X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!

Melihat anak jatuh sakit, hati anda pastinya dilanda kesedihan. Lebih-lebih lagi dengan musim Covid-19 ini, jom semak petua hilangkan kahak dengan mudah.

Musim-musim hujan serta cuaca yang tidak menentu ditambah lagi musim Covid ini, ibu ayah boleh cuba petua hilangkan kahak bayi dengan beberapa krim mujarab yang kami senaraikan di bawah.

Biasanya bayi akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus yang boleh jadi punca penyakit seperti ‘bronkitis’ atau ‘brochospasm’.

Disebabkan itu, pastinya anda sebagai ibu ayah dilanda kerisauan dek kerana anak-anak tidak pandai untuk mengeluarkan kahak. Petua hilangkan kahak bayi ini boleh juga diguna pakai untuk orang dewasa ya!

Isi Kandungan

  • Petua Hilangkan Kahak Bayi: Adakah Selamat Menggunakan Baby Balm?
  • 7 Baby Balm Terbaik
  • Eucapro
  • Mamaearth
  • VICKS
  • Mayyababy Baby Cream 5 in 1 function
  • Garlic Balm
  • Youbaby
  • Beeleaves
  • Perbandingan Harga
  • Remedi Rumah

Petua Hilangkan Kahak Bayi: Adakah Selamat Menggunakan Baby Balm?

petua hilangkan batuk bayi

Bayi terutamanya golongan yang mudah untuk jatuh sakit kerana sistem imun mereka yang masih sedang dalam proses membentuk. Mereka tidak mempunyai masa untuk menbina imun badan untuk melawan penyakit biasa seperti demam atau selesema. 

Jika anda ingin mencari baby balm atau vapor rub dalam membantu melegakan simptom batuk berkahak, pastikan produk tersebut telah diformulasikan untuk usia bayi anda. Baca label dan ikuti langkah-langkah yang disenaraikan dengan berhati-hati untuk memastikan yang anda sebenarnya membantu bayi anda dan tidak meletakkan mereka di dalam bahaya. 

Hilangkan Batuk Kahak Anak Dengan 7 Baby Balm Terbaik Di Pasaran Ini

Usah bimbang lagi kerana kami di sini ingin membantu ibu ayah dalam mencari krim mujarab dalam melegakan masalah pernafasan dan batuk kahak anak anda.

Baby Balm Terbaik Jenama
Baby Balm Terbaik Formulasi Australia

Eucapro Eucalyptus Baby Balm

Baby Balm Terbaik Dengan Khasiat Wintergreen

Mamaearth Breathe Easy Vapour Rub

Baby Balm Terbaik Yang Melembap Dan Melegakan

VICKS Baby Balsam

Baby Balm Terbaik 5 Fungsi Dalam 1 Tiub

Mayya Baby Cream 5 in 1 function

Baby Balm Terbaik Tidak Panas

Garlic Balm

Baby Balm Terbaik Serbaguna

Youbaby Multifunction Cream

Baby Balm Terbaik Untuk Kulit Sensitif

Baby Healing Balm, Trunatural by Beeleaves

Baby Balm Terbaik
product image
Eucapro Eucalyptus Baby Balm
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Mamaearth Breathe Easy Vapour Rub
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
VICKS Baby Balsam
more info icon
View Details
Beli di Watsons
product image
Mayyababy Baby Cream 5 in 1 function
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Garlic Balm
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Youbaby Multifunction Cream
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Baby Healing Balm, Trunatural by Beeleaves
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Eucapro Eucalyptus Baby Balm

Baby Balm Terbaik Formulasi Australia

Petua hilangkan batuk bayi

Baby balm yang lembut dan menenangkan formulasi dari negara Australia ini membantu dalam melegakan sakit tekak, hidung tersumbat, batuk gatal, gigitan serangan dan sebarang sakit umum biasa. Ia juga menjadikan pernafasan lebih senang apabila digunakan sebelum tidur.

Ia memberikan kelegaan dan keselesaan sepanjang malam buat si comel.

Merupakan satu kombinasi minyak pati semula jadi termasuklah ekstrak daun Eucalyptus globulus, Eucalyptol, minyak Abies Sibirica (Jarum fir Siberian), minyak peppermint, minyak lavender yang mampu melegakan simptoms demam dan memperbaiki tidur kanak-kanak yang mengalami jangkitan liang pernafasan. 

