TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kesilapan Dalam Perubatan Anak: 8 Perkara Ibu Bapa Sering Buat

6 min bacaan
Kesilapan Dalam Perubatan Anak: 8 Perkara Ibu Bapa Sering Buat

Adakah anda juga melakukan kesilapan-kesilapan ini?

Pelbagai kesilapan dalam perubatan anak yang sebenarnya dilakukan tanpa sedar. Tiada apa yang lebih merisaukan ibu bapa melainkan apabila anak mereka jatuh sakit. Di dalam hal ini, ubat yang dibeli di kaunter farmasi atau dipreskripsikan oleh doktor, memberikan ketenangan kepada ibu bapa dengan mengurangkan simptom sakit anak mereka.

Berserta dengan kajian kami sendiri, kami juga bercakap dengan Dr. Pradeep Raut dari Klinik Kinder untuk mendapatkan pandangannnya tentang 8 kesilapan perubatan yang biasa ibu bapa lakukan.

Kesilapan Dalam Perubatan Anak: Beri ubat berlebihan untuk selesema biasa

Ibu bapa mungkin membuat kesilapan dalam perubatan anak, kerana tidak gemar mendengar si kecil anda terbatuk-batuk pada waktu malam disebabkan demam selesema. Jadi anda ke farmasi berhampiran dan membeli sebotol ubat batuk dan selesema.

kesilapan dalam perubatan anak

Walau bagaimanapun, Dr. Raut menyatakan bahawa ubat-ubatan ini memberikan sedikit sahaja kesan kepada penyakit ini, walaupun ia mungkin membantu untuk melegakan hidung anak anda yang berair.

Juga, menurut pakar perubatan yang lain, banyak ubat dari kaunter (over-the-counter medicines) mempunyai ramuan aktif yang sama, walaupun mereka mengubati simptom yang berbeza. Sebagai contoh, kebanyakan simptom pelbagai ubat selesema mempunyai paracetamol.

Jadi jika anda memberi anak anda ubat ini untuk merawat hidungnya yang tersumbat, dan kemudiannya Panadol untuk mengurangkan demam, dia sebenarnya menerima dua kali dos yang disarankan, yang mana boleh membahayakan kesihatannya.

Sebaliknya apa yang anda boleh buat  

Beri rawatan semulajadi untuk melegakan simptom selesema biasa. Artikel ini memberikan anda beberapa maklumat berguna bagi topik ini.

Jangan sesekali memberi anak anda dua ubatan pada masa yang sama kecuali jika diarahkan oleh doktor.

Menghentikan antibiotik dengan segera

Kebanyakkan kita melakukan kesilapan ini: anak kita kelihatan semakin baik jadi kita berhenti pengambilan antibiotiknya kerana kita menganggap dia tidak lagi memerlukannya.

silap hentikan antibiotik

Antiobiotik diberikan untuk membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan. Tetapi jika anda menghentikan antibiotik awal, terdapat kemungkinan yang kuman itu tidak dihapuskan sepenuhnya, menyebabkan jangkitan semula, kata Dr. Raut.

Dia seterusnya menjelaskan bahawa kuman mempunyai kadar pertumbuhan dan jangka masa antibiotik bergantung kepada kadar pertumbuhan ini. Jadi, bakteria yang berkembang dengan lambat akan memerlukan jangka masa antibiotik yang lebih lama untuk benar-benar membunuhnya.

Apa yang anda patut buat

Habiskan pengambilan antibiotik, walaupun anak anda sudah kelihatan baik.

Memberikan ubatan untuk tujuan bukan kesihatan

Angkat tangan jika anda pernah memberikan anak anda sedos kecil ubat batuk sebelum penerbangan untuk membuatnya mengantuk.

kesilapan penggunaan ubat

Jika anda pernah melakukannya, anda perlu berfikir semula. Pengkaji di Kolej Perubatan Universiti Georgetown menemui ubat popular yang biasa diberikan kepada kanak-kanak sebelum penerbangan untuk membuatkan mereka mengantuk sebenarnya mungkin akan membuatkan sebahagian daripada mereka lebih hiperaktif!

Sebaliknya apa yang anda boleh buat

Bawa banyak mainan, buku, snek sihat dan sedos kesabaran dengan anak-anak anda ke perjalanan udara anda seterusnya!

Mengira dos ubat mengikut umur berbanding berat anak anda

Dr. Raut menyatakan bahawa ini akan menyebabkan sama ada terkurang – atau terlebih dos – dan kedua-duanya adalah tidak diingini dan patut dielakkan.

kesilapan memberi ubat

Anak-anak menghadam ubat secara berbeza mengikut berapa berat badan mereka, bukannya berapa umur mereka. Pakar perubatan menerangkan yang  perbezaan ini menjadi lebih penting apabila memberi ubatan jika anak anda adalah sama ada kurang berat badan atau terlebih berat badan.

Kajian telah mendapati yang kanak-kanak berlebihan berat badan menghadam kafein dan dextromethorphan (dijumpai di dalam kebanyakan ubat batuk) lebih cepat daripada rakan sebaya mereka yang mempunyai berat badan sederhana.

Ini bermaksud yang mereka mungkin memerlukan lebih banyak ubat daripada yang dinyatakan pada label.

