Ada yang mungkin pernah dengar mengenai perkara ini dan ada juga yang mungkin tidak. GBS adalah nama singkatan untuk sejenis kuman bakteria dipanggil ‘Group B Streptococcus’ dan ia jangkitan kuman yang biasa menyerang ibu hamil.
Ia biasanya diambil perhatian apabila menyerang ibu hamil kerana ia boleh membawa risiko kepada bayi dalam kandungan wanita hamil.
GBS adalah kuman atau bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum (tempat simpan najis sebelum dikeluarkan). Nisbah jangkitan ini berlaku dalam kalangan wanita adalah 2-4 dalam 10 wanita (20-40%).
Jangkitan kuman/GBS boleh bawa risiko pada bayi
Kredit: siraplimau
Bakteria ini tidak dipindahkan melalui hubungan kelamin dan kebanyakan wanita yang ada GBS ini tidak menunjukkan apa-apa simptom.
Menjadi pembawa kepada GBS ini bukanlah sesuatu yang berbahaya, tetapi bakteria ini boleh memberikan kesan kepada bayi yang dilahirkan.
Kadang-kala GBS ini boleh memberikan kesan yang serius kepada bayi yang dilahirkan. Ia amat jarang berlaku ketika kehamilan dan sekiranya proses bersalin belum bermula.
Apa fakta mengenai GBS yang perlu ibu hamil tahu?
Kredit: sharing and learning
- GBS adalah salah satu daripada bakteria yang hidup di dalam tubuh manusia & lazimnya tidak memudaratkan.
- GBS bukan penyakit kelamin & kebanyakan wanita yang ‘membawa’ GBS tidak mengalami sebarang gejala.
- Lazimnya GBS tidak membahayakan kesihatan ibu, tetapi ada sebilangan kecil bayi boleh dijangkiti GBS pada sekitar waktu kelahiran.
- Kebanyakan ibu pembawa GBS sihat dan tiada simptom
- Jika ada, simptom yang biasa dihadapi ibu adalah keputihan yang banyak atau berpanjangan ketika hamil
- Tidak semua ibu hamil yang positif GBS akan menyebabkan jangkitan kepada bayi
- Risiko jangkitan GBS kepada bayi adalah 1 dalam 200 jika ibu tidak menerima antibiotik ketika bersalin
- Risiko ini berkurangan kepada 1 dalam 4,000 jika ibu menerima antibiotik ketika bersalin.
Jika ibu pembawa GBS mempunyai simptom di bawah, risiko untuk bayi dijangkiti GBS selepas kelahiran adalah lebih tinggi.
Antara tandanya termasuklah:
- Pecah air ketuban melebihi 18 jam sebelum kelahiran
- Pecah air ketuban sebelum 37 minggu kandungan
- Jangkitan air kencing disebabkan GBS ketika mengandung
- Mempunyai sejarah bayi sebelum ini dijangkiti GBS
- Demam ketika bersalin
Jika ibu GBS positif ketika mengandung, usahlah risau jika doktor beriya pantau bayi selepas lahir. GBS tidak bahaya kepada ibu, tetapi boleh jadi sangat bahaya pada bayi.
Bahaya GBS pada bayi
Kredit: siraplimau
Menurut Dr Maiza, data Klinikal UK mendapati 1 dari setiap 1750 bayi yang baru lahir dikesan dengan jangkitan awal GBS (early-onset GBS). Gejala yang sering dialami oleh bayi:
- sepsis (kuman dalam darah)
- pneumonia, gangguan pernafasan (radang paru-paru)
- meningitis (jangkitan kuman selaput otak)
- Jangkitan GBS kepada bayi boleh jadi seawal sejurus selepas kelahiran sehingga 90 hari selepas kelahiran
- Kadar kematian bayi untuk jangkitan awal kuman GBS (early onset) sebelum pengenalan rutin antibiotik ketika bersalin adalah sehingga 55%. Kini kadar kematian bayi disebabkan jangkitan kuman GBS adalah kurang dari 5%.
Dalam semua bayi yang mengalami jangkitan awal GBS dan mendapat rawatan angka
- 56 dari 67 bayi (87.4%) pulih sepenuhnya
- 1 dari 14 bayi (7.4%) akan mengalami kecacatan mental dan fizikal
- 1 dari 19 bayi (5.2%) meninggal dunia
Jangkitan GBS akan lebih senang berlaku sekiranya
- Bayi pramatang – lagi awal bayi dilahirkan lagi tinggi risikonya
- Sebelum ni pernah ada bayi yang pernah terkena jangkitan GBS
- Ibu ada demam atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan kuman ketika hendak bersalin
- Ketika hamil, ada keputusan yang menyatakan bahawa ibu memang ada GBS dari air kencing atau sample faraj
- Air ketuban sudah pecah melebihi 24 jam sebelum bayi dilahirkan
Bagaimana mengurangkan risiko jangkitan GBS kepada bayi?
- Jika sample air kencing menunjukkan ada kuman GBS, anda perlu terus dimulakan rawatan antibiotik. Jangan berlengah
- Rawatan antibiotic juga perlu ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah.
- Kalau sampel dari faraj yang menunjukkan ada GBS – rawatan antibiotik ini perlu ketika dalam proses bersalin sahaja – diberikan melalui salur darah.
Baca juga: Bayi 5 hari mati akibat bakteria yang biasa dijumpai pada orang dewasa
Baca juga: 5 Situasi Yang Membolehkan Ibu Hamil Ambil Antibiotik, Jangan Makan Ubat Sebarangan Ya!
Baca juga: Pertemuan emosi antara ibu dan anak yang hampir maut gara-gara jangkitan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!