Tanpa Ubat, Ini 5 Rawatan Bantu Pulihkan Batuk Berlendir Bayi - Perkongsian Pakar

Tanpa Ubat, Ini 5 Rawatan Bantu Pulihkan Batuk Berlendir Bayi - Perkongsian Pakar

Ibu mana yang tak risau bila melihat bayi batuk berlendir yang disusuli dengan demam panas. Namun, selain ubat, ibu juga boleh lakukan cara seperti ini!

Risau hati bila tengok anak batuk berlendir kerana ada kahak yang susah nak dikeluarkan. Malah batuknya juga kerap berbunyi sama ada waktu tidur atau tengah bermain. Apa patut saya buat?

Batuk berlendir pada anak

batuk berlendir

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, ramai ibu bapa akan membawa anak mereka ke klinik disebabkan masalah yang sama iaitu batuk berlendir.

Namun, ada doktor yang memberikan ubat secara berlebihan hingga memudaratkan bayi. Tak kurang juga, doktor yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibu bapa rasa tak puas hati dengan rawatan yang diberikan.

Lantas sebab itu juga, ibu bapa lebih suka mendapatkan ubat yang diperlukan di farmasi yang berdekatan berbanding berjumpa doktor di klinik.

Apatah lagi, kebanyakan farmasi kini sangat prihatin dan berhati-hati semasa memberikan sebarang ubat-ubatan kepada pembeli dan akan bertanyakan beberapa soalan kepada individu tersebut.

Jika memberikan ubat kepada bayi, mereka akan tanyakan beberapa soalan kepada ibu atau ayah seperti umur anak, gejala yang mucul, berat badan, ketinggian dan sebagainya. Malah, mereka juga akan memberitahu cara untuk memberikan ubat dan dos yang dibenarkan.

Walaubagaimanapun, Dr Zubaidi menasihatkan agar ibu bapa tidak membeli ubat di farmasi jika tiada ahli farmasi yang bertugas kerana kita tidak akan mendapat penerangan yang lengkap tentang kesan dan manfaat ubat yang hendak diberikan kepada anak.

Hal ini kerana, kebanyakan ubat yang dibeli secara over-the- counter untuk batuk dan selsema tidak memberi kesan yang baik kepada bayi malah batuk berlendir itu tidak beransur pulih.

Perlu diingatkan, ubat tersebut hanya boleh diberikan kepada bayi berumur satu tahun ke atas setelah mendapat nasihat lengkap dari doktor yang memeriksa. Namun, apakah cara dan pilihan ibu bapa jika ubat tidak diberikan oleh doktor?

Cara merawat batuk berlendir pada bayi

batuk dan selsema

Berikut adalah cara yang boleh dilakukan oleh ibu dan ayah:

#1. Memastikan anak mendapat rehat yang cukup. Jangan membawa anak bersiar-siar atau membeli belah.

#2. Sekiranya menyusukan anak, berikan jumlah susu badan yang lebih banyak. Sama juga jika memberikan susu formula pada bayi.

#3. Jangan sesekali gantikan susu dengan air kosong kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah setahun kerana ia boleh memudaratkan.

#4. Jika anak mengalami batuk atau selsema bersama demam, anda boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doktor.

Ubat demam paracetamol ini boleh diberikan dengan selamat jika anak berumur satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan yang melebihi 5 kilogram.

#5. Jika anak berusia setahun ke atas, boleh bawakan si kecil itu ke bilik air dan buka shower (shower panas jika ada) dan biarkan anak berada di dalam bilik air bersama ibu untuk menghidu debuan air bagi membantu lendir menjadi longgar. Namun, jangan mandikan anak dengan air panas.

#6. Jika anak berusia setahun ke atas sudah boleh minum air dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur madu dan lemon. Ini membantu si kecil mendapat kelegaan dari batuk berlendir itu.

Dr. Zubaidi turut menambah dalam perkongsiannya itu, kebanyakan bayi yang mengalami keadaan ini tidak memerlukan ubat kerana antibodi dalam tubuh bayi itu sendiri yang akan berusaha untuk mendapatkan penyembuhan secara semulajadi, dengan izin dari Allah.

4 keadaan yang perlu segera bawa anak berjumpa doktor

batuk berkahak

- Batuk dan selsema tidak sembuh selepas lima hari
- Batuk dan selsema sehingga menyebabkan anak tak aktif dan mengalami kesukaran untuk bernafas.
- Batuk dan selsema disertai demam panas melebihi 38 darjah celcius bagi yang berumur enam bulan ke bawah dan 39 darjah celcius bagi berumur bawah setahun.
- Selsema dan batuk berkahak berwarna hijau atau kuning.

Justeru, berhati-hati semasa membeli ubat di farmasi dan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tanpa Ubat, Ini 5 Rawatan Bantu Pulihkan Batuk Berlendir Bayi - Perkongsian Pakar

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner