Ibu ayah pastinya risau apabila anak mula mengalami batuk-batuk membuatkan mereka ingin segera mencari jalan penyelesaian dan pastinya solusi paling mudah adalah dengan mendapatkan ubat batuk kanak kanak di kedai atau farmasi selain daripada merujuk kepada doktor.
Tidak dinafikan, bayi dan anak kecil adalah golongan yang berisiko diserang oleh gejala batuk dan selsema. Tempoh perjalanan 6 tahun pertama dalam membesarkan kerana dikatakan waktu ini adalah kritikal bagi ibu ayah.
Pemilihan Ubat Batuk Kanak Kanak Terbaik
Biasanya ubat batuk budak boleh didapati dengan mudah di farmasi tanpa preskripsi doktor tetapi ibu ayah kena pastikan anda tahu memilih jenis yang sesuai ya.
Ini kerana, ada pelbagai jenis ubat batuk budak di pasaran dan mungkin ia tidak sesuai dengan keadaan batuk pada anak kita kerana setiap ubat tersebut bertindak secara berbeza bergantung kepada jenis batuk yang dialami oleh anak-anak anda.
Sebelum itu, ibu ayah perlu tahu dahulu jenis batuk anak. Terdapat dua jenis batuk yang boleh dialami anak iaitu;
Kahak adalah lendiran pekat yang dihasilkan oleh mukosa dalam hidung, mulut, tekak. Jika kita sihat, lendiran ini ada juga, cuma ia cair.
Jika ada iritasi pada mukosa, seperti bendasing, perengsa, atau jangkitan tertentu di kerongkong serta di paru-paru, maka lendiran ini boleh dihasilkan lebih banyak atau lebih pekat dan dipanggil kahak. Kehadiran kahak ini membuatkan tekak tidak selesa, maka tercetus refleks batuk untuk membuangnya.
2. Batuk Kering (Tak Berkahak)
Ada juga batuk yang tidak berkahak. Seringkali batuk jenis ini disebabkan oleh rasa tekak gatal atau kering. Ini biasanya tanda-tanda jangkitan tekak (laryngitis /pharingitis /tonilitis).
Adakalanya pula batuk kering disebabkan oleh salur pernafasan menjadi sempit, contohnya ketika serangan asma atau terdedah kepada habuk, jerebu dan bahan kimia dan asap rokok.
Selepas mengetahui jenis batuk anak barulah ibu ayah boleh membuat pemilihan ubat batuk kanak kanak terbaik menerusi perkongsian daripada Dr. Ahmad Samhan melalui sebuah hantaran di Facebook.
- Expectorant - Digunakan untuk batuk yang berkahak(productive cough). Ia akan mencairkan mukus nipis di kawasan salur pernafasan dan memudahkan kahak untuk dikeluarkan ketika batuk.
- Antitussive - Digunakan untuk batuk kering(tidak berkahak). Ubat ini akan mengurangkan batuk dengan menghalang reflex batuk. Seterusnya seseorang itu akan berhenti batuk kerana kurang rangsangan untuk batuk.
- Mucolytic - Jenis ubat batuk budak kategori ini adalah untuk batuk berkahak. Batuk yang bermula jauh dari dalam paru-paru kerana mukus (kahak) yang tebal. Ubat kategori ini akan memutuskan jaringan mukus agar menjadi lebih longgar dan mudah untuk keluar apabila batuk.
- Berasaskan herba - Digunakan secara traditional untuk melegakan selsema,batuk,sakit tekak,iritasi kerongkong dan mengurangkan kahak.
- Anti-asthmatic (ubat lelah) - Jangkitan pada salur pernafasan boleh menghasil menyebabkan salur pernafasan menyempit seperti reaksi asma, dan mencetuskan batuk. Ubat lelah akan melegakan kesempitan salur pernafasan, mengurangkan bengkak pada mukosa, hentikan penghasilan mukosa berlebihan.
- Decongestant (ubat selsema) - Sesuai untuk melegakan batuk yang disebabkan oleh hingus yang mengalir ke belakang tekak(post-nasal drip),melegakan selsema dan hidung tersumbat. Ubat ini membantu mengurangkan pembengkakan membran mukus hidung.
- Anti-histamine - Sesuai untuk mengurangkan penghasilan hingus dan batuk tak berkahak. Ubat ini akan merencat penghasilan histamin yang menyebabkan saluran darah jadi kembang di bahagian hidung seterusnya lebih banyak mukus(hingus) dihasilkan. Dapat menembusi penghalang otak(blood brain barrier) dan merencat pusat batuk(cough centre).
- Ubat batuk gabungan - Kombinasi dua jenis ubat batuk budak dalam satu botol untuk memberi kesan yang lebih bagus.
8 Jenama Ubat Batuk Kanak Kanak Terbaik
Jadi untuk memudahkan anda membuat pilihan ubat batuk terbaik, ibu ayah boleh melihat senarai di bawah ya?
