Baru-baru ini ramai kanak-kanak yang mengalami batuk dan selsema yang menyebabkan mereka mempunyai kahak yang banyak sehingga ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mencairkan kahak menggunakan nebuliser. Namun, tahukah anda bahawa teknik chest physio sahaja sudah cukup untuk mencairkan dan kurangkan kahak anak?
Apa anda boleh baca dalam artikel ini?
- Teknik chest physio yang betul boleh kurangkan kahak anak
- Cara melakukan teknik tepukan di dada bagi melegakan kahak anak
- Kurangkan kahak anak gunakan cara lebih tradisional, boleh dicuba juga!
Pada ketika musim ramai kanak-kanak yang tidak sihat, teknik ini boleh menjadi sangat berguna untuk para ibu dan ayah amalkan supaya anak berasa lebih selesa apabila kahaknya berkurangan.
Teknik chest physio yang betul boleh mencairkan kahak dalam badan si manja
Si manja yang mempunyai banyak kahak akan menjadi tidak selesa dan sukar untuk tidur pada waktu malam. Ibu dan ayah juga akan mendapat kurang rehat pada waktu malam kerana hendak memastikan si manja sentiasa selesa agar dapat tidur nyenyak.
Oleh itu, seorang doktor telah berkongsi di akaun TikToknya, KlinikPutraBagan, tentang satu teknik tepukan dada yang boleh diamalkan oleh para ibu bapa agar kahak anak akan cair dan berkurang, seraya memberi kelegaan kepada si manja.
Menurut doktor tersebut, teknik ini boleh dipraktikkan kepada anak-anak yang masih bayi sehinggalah mereka berada di sekolah rendah bagi membantu memberi kelegaan malah dapat merangsang paru-paru anak untuk menjadi lebih sihat. Teknik ini juga dikenali sebagai chest physio.
Cara melakukan Chest physio,tepukan di dada bagi melegakan kahak anak
Cara untuk melegakan kahak anak sebenarnya sangatlah mudah. Ibu atau ayah hanya perlu berada dalam kedudukan selesa, dan pastikan tangan kita berada dalam bentuk yang sedikit membengkok (curved).
Melalui perkongsian doktor tersebut, sekiranya anda menepuk tangan maka tangan anda akan berada dalam keadaan menegak. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah bengkokkan sedikit tangan anda.
Kemudian, anda hanya perlu menepuk dada anak bermula dari bahagian atas rusuk hinggalah ke bahagian peparu anak. Ulang langkah ini di sebelah kiri badan anak pula. Anda boleh memilih untuk melakukannya dari belakang dan depan badan, atau boleh memilih salah satu bahagian.
Musim anak-anak tak sihat sekarang.. Sini doktor kongsikan teknik tepukan CHEST PHYSIO untuk ibu-ibu lakukan di rumah untuk anak yang berkahak.. jangan lupa share ♥️ semoga kita semua beroleh manfaat 💝 #klinikputrabagan #klinikuntuksemua #kanak #ibu #ibuhamil #ilmu #manfaat #tips #mommy #fyp #fypシ
♬ Innal Habib – SHOLAWAT MUSIC PRO
Yang paling penting, anda perlulah rajin mempraktikkan teknik ini. Ini kerana apabila anda menepuk badan anak berdekatan peparu mereka, peparu si manja akan mula bergetar dan kahak tersebut tidak akan melekat pada paru-paru si manja, kongsi doktor tersebut.
Kurangkan kahak anak dengan cara tradisional, boleh juga ibu cuba
Jika anda ingin ikhtiar menggunakan cara yang lebih tradisional dalam melegakan kahak anak, anda boleh mencuba tips-tips yang bakal kami kongsikan ini. Tapi, ambil perhatian ya! Cara ini hanya boleh digunakan bagi anak-anak yang berusia 6 bulan ke atas sahaja.
Lebih tinggi usia anak, lebih selamat untuk anda gunakan cara ini.
- Air kelapa. Berikan si manja minuman air kelapa yang asli tanpa campuran gula. Kahak anak akan disingkirkan melalui najis atau hingusnya ketika selsema.
- Madu. Bagi bayi yang berumur setahun ke atas, ibu-ibu boleh menggunakan cara ini dengan mencampur madu asli bersama sebiji limau nipis dan air. Atau boleh juga campurkan bersama air sahaja.
Makanan yang mempunyai Omega dikatakan boleh memberi kelegaan kepada si manja. Namun, makanan ini bukanlah itu disuap kepada si manja kerana kurang sesuai untuk anak kecil.
- Bawang putih. Gunakan hanya dua ulas bawang putih dan sedikit minyak masak. Bakarkan bawang putih hingga lembut, kemudian lenyekkan dan tambahkan sedikit minyak masak. Lulurkan ke leher, dada dan belakang anak untuk mencairkan kahaknya.
- Daun kaduk. Campurkan daun kaduk bersama kapur dan air dan lulurkan juga di leher, dada dan belakang badan si manja.
- Kunyit hidup. Salah satu cara yang agak kerap digunakan oleh ibu-ibu zaman dahulu, kunyit hidup tersebut dibakar dan kemudian digesek. Air kunyit tersebut kemudian boleh disapu di hidung dan belakang badan anak untuk melegakan selsema dan kahak anak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Singo Pear Baik Untuk Anak Demam Dan Batuk Berkahak
Baca juga: Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!
Baca juga: Sup Antibiotik Untuk Rawat Demam Dan Selesema Anak, Ibu Kena Cuba!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!