Bayi Merengek Tidak Selesa Akibat Ruam Lampin? Ini 7 Krim Terbaik Pilihan Ibu Bapa!

Masalah ruam lampin atau panas boleh membuatkan si kecil anda berasa tidak selesa. Jom semak beberapa jenama krim ruam lampin terbaik bagi mengatasinya!

Bagi ibu bapa baru atau sudah lama, anda mungkin pernah melalui pengalaman manja kerap meragam dan menangis akibat naik ruam lampin. Walau bagaimanapun, usahlah panik kerana ia adalah masalah normal dihadapi kebanyakan bayi.

Sebenarnya ruam lampin boleh terjadi sekiranya ibu ayah lambat menukar lampin baharu yang membuatkan ada kawasan kelihatan seperti melecet. Bukan itu sahaja, ia juga terjadi kerana kulit bayi sudah terlalu lama terdedah kepada najis dan air kencing menyebabkan keradangan, penggunaan sabun atau baby wipes yang tidak sesuai dengan si manja.

Justeru di sini kami kongsikan beberapa jenama krim terbaik yang ada di dalam pasaran. Musim Covid-19 ini tidaklah perlu ibu ayah keluar rumah kerana anda boleh menyemaknya di hujung jari sahaja!

PUREEN Nappy Rash Cream for Babies 50g Krim Ruam Nappy Bayi Krim Bayi
1. Krim antiseptik terhadap bakteria menyebabkan ruam. 2. Ia membentuk penghalang pelindung yang meminimumkan hubungan antara kulit bayi dan kotoran (iaitu kuman dan bakteria dalam najis atau air kencing bayi). 3. Berkesan untuk mencegah ruam lampin bayi, bintik-bintik kemerahan, ruam panas. 4. Mengurangkan masalah eczema terhadap bayi. 5. Didatangkan dengan saiz: 50 g.
Himalaya Diaper Rash Cream 20gm
1. Mengandungi minyak kacang badam dan ekstrak lidah buaya. 2. Ia membantu proses penyembuhan yang berkesan, menenangkan kulit yang merah dan melecet dan membentuk lapisan pelindung pada kulit bayi. 3. Merawat ruam, melegakan kemerahan dan kerengsaan secara semula jadi. 4. Menjaga kulit bayi lembut dan selesa.
Sebamed baby diaper rash cream 100ml
1. Sebamed Diaper Rash Cream memberikan kelegaan yang berkesan dan perlindungan yang boleh dipercayai terhadap ruam lampin. 2. Sangat berkesan dalam merawat masalah keradangan kulit akibat penggunaan lampin pakai buang. 3. Sebamed Diaper Rash Cream dicipta dengan nilai pH 5.5 yang sama dengan kulit sihat. 4. Ia memberi kelegaan yang berkesan dan perlindungan. Kandungan Panthenol merangsang proses penyembuhan. Manakala Titanium Dioksida membentuk penghalang pelindung terhadap bahan agresif, yang menjadi punca keradangan.
DRAPOLENE NAPPY CREAM 55G
1. Krim Drapolene mengandungi dua bahan aktif, benzalkonium klorida dan cetrimide. Kedua-duanya mempunyai tindakan antiseptik dan disinfektasi. 2. Ia juga mengandungi campuran parafin lembut putih dan alkohol cetyl yang menghasilkan pelembap berminyak. 3. Krim ini menyediakan lapisan minyak di permukaan kulit untuk mengelakkan air menguap ketika bayi memakai lampin. 4. Gabungan ramuan ini menghasilkan krim pelindung yang menyejukkan, melegakan kesakitan dan mencegah jangkitan.
Buds Nappy Time Change Cream (75ml)
1. Mengandungi bahan-bahan organik seperti air, minyak biji bunga matahari, minyak zaitun, minyak jojoba, lilin lebah dan shea butter. 2. Dihasilkan untuk melindungi bahagian tubuh bayi yang mengalami perubahan akibat penggunaan lampin pakai buang. 3. Kandungan vitamin E yang kaya dengan antioksidan mampu menenangkan dan melindungi kesihatan kulit si manja.
Chicco Natural Sensation Nappy Cream - 4 in 1 (100ml)
1. Selamat digunakan untuk bayi baru lahir. 2. Dibuat di Itali. 3. Tanpa paraben, fenoksietanol, alkohol, minyak mineral dan pewarna. 4. Memberikan perlindungan sehingga 24 jam. 5. Diluluskan oleh pakar dermatologi dan pakar pediatrik. 6. Hampir 97% ibu berpuas hati dengan produk ini.
SUDOCREM Nappy Cream 60G 4.8
1. Untuk melindungi, melegakan & merawat ruam lampin, kulit kering dan kerengsaan kulit ringan. 2. Hipo-alergenik. 3. Anti bakteria. 4. Bebas steroid. 5. Terbukti secara klinikal.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!