[product-comparison-table title="Ubat Batuk Kanak kanak Terbaik"]
Ubat Batuk Kanak kanak Terbaik Untuk Batuk Berkahak
Digunakan untuk batuk yang berkahak (productive cough) di mana ubat ini akan mencairkan mukus nipis di kawasan salur pernafasan dan memudahkan kahak untuk dikeluarkan ketika batuk.
Apa yang kami suka :
- Dapat melarutkan dan membersihkan kahak
- Mesra kanak-kanak, dengan perisa raspberi & ceri
- Didatangkan dengan sudu penyukat
- Tidak menyebabkan mengantuk
Ubat Batuk Kanak kanak Terbaik Untuk Mucolytic
Jenis ubat batuk kategori ini adalah untuk batuk berkahak. Batuk yang bermula jauh dari dalam paru-paru kerana mukus (kahak) yang tebal. Ubat ini akan memutuskan jaringan mukus agar menjadi lebih longgar dan mudah untuk keluar apabila batuk.
Apa yang kami suka :
- Menjadi pilihan ramai ibu bapa terutamanya untuk kanak-kanak yang mengalami simptom batuk akibat post-covid 19
- Boleh digunakan seisi keluarga, namun untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas
- Perisa kiwi
Ubat Batuk Kanak kanak Terbaik Jenis Berasaskan Herba
Hurix ubat sakit tekak digunakan secara tradisional untuk melegakan selsema, batuk, sakit tekak, iritasi kerongkong dan mengurangkan kahak.
Ubat ini mempunhyai rasa berangin dan tekstur yang pekat memudahkan untuk diminum kanak-kanak. Suhu panas badan juga dapat dikurangkan jika anak mempunyai demam.
Apa yang kami suka :
- Mudah didapati di kedai biasa
- Mudah dibawa ke mana-mana, turut disediakan cawan kecil
Ubat Batuk Kanak kanak Terbaik Ubat Jenis Tak Mengantuk
Jika mempunyai anak yang perlu menghadiri sekolah, ibu ayah pastinya memerlukan ubat batuk kanak kanak yang tidak menyebabkan mengantuk.
Ubat batuk kanak kanak dari jenama ini sesuai untuk mereka kerana tidak menyebabkan mengantuk dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kepekatan mukus seterusnya mencairkan kahak serta melegakan batuk.
Apa yang kami suka :
- Bebas alkohol dan bebas gula, selamat untuk kanak-kanak.
- Boleh diambil 3 kali sehari
- Perisa blackcurrent, sangat disukai kanak-kanak
Ubat Batuk Kanak kanak Terbaik Dengan Khasiat Ekstrak Daun Ivy
Ubat batuk prospan untuk kanak kanak merupakan salah satu cara melegakan batuk anak anda yang mengandungi ekstrak herba tradisional iaitu daun Ivy kering yang bukan saja dapat menghilang sakit tekak malah dapat mengurangkan kahak.
Jangan risau, ubat batuk ini tidak akan menyebabkan mengantuk selain tiada kandungan gula tambahan dan tiada alkohol.
Apa yang kami suka :
- Jenama pilihan di Australia
- Diuji secara klinikal
- Ubat batuk Prospan berkesan serta terbukti mengurangkan simptom batuk dalam 93% kes
- Membantu menipis dan memecahkan lendir dada supaya lebih mudah untuk membersihkan saluran pernafasan anak semasa selsema.
- Membantu dalam menenangkan dada dengan membuka saluran pernafasan yang berkaitan dengan batuk dada akibat selsema dan meredakan gejala pernafasan.
Ubat Batuk Kanak kanak Terbaik Untuk Seisi Keluarga
Ubat batuk Cap Kelapa Laut Afrika diformulasikan untuk batuk disebabkan cuaca sejuk, selsema, gatal tekak, mengurangkan kahak dan melegakan sakit tekak dan menariknya, ubat batuk ini sesuai untuk semua lingkungan umur kanak-kanak hingga dewasa jadi satu keluarga boleh berkongsi ubat batuk yang sama, lebih jimat kan?
Ia adalah satu persediaan yang dirumus khas untuk disimpan didalam setiap rumah dan digunakan bila perlu.
Ubat batuk Cap Kelapa Laut Afrika sangat popular dalam kalangan masyarakat kerana dikatakan mempunyai ramuan terbaik sepanjang tahun.
Apa yang kami suka :
- Mudah didapati di mana-mana.
- Harganya yang murah boleh diguna seisi keluarga.
- Tidak menyebabkan mengantuk kerana berasaskan herba,
Ubat Batuk Kanak kanak Terbaik Rasa Disukai Kanak-Kanak
Woods' telah menjadi pakar sirap batuk yang dipercaya selama lebih dari 100 tahun sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 1905 dengan menyediakan pengguna penyelesaian batuk yang cepat dan selamat bila diperlukan.