Apa yang kami suka:

  • Melegakan sakit tekak, hidung tersumbat, batuk gatal, gigitan serangga
  • Melegakan pernafasan
  • Memberikan keselesaan pada bayi untuk tidur
  • Dirumuskan khas untuk kanak-kanak berusia 3 bulan ke 5 tahun

Eucapro Eucalyptus Baby Balm

product imageBeli di Shopee

Mamaearth Breathe Easy Vapour Rub

Baby Balm Terbaik Dengan Khasiat Wintergreen

cara hilangkan batuk bayi

Dicipta selamat dengan telah dipersijilkan sebagai 100% vapour rub natural yang mempermudahkan pernafasan untuk bayi. Ia bebas daripada bahan kimia merbahaya seperti camphor dan jeli petroleum. Ia menggalakan pernafasan dengan mudah. 

Mamaearth Breathe Easy Vapour Rub merupakan produk merawat yang mengandungi minyak wintergreen, lavender, basil dan eucalyptus yang berfungsi dengan pantas untuk melegakan sesak dada, saluran pernafasan yang tersumbat, sakit tekak, dan hidung tersumbat.

Ia juga membantu bayi anda untuk tidur lena. Malah ia juga telah diuji secara dermatologo dan ternyata selamat untuk bayi. Krim ini juga dihasilkan hipoalergenik dan antara yang terbaik untuk kulit bayi.

Apa yang kami suka:

  • Krim vapour 100% natural 
  • Bebas daripada bahan kimia merbahaya seperti camphor, jeli petroleum, paraffin, minyak mineral dan minyak wangi sintetik
  • Telah diuji secara dermatologikali
  • Hipoalergenik
  • Berfungsi dengan cepat untuk melegakan dada dan hidung tersumbat
  • Membantu bayi tidur lena
  • Mengandungi kebaikan wintergreen dan tulsi yang mempromosikan pernafasan

Mamaearth Breathe Easy Vapour Rub

product imageBeli di Shopee

VICKS Baby Balsam

Baby Balm Terbaik Yang Melembap Dan Melegakan

Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!

Pastinya tidak cukup tidur dibuatnya ibu ayah jika si comel tidak boleh tidur lena akibat batuk berkahak. Dengan VICKS Baby Balsam ia dapat memberikan lembapan dan penjagaan yang melegakan buat bayi anda. Ia diformulasikan khas untuk bayi berusia 3 bulan dan ke atas. 

Diperbuat daripada ekstrak Aloe Vera, minyak kelapa yang terkenal dengan kelebihan melembap. Vick Baby Balm juga mengandungi minyak wangi yang menenangkan iaitu Eucalyptus, Rosemary dan Lavender yang melega dan merelakskan bayi.

Jika bayi anda dalam keadaan yang tidak cukup rehat dan tidak selesa, cuba sapukan satu dab Vicks Baby Balsam di atas dadanya. Selepas itu, ketika ibu memegang bayi anda dengan lengan, kulit ke kulit, kehangatan tubuh si ibu akan melepaskan aroma yang melegakan, membantu bayi untuk relaks dan menghilangkan ketidakselesaannya.

Apa yang kami suka:

  • Memberikan lembapan dan penjagaan yang melegakan
  • Diformulasikan untuk bayi berusia 3 bulan dan ke atas
  • Diperbuat daripada ekstrak Aloe Vera, minyak kelapa yang terkenal dengan kebaikan melembap
  • Turut mengandungi Eucalyptus, Rosemary dan Lavender yang merelakskan

VICKS Baby Balsam

product imageBeli di Watsons

Mayyababy Baby Cream 5 in 1 function

Baby Balm Terbaik 5 Fungsi Dalam 1 Tiub

Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!

Krim bayi Mayyababy ini adalah krim natural yang mana dikatakan sebagai yang pertama di Malaysia dengan 5 fungsi dalam 1 tiub. Malah ia juga dihasilkan di kilang yang bertaraf GMP.

Fungsi 5 dalam 1 yang dimaksudkan adalah ia bertindak sebagai krim telon, krim viks dan krim kulit yang menyelesaikan 5 masalah utama yang dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak.

Ia direka berasaskan air, yang mana boleh disapu di atas kulit yang sensitif dan kering, dan ia akan cepat meresap sekaligus juga lembut pada kulit. 

Apa yang kami suka:

  • Tidak melekit dan mudah meresap
  • Produk berasaskan air
  • Bau yang menyenangkan: Minyak kelapa, lemon, bawang putih, bunga chamomile, mandarin, dan habbatussauda
  • Dibuat tanpa sulfat atau paraben
  • Sangat lembut dan membantu menenangkan, melembapkan dan menyokong keseimbangan kelembapan semula jadi kulit
  • Penyerapan yang pantas tanpa minyak
  • Bau herbal dan floral yang menyegarkan
  • Bebas bahan kimia
  • Telah diluluskan KKM
  • Telah diuji di makmal dan diperakui menggunakan bahan-bahan semula jadi
  • Mempunyai sijil halal JAKIM

Mayyababy Baby Cream 5 in 1 function

product imageBeli di Lazada

Garlic Balm

Baby Balm Terbaik Tidak Panas

Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!

Garlic Balm sebagai pengganti minyak bawang putih. Ia mampu mengurangkan gejala selesema dan batuk pada bayi secara natural. Ia juga tidak mengandungi sebarang bahan tambahan atau minyak pati. 

Apa yang menjadikan Garlic Balm sebagai satu krim bayi yang istimewa adalah ia 100 peratus menggunakan bahan organik, tidak panas dan sesuai untuk bayi yang baru lahir sehingga umur 4 tahun.

Apa yang kami suka:

  • Pengganti minyak bawang putih
  • Mengurangkan gejala selesema dan batuk pada bayi
  • 100% bahan organik
  • Tidak panas
  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga umur 4 tahun
  • Sesuai untuk anak G6PD
  • Mengandungi bawang putih, minyak zaitun, dan lilin lebah

Garlic Balm

product imageBeli di Shopee

Youbaby Multifunction Cream

Baby Balm Terbaik Serbaguna

Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!

Youbaby Multifunction Cream merupakan krim bayi yang berasaskan air yang mana ia mudah menyerap ke dalam kulit bayi. Ia juga dicipta tidak panas jadi tiada kesan keradangan pada kulit. Malah, krim ini juga tidak melekit. Teksturnya sangat ringan.

Bukan hanya boleh digunakan untuk melegakan batuk dan sesak dada, tetapi ia juga boleh digunakan untuk merawat masalah kulit. Yang paling penting, ia selamat dan telah diuji secara klinikal membuktikan yang ia bebas bahan kimia merbahaya.

Apa yang kami suka:

  • Produk semula jadi bebas SLS, paraben, steroid, merkuri serta bahan kimia merbahaya yang lain
  • Selamat untuk bayi
  • Dirumus khas menggunakan bahan premium seperti Habbatussauda, bawang putih yang membantu mencairkan kahak
  • Mengandungi minyak pati geranium yang membantu menenangkan bayi
  • Mengandungi daun cassa Senna yang membantu merawat semua jenis masalah kulit seperti panau, kudis, kurap, ruam, ekzema dan kulit sensitif
  • VEO geranium, membantu sistem pencernaan hati dan hempedu di mana membantu menurunkan bacaan kuning bayi

Youbaby Multifunction Cream

product imageBeli di Shopee

Baby Healing Balm, Trunatural by Beeleaves

Baby Balm Terbaik Untuk Kulit Sensitif

petua hilangkan batuk pada bayi

Trunatural Healing Balm keluaran Beeleaves ini dikatakan telah mendapat sambutan hangat ibu ayah yang mana mengatakan yang ia terbukti berkesan membantu bayi dan kanak-kanak dalam mendapatkan perasaan selesa bernafas ketika mengalami selesema dan hidung tersumbat. 

Ia juga mengurangkan hingus serta kahak sekaligus meredakan batuk. Selain itu, ia juga mampu melegakan kembung perut, merawat kulit kering dan juga menghilangkan rasa gatal atau sakit akibat gigitan serangga. Balm kanak-kanak ini diformulasikan dariapda bahan-bahan yang terbaik dan asli, termasuklah minyak Eucalyptus, minyak kelapa dara, lilin lebah,

Tambah lagi ia tidak mengandungi Champor, yang mana punca kepada sawan bayi dan kanak-kanak. Ia juga bebas daripada sebarang bahan tiruan termasuklah pewangi, pewarna atau bahan lainnya seperti petrolatum, parrafin, methyl salicylate atau pun halia.

Apa yang kami suka:

  • Sangat sesuai untuk bayi yang mempunyai masalah kulit sensitif
  • Juga baik untuk bayi G6PD
  • Tiada Champor
  • Mengurangkan hingus serta kahak sekaligus meredakan batuk
  • Melegakan kembung perut
  • Merawat kulit kering
  • Menghilangkan rasa gatal akibat gigitan serangga

Baby Healing Balm, Trunatural by Beeleaves

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga

Jenama Berat kandungan (g/ml) Harga (RM/botol) Harga (RM/g/ml)