Stories Rakan Kongsi
The Importance of Gut Health Goes Far Beyond What You Might Think
The Importance of Gut Health Goes Far Beyond What You Might Think
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya

Sebaliknya apa yang anda boleh buat

Jika berat anak anda lebih berat atau lebih kurang daripada apa yang dinyatakan pada kategori umur yang sama pada label ubat kaunter yang anda pilih, rujuk dengan pakar kanak-kanak anda terlebih dahulu. Doktor anak anda juga perlu sentiasa mengira dos ubat berdasarkan berat badan anak anda, apabila menulis preskripsi.

Klik seterusnya untuk membaca lebih lanjut…

Tidak menyukat ubat dengan betul

Sesudu gula mungkin menyebabkan ubat itu jalan, tetapi apabila ia melibatkan menyukat ubatan, sesudu itu mungkin tidak benar-benar tepat.

Malah, menurut kajian di dalam Jurnal Antarabangsa Amalan Klinikal, beberapa sudu dapur rumah mungkin menampung dua hingga tiga kali lebih cecair daripada yang lain, yang boleh membawa kepada terlebih dos ubatan.

sukatan paracetamol

Perkara yang sama juga mungkin berlaku pada cawan ubat bercetak. Kajian daripada Kolej Perubatan Universiti New York mendapati bahawa 70 peratus ibu bapa menuangkan lebih daripada dos yang ditetapkan ke dalam cawan-cawan sebegini. Para pengkaji percaya bahawa ianya mungkin kerana beberapa ibu bapa merasakan cawan ini memberikan dos yang penuh, atau mereka tidak melihat kepada penanda pada aras mata apabila menuang ubat.

Sebaliknya apa yang anda boleh buat

Jangan gunakan sudu teh dan sudu besar dan sebaliknya gunakan picagari. Satu kajian di dalam Pediatrik mendapati menyukat ubat dalam milliliter berbanding sudu teh atau sudu besar mengurangkan risiko kesilapan dos berlebihan kepada separuh.

Memberikan secara berlebihan ubat yang sama

Kita semua pernah mengalaminya: anak kita mengalami demam jadi kita memberikan Panadol. Selepas sejam, demamnya masih panas, jadi kita beri lebih Panadol.

silap beri dos ubat

Ini menyebabkan terlebih ubat yang berpotensi membahayakan kesihatan anak anda.

Sebaliknya apa yang anda boleh buat

Anda tidak sepatutnya memberikan anak anda lebih daripada empat dos paracetamol di dalam 24 jam, jadi anda perlu menunggu selama 6 jam di antara dos-dos berkenaan.

Untuk memudahkan anda ingat, tuliskan masa anda memberikan setiap dos.

Mengubati demam biasa

Demam sebenarnya adalah satu petunjuk yang badan anak anda sedang bekerja keras untuk melawan jangkitan. Jika anak anda mengalami demam biasa, pertimbangkan untuk mengelak daripada memberi ubat supaya badannya berpeluang untuk melawan jangkitan dengan sendiri, di mana ia akan membantu menguatkan sistem imunnya.

kesilapan rawat anak demam

Dr. Raut berkata bahawa sebahagian kanak-kanak berupaya untuk menahan haba demam sehingga 39 darjah, sebahagian lain akan merengek apabila ianya mencecah 38 darjah. Dia menjelaskan yang penggunaan ubat-ubatan adalah lebih kepada mengurangkan kepanasan demam, dan bukannya untuk merawat punca sebenar.

Sebaliknya apa yang anda boleh buat

Jika anak anda demam biasa, cuba cara selain daripada ubat untuk mengurangkan panas.

Contohnya, anda boleh meletakkan kain basah ke dahi dan ketiak anak anda, selalunya ia berkesan.

Ingat: sebarang demam pada bayi yang baru lahir sepatutnya membimbangkan, jadi walaupun bayi anda mengalami demam biasa, bawanya berjumpa doktor dengan kadar segera.

Menggabungkan ubat rawatan tradisional dengan ubat farmaseutikal

Rawatan tradisional dan ubatan barat berfungsi dengan cara yang sangat berbeza. Dr. Raut menjelaskan bahawa ianya sukar untuk mengatakan sama ada kedua-duanya akan berfungsi secara sinergi di dalam keadaan tertentu, atau berinteraksi secara berbahaya.

kesilapan merawat anak

Sebaliknya apa yang boleh anda buat

Jika anak anda sedang mengambil ubat-ubatan tradisional dan doktor anda menyarankan ubatan farmaseutikal, sentiasa beritahu kepada doktor anda tentang rawatan tradisional tersebut. Ia juga sama jika anda mendapatkan nasihat daripada pengamal tradisional dan anak anda sedang mengambil perubatan barat.

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Kesilapan Dalam Perubatan Anak: 8 Perkara Ibu Bapa Sering Buat
Kongsikan:
  • 13-Month-Old Baby Boy with Brain Injury Requires Long-Term Care, Appeals for Public Support

    13-Month-Old Baby Boy with Brain Injury Requires Long-Term Care, Appeals for Public Support

  • The Importance of Gut Health Goes Far Beyond What You Might Think
    Stories Rakan Kongsi

    The Importance of Gut Health Goes Far Beyond What You Might Think

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • 13-Month-Old Baby Boy with Brain Injury Requires Long-Term Care, Appeals for Public Support

    13-Month-Old Baby Boy with Brain Injury Requires Long-Term Care, Appeals for Public Support

  • The Importance of Gut Health Goes Far Beyond What You Might Think
    Stories Rakan Kongsi

    The Importance of Gut Health Goes Far Beyond What You Might Think

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam
India flag
India

Partner Brands

VIP ParentsMama's ChoiceLittle ReiMothersworkTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Advertise With Us
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham