X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Keputihan Semasa Mengandung, Apa Yang Normal & Tidak, Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

3 min bacaan
Keputihan Semasa Mengandung, Apa Yang Normal & Tidak, Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Keputihan semasa mengandung tidak semestinya menandakan masalah serius, ketahui apa puncanya dan anda mampu rawat di rumah.

Setiap kehamilan pasti ada sesuatu perubahan padan badan yang baru anda akan alami, antaranya adalah keputihan semasa mengandung. Sama ada anda mengalami keputihan yang berlebihan atau keputihan yang berubah tekstur dan warna. 

Untuk menandakan ia adalah masalah yang lebih serius adalah apabila anda perasan keputihan kali ini hadir dengan bau yang kurang menyenangkan. 

Apa itu keputihan? 

keputihan semasa mengandung

Keputihan terdiri daripada lelehan faraj dan lendir serviks. Keputihan yang dialami adalah unik pada setiap wanita.

Dan keputihan adalah fungsi badan yang normal untuk memastikan faraj sihat. 

Biasanya, keputihan normal nampak jernih atau putih dan tidak ada sebarang bau. Tekstur dan jumlah yang keluar mungkin berbeza-beza – kadang-kadang ia nipis dan berair.

Ada kalanya ia akan berubah lekit dan banyak. Keputihan wanita akan bertukar-tukar mengikut kesihatan wanita tersebut dan juga hari-hari yang berlainan sama ada sebelum dan selepas ovulasi.

Adakah masalah keputihan semasa mengandung ini berbahaya?

Sebenarnya agak biasa bagi wanita hamil mengalami keputihan yang berlebihan ketika hamil dan ia biasanya tidak berbahaya.

Yang anda alami itu lebih dikenali sebagai leukorea (leucorrhoea). Ia merupakan cairan dengan tekstur seakan-akan susu yang sedikit berbau. Dan punca ia berlaku adalah kerana terdapat lebih banyak darah mengalir di kawasan sekitar vagina. Tidak banyak perbezaannya dari segi tekstur sebelum anda hamil, cuma kuantitinya ketika anda mengandung adalah lebih banyak.

Dan kebiasaannya cairan ini akan bertambah banyak apabila anda sudah dekat dengan tarikh bersalin. Dan ada juga kemungkinan di peringkat ini anda akan alami keputihan bertekstur lendir yang dicampuri sedikit darah yang dipanggil show. Ia merupakan lapisan pada pintu rahim yang akan keluar apabila anda sudah sedia untuk bersalin. 

Cara menangani

Keputihan yang berlebihan ini sememangnya normal, namun sekiranya anda berasa tidak selesa, dan menganggu rutin harian anda, maka anda boleh lakukan perkara berikut: 

  • Pastikan vagina sentiasa bersih dan kering.
  • Gunakan sabun tanpa wangian untuk membersihkan bahagian luar vagina. Elakkan menggosok hingga bahagian dalam vagina, ia boleh mempengaruhi keseimbangan bakteria semula jadi dalam vagina. 
  • Pakai seluar dalam yang diperbuat dari material kapas
  • Pakai seluar dalam yang longgar dan selesa

Bila perlu dirawat?

keputihan semasa mengandung

Sekiranya anda dapati ada perubahan dari segi tekstur yang seakan cheese, keputihan bertukar warna seperti kuning kehijauan dan berbau busuk malah vagina menjadi sangat gatal dan pedih, maka segerelah berjumpa dengan pakar. 

Semak juga simptom ini:

  • Terasa sakit atau nyeri ketika membuang air kecil
  • Pedih dan terasa seperti terbakar

Jika anda mengalami segala simptom di atas ada kemungkinan anda sebenarnya mengalami jangkitan bakteria atau ‘yeast infection’ pada vagina. Dan ia perlu dirawat sebelum anda melahirkan anak. Jika ia tidak dirawat, bimbang jangkitan itu akan terkena pada bayi yang baru lahir. 

Keputihan atau ‘yeast infection’ ini akan datang dan pergi, ia sebenarnya agak biasa untuk dihidapi sepanjang kehamilan. Jadi jika mendapatkan ubat di kaunter farmasi, mereka akan memberikan ubat yang perlu dimasukkan ke dalam vagina. Namun penggunaannya ada terkawal. Tidak  boleh digunakan sesuka hati. 

Tips mengurangkan jangkitan 

keputihan semasa mengandung

  • Amalkan pengambilan yogurt setiap hari. 
  • Minum air/jus kranberi.
  • Lebihkan sayuran serta buah-buahan.
  • Sentiasa memastikan anda tidak menggaru vagina dengan tangan yang kotor. 
  • Penggunaan kondom ketika bersama dengan suami.
  • Sentiasa mencuci alat sulit selepas bersama suami. 
  • Menukar panty liner mengikut waktu. 
  • Elakkan memakai panty liner yang hadir dengan haruman.
  • Elakkan mencuci vagina menggunakan sabun mandian yang sama ketika mandi. 

Sumber: Baby Center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal & Berbahaya

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Keputihan Semasa Mengandung, Apa Yang Normal & Tidak, Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu
Kongsikan:
  • 3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal & Boleh Bahayakan Janin!

    3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal & Boleh Bahayakan Janin!

  • Keputihan Berlaku Pada Bayi Normal Atau Tidak? Ini Panduan Untuk Ibu Ayah!

    Keputihan Berlaku Pada Bayi Normal Atau Tidak? Ini Panduan Untuk Ibu Ayah!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • 3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal & Boleh Bahayakan Janin!

    3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal & Boleh Bahayakan Janin!

  • Keputihan Berlaku Pada Bayi Normal Atau Tidak? Ini Panduan Untuk Ibu Ayah!

    Keputihan Berlaku Pada Bayi Normal Atau Tidak? Ini Panduan Untuk Ibu Ayah!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.