersama gula sirap mengikut citarasa
  4. Kacau sebati
  5. Sedia untuk dihidang sejuk bersama ketulan ais

*Saiz hidangan: 1 orang

Semoga artikel ini bermanfaat!

Root of Science Rasa Cookpad

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Suka Bau Daun Ketumbar? Ini 5 Kebaikan Daun Ketumbar Yang Ramai Tak Tahu!

Baca juga: Bukan Sekadar Penyeri Masakan, Ini Antara 7 Kebaikan Daun Bawang Untuk Kesihatan Yang Buat Anda Nak Makan!

Baca juga: Khasiat Buah Lawang Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham