Masalah cacing sering dialami oleh kanak-kanak, dan boleh dirawat sendiri di rumah dengan mengambil ubat cacing budak yang ada dijual di farmasi.
Cacing rambu/cambuk, cacing gelang, cacing jarum dan cacing kerawit adalah antara contoh cacing parasit yang paling biasa menginap di dalam badan manusia.
Kebiasaannya, cacing parasit menginap dalam tubuh badan manusia secara tidak sengaja apabila tangan yang terpegang telur cacing tidak dibasuh dengan bersih sebelum memegang makanan atau menyentuh mulut.
Ubat Cacing Budak: Tanda-tanda Anak Anda Ada Masalah Cacing
Kredit gambar: Scholastic
Secara umumnya, masalah cacing tidak menunjukkan sebarang simptom yang serius pada kanak-kanak pada peringkat awal semasa jumlah cacing yang sudah menetas dalam badan masih sedikit.
Namun, semakin lama dibiarkan, semakin banyak telur cacing akan menetas dan akhirnya menyebabkan pembiakan cacing parasit ini terus berlaku dalam tubuh badan kanak-kanak.
Menurut MyHealth, portal kesihatan di bawah seliaan KKM, terdapat tiga jenis jangkitan yang biasa dialami oleh kanak-kanak yang berpunca daripada cacing iaitu:
- Trichuriasis yang berpunca daripada cacing rambu/cacing cambuk
- Ascariasis yang berpunca daripada cacing gelang
- Enterobiasis yang berpunca daripada cacing jarum
Walaupun jangkitan cacing yang berlainan ini berbeza daripada segi nama saintifiknya, tanda-tanda atau gejala yang dialami oleh kanak-kanak jika terkena mana-mana jangkitan cacing ini adalah hampir sama.
Jika jumlah cacing dalam badan kanak-kanak meningkat dan menjadi semakin serius, kanak-kanak itu mungkin akan mengadu yang mereka mempunyai masalah ini:
- Gatalan di sekeliling dubur dan vagina
- Perut rasa sakit dan senak
- Perut rasa tidak selesa seperti sebu atau kembung
- Masalah sembelit
- Muntah
- Cirit birit (dan najis ada darah)
- Muka pucat (kekurangan darah)
- Hilang selera makan
- Susut berat badan
Ubat Cacing Budak Rawatan Terbaik Untuk Masalah Jangkitan Yang Berpunca Daripada Cacing Parasit
Rawatan yang biasa diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami jangkitan yang berpunca daripada cacing ialah dengan memberikan ubat cacing budak yang perlu dimakan dalam dua dos atau satu dos.
Kebiasaannya ubat cacing budak mampu membunuh pelbagai jenis cacing dalam satu masa, dan juga boleh dimakan setiap 6 bulan sebagai tindakan pencegahan.
Jadi, jika anak anda mengadu salah satu daripada tanda jangkitan cacing yang kami kongsikan di atas, tetapi anda tidak pasti ianya berpunca daripada cacing yang mana, berikan saja ubat cacing budak yang ada dijual di farmasi berhampiran anda dengan segera.
5 Ubat Cacing Budak Terbaik Di Farmasi
Masalah cacing mungkin dianggap remeh kerana ia biasa berlaku dikalangan kanak-kanak (dan kadangkala, orang dewasa juga). Namun, jika tidak dirawat dengan ubat cacing dengan segera, jangkitan yang pada mulanya tidak serius ini akan melarat.
Kini terdapat pelbagi jenis ubat cacing kanak-kanak yang boleh dibeli terus di kaunter farmasi, dan kami sudah pilih 5 ubat cacing terbaik yang anda boleh beli dan simpan di rumah sebagai bekalan.
Ubat cacing budak terbaik
 | M-Zole Chewable Tablet 1s Ubat cacing budak mematikan 7 jenis cacing |  | View Details | BELI DI SHOPEE |
 | Dyna Dynapar Worm Suspension 10ml Ubat cacing budak jenis sirap |  | View Details | BELI DI SHOPEE |
 | Zentel 200mg 4 tablets Ubat cacing budak dan dewasa |  | View Details | BELI DI SHOPEE |
 | K-WORM DeWorm Chocolate Chewable Tablet 2s Ubat cacing budak berperisa coklat |  | View Details | BELI DI SHOPEE |
 | Champs D Worms Chocolate Chewable Tablets 2's Ubat cacing budak berkesan melawan 6 jenis cacing |  | View Details | BELI DI SHOPEE |
M-Zole Chewable Tablet 1s
Ubat cacing budak mematikan 7 jenis cacing
Memandangkan jangkitan cacing menunjukkan gejala yang hampir sama, sukar untuk ibu bapa pastikan jenis jangkitan tepat yang dialami oleh anak.
Jadi, ubat cacing budak M-Zole yang mengandungi 500mg Mebendazole yang mampu melawan 7 jenis cacing dalam satu masa ini adalah pilihan yang paling mudah untuk ibu bapa.
Apa yang kami suka:
- Hanya satu dos sahaja untuk selesaikan masalah jangkitan cacing.
- Datang dalam perisa vanila dan pisang yang enak.
- Dijual dengan harga yang berpatutan
Dyna Dynapar Worm Suspension 10ml
Ubat cacing budak jenis sirap

