TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

8 min bacaan
Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Keputihan kuning dan berbau dari vagina boleh terjadi disebabkan oleh 1) Perubahan Hormon, 2) Jangkitan Kulat, 3) Penyakit Kelamin, 4) Stres

Keputihan adalah perkara biasa bagi kebanyakan wanita, tetapi apabila ia berubah warna, terutamanya menjadi keputihan kuning, ia boleh membuatkan kita tertanya-tanya apakah itu petanda sesuatu yang tidak normal.

Secara umumnya, keputihan wanita berfungsi untuk membersihkan dan melindungi faraj daripada jangkitan, namun perubahan warna dan tekstur boleh memberikan petunjuk tentang keadaan kesihatan.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Keputihan Kuning?
  • Punca Keputihan Kuning
  • Adakah Keputihan Kuning Tanda Hamil?
  • Tanda Keputihan Tidak Normal
  • Apa Perlu Buat Jika Keputihan Berwarna Kuning?
  • Rawatan Keputihan Secara Tradisional

Apa Itu Keputihan Kuning?

Keputihan kuning boleh muncul dalam pelbagai keadaan. Ia boleh menjadi normal atau petanda masalah kesihatan, bergantung kepada tekstur, bau, dan keadaan lain yang menyertainya.

Keputihan berwarna kuning yang tidak disertai dengan bau atau simptom lain, mungkin hanya disebabkan oleh perubahan hormon semasa kitaran haid.

Namun, jika keputihan kuning disertai dengan bau tidak menyenangkan, kegatalan, atau rasa sakit, ia mungkin menunjukkan bahawa sesuatu yang tidak kena pada kesihatan bahagian intim anda.

Punca Keputihan Kuning

Berikut beberapa punca keputihan kuning dari faraj wanita:

1. Perubahan Hormon

Keputihan kuning sering terjadi semasa perubahan hormon, seperti semasa kitaran haid, kehamilan, atau penggunaan pil perancang. Peningkatan hormon estrogen boleh menyebabkan perubahan dalam pengeluaran cecair faraj, menyebabkan keputihan berwarna kuning.

2. Jangkitan Yis Faraj (Yeast Infection)

Punca keputihan kuning dikaitkan dengan jangkitan yis faraj. Ia terjadi disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan kulat Candida di faraj. Keputihan yang kuning, pekat, berbau masam, dan disertai dengan kegatalan dan iritasi adalah tanda-tanda jangkitan yis.

3. Vaginosis Bakteria (Bacterial Vaginosis)

Ketidakseimbangan bakteria baik dalam faraj boleh menyebabkan vaginosis bakteria. Keputihan kuning atau kehijauan yang berbau busuk adalah gejala utama. Keadaan ini sering disertai dengan kegatalan atau rasa tidak selesa.

4. Penyakit Kelamin

Punca keputihan kuning yang lain adalah penyakit kelamin. Jangkitan seksual seperti gonorea dan klamidia boleh menyebabkan keputihan kuning dengan bau busuk. Selain itu, ia boleh disertai dengan rasa sakit semasa hubungan seksual, kegatalan, atau rasa pedih ketika buang air kecil.

5. Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

Jangkitan saluran kencing boleh menyebabkan keputihan kuning. Gejala lain termasuk rasa sakit atau sensasi terbakar semasa buang air kecil, kekerapan membuang air kecil, dan ketidakselesaan di bahagian bawah perut.

6. Tekanan Yang Berlebihan

Punca keputihan kuning adalah kerana tekanan berlebihan dan gaya hidup tidak sihat seperti diet tidak seimbang atau kurang tidur, boleh memberi kesan kepada keseimbangan hormon dan sistem imun, yang akhirnya menyebabkan perubahan pada keputihan.

Adakah Keputihan Kuning Tanda Hamil?

Tidak semestinya. Walaupun sesetengah wanita hamil mengalami keputihan yang lebih banyak, biasanya ia berwarna putih atau jernih. Keputihan kuning lebih sering dikaitkan dengan jangkitan atau ketidakseimbangan bakteria, bukan tanda kehamilan.

Tanda Keputihan Tidak Normal

1. Bau Tidak Menyenangkan

Keputihan berbau busuk atau kuat boleh menandakan adanya jangkitan seperti vaginosis bakteria atau jangkitan kulat. Bau yang tidak normal sering kali menunjukkan bahawa terdapat masalah kesihatan yang perlu ditangani.