Eucapro Eucalyptus Baby Balm

50 13.12 0.26

Mamaearth Breathe Easy Vapour Rub

50 19.00 0.38

VICKS Baby Balsam

50 15.70 0.31

Mayya Baby Cream 5 in 1 function

50 25.90 0.52

Garlic Balm

30 20.00 0.67

Youbaby Multifunction Cream

60 59.90 0.99

Baby Healing Balm, Trunatural by Beeleaves

50 29.00 0.58

Petua Hilangkan Batuk Bayi Menerusi Remedi Rumah

Petua hilangkan batuk bayi

Baby Care Advice

Selain daripada menggunakan baby balm untuk menenangkan bayi yang tidak selesa akibat batuk berkahak, ibu ayah juga boleh cuba remedi di rumah ini. Ia juga dapat membantu mempercepatkan kelegaan daripada batuk dan selesema pada anak.

1. Tolak masuk cecair

Memastikan bayi anda dalam keadaan cukup hidrat adalah kunci untuk memastikan lendir mereka mengalir dan mudah untuk dibatuk keluar. Jika bayi anda mengalami dehidrasi, hingus mereka dan rembesan batuknya juga akan kering serta jadi susah untuk mengosongkan saluran pernafasan itu menerusi batuk.

Ini bermakna yang menyusu badan atau menawarkan mereka dengan amaun regular susu formula sekerap yang mungkin pada anak yang memerlukan. Pakar mengatakan yang cecair tambahan tidaklah terlalu penting, tetapi mereka mencadangkan untuk memastikan mereka mendapat amaun yang secukupnya.

Kekal dengan susu ibu dan formula untuk bayi muda. Cecair boleh jadi termasuklah air dan jus tanpa gula untuk bayi yang kian membesar.

2. Cuba kaedah sedutan keluar

Anda juga boleh cuba untuk menyedut keluar lendir daripada hidung bayi sebelum ia ada peluang untuk mencapai dan memberikan keradangan tekak dan saluran pernafasan.

3. Pasang humidifier

Melembapkan udara yang anak anda hela adalah salah satu jalan lain untuk memastikan segalanya mengalir.

Jika anda tidak mempunyai mesin humidifier, boleh gunakan alternatif lain dengan merawat anak anda di dalam bilik mandi. Anda boleh membiarkan air paans mengalir di dalam bilik mandi, tutup pintu, dan biarkan kelembapan terbina. Hanya 10 ke 15 minit sudah cukup.

Anda juga boleh pertimbangkan untuk menepuk dada dan bahagian belakang bayi untuk membantu melonggarkan kahak degil di dalam paru-paru anak anda. 

4. Tawar madu (untuk bayi berusia lebih 1 tahun)

Petua untuk menghilangkan batu bayi bayi berusia 12 bulan dan ke atas, adalah dengan cara memberikan mereka satu amaun kecil madu sebelum tidur. Madu akan dapat meliputi tekak anak untuk melegakan kesakitan. Sebuah kajian mendedahkan yang madu boleh jadi berkesan seperti OTC penahan batuk dextromethorphan.

Hidangkan anak anda dengan separuh sudu ke satu sudu teh madu seperti yang diperlukan.

Walau bagaimanapun, madu tidak sesuai untuk bayi bawah 1 tahun dek kerana risiko botulisme dan boleh menyebabkan anak sakit.

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu ayah di luar sana!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kulit Bayi Sensitif Cenderung Alami Ruam & Ekzema, Ini 7 Jenis Krim Berkesan Merawatnya!

Baca juga: Bayi Merengek Tidak Selesa Akibat Ruam Lampin? Ini 7 Krim Terbaik Pilihan Ibu Bapa!

Baca juga: Ibu Sering Tertekan Bayi Menangis Tanpa Sebab? Jangan Risau Kerana Ada Cara Yang Berkesan!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Farhana Fuad

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Seeloknya Cuci Baju Anak Dengan Sabun Basuh Baju Baby Ini Demi Menjaga Kulit Mereka Yang Sensitif

    Seeloknya Cuci Baju Anak Dengan Sabun Basuh Baju Baby Ini Demi Menjaga Kulit Mereka Yang Sensitif

  • Beri Si Manja Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun, Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat!

    Beri Si Manja Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun, Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat!

  • 8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

    8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

  • Seeloknya Cuci Baju Anak Dengan Sabun Basuh Baju Baby Ini Demi Menjaga Kulit Mereka Yang Sensitif

    Seeloknya Cuci Baju Anak Dengan Sabun Basuh Baju Baby Ini Demi Menjaga Kulit Mereka Yang Sensitif

  • Beri Si Manja Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun, Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat!

    Beri Si Manja Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun, Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat!

  • 8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

    8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.