Woods ubat batuk mengandungi bahan aktif Guaiphenesin iaitu expectorant yang bertindak melawan lendir tebal dan lengket dengan menipis dan memecah struktur kahak yang melekat pada dinding saluran udara anda. Kemudian, sistem menjadi lebih mudah dan cepat untuk mengeluarkan kahak.
Apa yang kami suka :
- Rasa yang disukai kanak-kanak, perisa strawberi.
- Jenama yang dipercayai sejak dahulu lagi.
- Mudah didapati dan harganya yang murah.
Ubat Batuk Kanak kanak Terbaik Redakan Keperitan Tekak
Ubat batuk Breacol adalah ubat batuk jenis expectorant yang dapat meredakan gangguan dan keperitan kerongkong. Ia juga dapat mencairkan dan mengeluarkan kahak seterusnya menyembuhkan batuk anak anda.
Tidak mempunyai kandungan alkohol, rasanya juga disukai kanak-kanak dengan rasa pudina bersama sedikik perisa ceri, jadi lebih mudah untuk memberi anak yang tidak gemar makan ubat untuk makan ubat batuk Breacol ini.
Apa yang kami suka :
- Sering dicadangkan oleh ahli farmasi.
- Harganya yang murah namun sangat berkesan menyembuhkan batuk kanak-kanak.
- Rasa yang disukai kanak-kanak.
Perbandingan Harga Ubat Batuk Kanak kanak
Jenama |
Harga (RM) |
Kuantiti |
Rhinathiol Children Cough Syrup |
RM16.80 |
125 ml |
Mucolix Elixir |
RM11.50 |
90 ml |
Hurix's Cough Syrup for Kids |
RM12.70 |
60 ml |
Pabron Cough Relief Syrup Kids |
RM28.80 |
120 ml |
Prospan for Children Chesty Cough Relief Syrup |
RM48.50 |
200 ml |
Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika |
RM10.90 |
177 ml |
Woods' Peppermint Cough Syrup For Children |
RM11.20 |
100 ml |
Breacol Children Cough Syrup |
RM6.89 |
60 ml |
Punca Anak Batuk
Batuk adalah cara badan kita melindungi salur pernafasan, dan mengeluarkan kahak, debu dan kotoran dari salur pernafasan.
Batuk adalah sebenarnya satu tindak balas yang terhasil apabila ada benda asing yang cuba memasuki saluran pernafasan kita sama ada kahak atau makanan.
Ia adalah satu cara pertahanan badan kita untuk mengelak daripada paru-paru dicemari dengan benda asing atau mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat yang boleh membawa kepada masalah pernafasan atau jangkitan.
Batuk dengan sendirinya tidak berbahaya, tetapi puncanya perlu dikenalpasti. Jadi batuk tidak semestinya tidak elok dan perlu dirawat. Tanpa batuk, kemungkinan jangkitan paru-paru akan menjadi lebih berleluasa.
Antara punca batuk dalam kanak-kanak adalah jangkitan kuman di hidung, tekak dan paru-paru, penyakit lelah (bronchial asthma) atau hingus yang menitis di belakang hidung (postnasal drip).
Tip Melegakan Batuk Dan Kahak Bayi Bawah 2 Tahun
Menurut Food and Drugs Administration (FDA), ubat batuk dan selesema tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun kerana ia berisiko menyebabkan sesak nafas,sawan dan sehingga boleh membawa maut. Ibu ayah boleh cuba kaedah ini ya;
- Menggunakan ubat titisan atau semburan hidung yang mengandungi garam laut (normal saline atau sodium chloride 0.9%). Ubat ini boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat dengan mengekalkan kelembapan rongga hidung.
- Menggunakan nasal spray seperti Sterimar Baby yang berasaskan air laut. Semburan air laut ini bersifat neutral dan mampu melegakan hidung bayi yang tersumbat.
- Penggunaan alat penyembur kelembapan (humidifier) di bilik anak untuk menambahkan sedikit kelembapan pada udara juga boleh memberi kelegaan kepada hidung yang tersumbat dan kesukaran untuk bernafas.
- Mandikan anak dengan air suam. Air mandian yang suam ni akan menghasilkan wap air yang boleh mencairkan kahak dan hingus bayi supaya mudah keluar.
- Lakukan teknik chest physio kepada anak untuk mencairkan kahak
- Menggunakan nasal aspirator untuk menyedut lendir atau mukus keluar daripada rongga hidung.
- Pastikan minum air secara kerap untuk menggalakkan penghidratan badan.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk ibu ayah!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Panik, Tapi Jika Bayi Mengalami Batuk Yang Kronik Dia Mungkin Ada Masalah Lebih Besar
Baca juga: Cara Hilangkan Batuk Bayi Dengan Cepat & Berkesan, Hanya Guna Bahan Dari Dapur!
Baca juga: Anak Batuk Tak Henti? Ini 7 Jenis Batuk Yang Bahaya Pada Anak-Anak!