2. Warna Keputihan Berubah

Keputihan biasanya berwarna jernih, putih susu, atau sedikit kekuningan. Namun, jika ia berubah menjadi warna kehijauan, kelabu, atau coklat, ini mungkin petanda jangkitan atau masalah kesihatan yang memerlukan perhatian.

3. Tekstur Berbeza

Keputihan yang terlalu pekat, berbuih, atau berkelompok (seperti keju) boleh menunjukkan jangkitan yis sementara keputihan yang terlalu cair atau berair mungkin menunjukkan adanya jangkitan bakteria.

4. Kegatalan atau Iritasi

Jika keputihan disertai dengan kegatalan, rasa terbakar, atau iritasi di kawasan faraj, ini adalah tanda bahawa mungkin ada jangkitan, seperti jangkitan yis atau vaginosis bakteria, yang perlu dirawat.

5. Sakit Semasa Hubungan Seksual

Rasa sakit atau ketidakselesaan semasa hubungan seksual, yang disertai dengan keputihan yang tidak normal, boleh menunjukkan adanya masalah kesihatan seperti jangkitan atau keradangan pada faraj.

6. Sakit Perut atau Ketidakselesaan

Jika anda merasakan sakit atau ketidakselesaan di bahagian bawah perut bersama keputihan yang tidak normal, ini mungkin petanda jangkitan atau keadaan lain yang perlu diperiksa oleh doktor.

7. Perubahan Jumlah Keputihan

Keputihan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit daripada biasa, terutamanya apabila disertai dengan gejala lain, boleh menunjukkan ketidakseimbangan hormon, jangkitan, atau masalah kesihatan lain.

Apa Perlu Buat Jika Keputihan Berwarna Kuning?

Berikut beberapa perkara yang boleh anda lakukan jika keputihan berwarna kuning:

1. Jaga Kebersihan Bahagian Intim

Kebersihan kawasan genital adalah langkah paling asas dan penting dalam mencegah keputihan tidak normal. Setiap kali selepas buang air kecil atau besar, bersihkan faraj dari arah depan ke belakang (dari vagina ke dubur), bukan sebaliknya.

Ini kerana bakteria dari kawasan dubur seperti E. coli boleh memasuki faraj jika dibersihkan dari belakang ke depan. Selepas itu, pastikan mengeringkan kawasan genital dengan tisu bersih atau kain lembut. Kawasan faraj yang lembap sangat mudah menjadi tempat pembiakan kuman dan yis.

2. Hindari Produk Pewangi

Walaupun produk pembersih kewanitaan atau sabun wangi mungkin kelihatan “menyegarkan”, sebenarnya ia boleh mengganggu keseimbangan pH semula jadi faraj. Faraj secara semula jadi mempunyai bakteria baik yang melindunginya daripada jangkitan.

Produk pewangi atau bahan kimia keras boleh membunuh bakteria baik ini, menyebabkan bakteria atau kulat jahat membiak dengan lebih cepat. Hasilnya? Keputihan jadi kuning, berbau, dan tidak selesa.

3. Kawal Pengambilan Gula Dan Karbohidrat Ringan

Tahukah anda, yis dan kulat suka gula? Jika keputihan anda berpunca daripada jangkitan kulat (candida), kurangkan pengambilan:

  • Minuman manis
  • Kuih-muih manis
  • Roti putih atau nasi putih berlebihan

Sebaliknya, amalkan makanan tinggi serat dan nutrien untuk sokong sistem imun.

3. Tukar Panty Liner Dengan Kerap

Panty liner memang boleh membantu menyerap keputihan, tetapi pemakaian terlalu lama atau setiap hari boleh menjadikan kawasan faraj sentiasa lembap. Keadaan lembap ini menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat.