Bagi kanak-kanak yang lebih suka makan ubat jenis sirap, ubat cacing Dynapar ini adalah pilihan yang lebih mudah untuk mereka.
Setiap botol mempunyai 10ml ubat yang cukup untuk diambil sekali oleh kanak-kanak berusia 2-6 tahun, mengikut dos yang disarankan. Bagi kanak-kanak yang berusia 6-12 tahun pula perlukan 20ml ubat untuk dos yang lengkap.
Apa yang kami suka:
- Sesuai diambil oleh orang dewasa juga, dengan dos yang disarankan, 30ml.
- Mampu melawan 3 jenis cacing (kerawit, gelang dan rambut) dengan hanya satu dos.
- Sirap berperisa Raspberry yang disukai oleh kanak-kanak.
Zentel 200mg 4 tablets
Ubat cacing budak dan dewasa

Ada kalanya, masalah jangkitan cacing pada kanak-kanak berjangkit kepada ahli keluarga yang lain apabila permukaan atau anggota badan yang sudah tercemar, bersentuh dengan orang lain.
Jika ini berlaku, ubat cacing Zentel ini adalah pilihan terbaik untuk anda sekeluarga. Setiap biji ubat cacing ini mengandungi 200mg Albendazole yang boleh melawan cacing parasit seperti cacing kerawit, cacing gelang dan cacing jarum.
Apa yang kami suka:
- Sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak seawal 12-24 bulan, dengan dos 1 biji sahaja.
- Boleh dikunyah atau dihancurkan dan dicampurkan dalam makanan.
- Satu pembelian yang sesuai untuk seisi keluarga.
K-WORM DeWorm Chocolate Chewable Tablet 2s
Ubat cacing budak berperisa coklat

Jika anak anda mengadu mempunyai gejala seperti jangkitan cacing, ubat cacing K-Worm ini dapat membantu merawat masalah ini. Setiap tablet mengandungi Albendazole yang berkesan untuk merawat masalah jangkitan yang berpunca daripada satu jenis cacing atau beberapa jenis cacing.
Ubat ini datang dalam bentuk tablet yang perlu dikunyah dan boleh didapati di rangkaian farmasi Alpro tanpa preskripsi doktor. Walaupun ubat cacing ini sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur, wanita mengandung diingatkan untuk tidak mengambil ubat ini.
Apa yang kami suka:
- Tablet berperisa coklat yang semestinya disukai oleh kanak-kanak.
- Berkesan untuk membasmi cacing kerawit, cambuk, gelang, kait, pita dan benang.
- Sesuai dan selamat untuk kanak-kanak seawal 1 tahun.
Champs D Worms Chocolate Chewable Tablets 2’s
Ubat cacing budak berkesan melawan 6 jenis cacing

Jangkitan yang berpunca daripada cacing parasit secara umumnya menunjukkan gejala yang hampir sama seperti sebu perut, cirit birit dan kurang selera makan.
Ubat cacing Champs D Worms ini amat berkesan untuk melawan cacing yang ada dalam tubuh badan kanak-kanak dan orang dewasa. Dos yang disarankan untuk merawat jangkitan untuk setiap jenis cacing adalah berbeza, dan ada dimaklumkan pada kotak ubat.
Apa yang kami suka:
- Maklumat jelas berkaitan dos yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak, serta untuk jenis cacing yang berbeza.
- Selamat untuk diambil oleh kanak-kanak seawal 1 tahun.
- Datang dalam perisa coklat yang membuatkan ubat ini tidak rasa seperti ubat.
Perbandingan Harga Ubat Cacing Budak
Jenama
|
Harga (RM)
|
M-Zole Chewable Tablet 1s
|
RM5.20
|
Dyna Dynapar Worm Suspension 10ml
|
RM4.50
|
Zentel 200mg 4 tablets
|
RM16.90
|
K-WORM DeWorm Chocolate Chewable Tablet 2s
|
RM7.90
|
Champs D Worms Chocolate Chewable Tablets 2’s
|
RM4.57
|
Elak Masalah Cacing Dari Awal Dengan Beberapa Langkah Mudah

Bak kata pepatah, “prevention is better than cure". Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, marilah kita sama-sama cuba untuk elak masalah jangkitan yang berpunca daripada cacing dengan beberapa langkah mudah.
1. Ajar anak untuk jaga kebersihan tangan
Perkara pertama yang anda harus terapkan dalam diri anak-anak anda ialah menjaga kebersihan tangan. Ini adalah kerana tangan yang bersih akan dapat mengurangkan risiko terkena pelbagai jangkitan lain selain yang berpunca daripada cacing, seperti Covid-19, HFMD dan Rotavirus.
2. Beri anak makan makanan yang dimasak sepenuhnya
Walaupun anda dan pasangan mungkin gemar untuk makan makanan Jepun yang tidak dimasak seperti sashimi dan sushi atau steak yang dimasak pada tahap “rare", jangan berikan makanan yang tidak dimasak sepenuhnya seperti ini kepada kanak-kanak.
Ini adalah kerana perut mereka masih fragile, mudah terkena jangkitan dan alami masalah sakit perut.
3. Pastikan sayur dan buah dibasuh dengan betul
Jika anak anda gemar makan sayur berdaun, pastikan ianya dibasuh dengan betul sebelum dimasak. Contohnya sayur seperti bayam dan kangkung kadangkala masih mempunyai akar yang bertanah semasa anda beli di pasar. Telur cacing boleh melekat pada tanah dan sayur itu jika tidak dibasuh dengan betul.
Begitu juga dengan buah-buahan. Pastikan ianya dibasuh dengan baik sebelum anda hidangkan kepada anak anda.
4. Jangan main di tempat berhampiran tempat sisa buangan
Kadangkala semasa pulang ke kampung atau pergi berkhemah, sistem sisa buangan / kumbahan di tempat-tempat ini tidak sesempurna sistem yang ada di bandar. Kemungkinan untuk tanah di sekitar tandas atau ruang memasak untuk tercemar adalah tinggi.
Jadi, pastikan anak anda tidak bermain di kawasan ini untuk elak daripada dijangkiti pelbagai jenis jangkitan.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Nyaring Tangisan Bayi Bila Sakit Perut, Ibu Ayah Harus Peka Dengan Simptom & Cara Merawatnya
Baca juga: Doktor Kongsi 7 Cara BERKESAN Atasi Eczema Flare, Elak Simptom Jadi Lebih Teruk
Baca juga: Jenis Ruam Bayi Yang Biasa Berlaku Pada Bayi Baru Lahir, Ibu Ayah Please Take Note!