Jika anda benar-benar perlu guna panty liner (contohnya pada hari-hari terakhir haid), pastikan:

  • Gunakan panty liner yang tidak mengandungi pewangi
  • Tukar setiap 4–6 jam
  • Elakkan tidur malam dengan panty liner

4. Ambil Suplemen Atau Makanan Kaya Lactobacillus

Bakteria baik jenis Lactobacillus memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan flora faraj. Ia membantu mengekalkan pH faraj yang sihat dan mencegah pertumbuhan bakteria jahat. Anda boleh mendapat Lactobacillus melalui:

  • Yogurt probiotik (pastikan tanpa gula berlebihan)
  • Suplemen probiotik khas untuk kesihatan wanita, yang biasanya boleh dibeli di farmasi
  • Mengamalkan makanan/suplemen ini secara konsisten membantu mengurangkan keputihan tidak normal, termasuk keputihan kuning

5. Pilih Seluar Dalam Yang Selesa

Pakaian dalam yang terlalu ketat atau tidak menyerap peluh boleh membuatkan kawasan genital menjadi panas dan lembap, suasana sempurna untuk pembiakan bakteria. Justeru;

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
  • Pilih fabrik kapas yang sejuk, lembut, dan menyerap peluh
  • Elakkan fabrik sintetik seperti nilon, satin, atau poliester
  • Pastikan menukar seluar dalam sekurang-kurangnya dua kali sehari, atau lebih kerap jika anda berpeluh banyak
  • Semasa tidur, sesetengah pakar menyarankan tidak memakai seluar dalam langsung untuk membenarkan kawasan faraj “bernafas”

6. Berjumpa Dengan Doktor

Jika keputihan warna kuning disertai dengan bau busuk, kegatalan, atau gejala lain yang tidak biasa, segeralah berjumpa doktor.

Doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan atau ujian seperti kultur faraj untuk menentukan punca sebenar dan memberikan rawatan yang sesuai.

Rawatan Keputihan Secara Tradisional

1. Air Rebusan Daun Sirih

Daun sirih mengandungi bahan antiseptik semula jadi seperti chavicol dan eugenol yang membantu membunuh bakteria dan kulat.

Cara guna rawat keputihan secara tradisional adalah:

  • Ambil 7–10 helai daun sirih, cuci bersih

  • Rebus dengan 1 liter air sehingga mendidih

  • Biarkan suam

  • Gunakan air rebusan daun sirih untuk cuci bahagian luar faraj sahaja 1–2 kali sehari

2. Air Rebusan Manjakani

Manjakani terkenal dalam perubatan Melayu sebagai herba untuk mengetatkan dan menjaga kesihatan faraj. Ia juga mempunyai sifat antibakteria dan antikulat.

Cara guna:

  • Gunakan manjakani kering (boleh beli di farmasi atau kedai jamu)

  • Rebus beberapa biji dengan air (1 liter), tapis

  • Biarkan suam dan guna untuk cuci bahagian luar faraj

Nota: Jangan guna terlalu kerap atau pekat kerana manjakani boleh mengeringkan faraj berlebihan jika disalah guna.

3. Air Perahan Limau Nipis + Daun Sirih

Gabungan ini sering digunakan dalam rawatan tradisional untuk memberi rasa segar dan bantu mengurangkan lendir berlebihan.

Cara guna:

  • Campurkan air rebusan daun sirih suam dengan sedikit perahan limau nipis

  • Gunakan untuk cuci bahagian luar faraj

Nota: Pastikan air tidak terlalu masam kerana ia boleh menyebabkan iritasi jika terlalu kuat.

4. Air Garam Untuk Rendaman Luaran

Air garam mempunyai kesan antikulat ringan. Ia boleh digunakan sebagai langkah sementara untuk melegakan gatal dan rasa tidak selesa.

Cara guna:

  • Campur 1 sudu besar garam dalam semangkuk air suam.

  • Duduk dan rendam bahagian faraj (sit bath) selama 10–15 minit.

  • Ulang 1 kali sehari selama 2–3 hari.

Kesimpulannya, keputihan kuning adalah perkara biasa bagi wanita, dan ia tidak semestinya menunjukkan masalah kesihatan yang serius.

Namun jika keputihan disertai dengan bau busuk, kegatalan, atau rasa sakit, ia boleh menjadi tanda jangkitan atau masalah kesihatan lain yang memerlukan rawatan. Sebagai wanita, penting untuk memahami tubuh kita dan tidak teragak-agak untuk mendapatkan nasihat perubatan apabila perlu.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Flo Health, Very Well Family

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  9 Jenis Keputihan Yang Wanita WAJIB Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awal

Baca juga:  7 Makanan Punca Keputihan Gatal Sangat Sampai Kena Garu – Apa Perlu Elak?

Baca juga:  Keputihan Wanita Yang Berlebihan Penyebab Vagina Berbau, Ini Cara Berkesan Mengatasinya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham