Pening kepala bila anak buat perangai. Rasanya macam dah bagi segala yang dia mahukan, tapi masih buat perangai. Tahukah anda, buat perangai ini ada kaitannya dengan love language yang mungkin kita gagal faham pada anak. Cuba fahami love language anak supaya lebih mudah kita handle mereka.
Menurut terapis cara kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli, ada sebab kenapa anak buat perangai.
Fahami love language anak ini, confirm senang nak handle mereka
Kami kongsikan perkongsian terapis ini mengenai anak yang suka buat perangai.
Kenapa anak suka buat perangai?
Boleh jadi kerana anak kita rasa tak disayangi & tak terisi tangki emosinya walaupun kita dah buat macam macam untuk dia.
Kenapa boleh jadi macam tu?
Kerana kita isi tangki emosi anak kita mengikut Love Language kita, bukannya ikut Love Language anak!
Jadi, kita sebenarnya perlu faham love language anak, supaya senang kita nak handle tangki emosi mereka, mudah terisi dan tidak lagi kosong hingga membuatkan anak memberontak.
5 jenis love language
Tahukah anda, terdapat lima jenis love language iaitu:
1. Physical touch (sentuhan)
2. Act of service (khidmat)
3. Words of Affirmation (kata-kata mengesahkan)
4. Receiving gift (hadiah/kejutan)
5. Quality Time (masa berkualiti )
Menurutnya, kita perlu tahu yang mana satu love language anak kita.
Kita tahu tak yang mana satu love language utama anak kita?
Kalau kita main bagi je kasih sayang tanpa tahu yang mana satu Love Language utama anak ditakuti anak kita tak merasa disayangi.
Contohnya Love Language utama anak adalah Word of Affirmation tapi kita bagi hadiah tak berhenti pada anak.
Memang akhirnya anak rasa kosong dan mula memberontak kerana kita tak faham love language mereka .
Jadi adakah anda tahu yang mana satu love language anak anda? Disebabkan itu anda perlu faham love language anak anda yang mana satu.
Dengan kata lainnya, lain orang lain cara kita mengendalikan mereka atau mendekati mereka. Sama juga dengan anak, tak boleh pukul rata jika anak pertama suka seperti ini, anak kedua juga sama.
Setiap manusia ada karakter dan keistimewaan yang berbeza. Jadi kita sebagai ibu bapa perlu bijak memerhati dan memahami anak.
6 cara memahami psikologi kanak-kanak
Disebabkan pentingnya untuk anda memahami anak anda, kami ingin kongsikan beberapa cara efektif untuk memahami psikologi kanak-kanak yang boleh anda praktikkan di rumah.
- Memerhatikan secara aktif kelakuan anak – Tunjukkan minat dalam apa yang anak anda buat atau katakan. Yang paling penting, perhatian perlu dibuat tanpa kita menghukum (judging).
- Meluangkan masa berkualiti dengan anak – Kualiti di sini bermaksud anda bersembang dengannya. Mengingati kata-katanya dan menurunkan level pemikiran anda ke tahapnya – tahap kanak-kanak.
- Perhatian yang tidak berbelah bahagi – Ini amatlah penting untuk ibu ayah yang ada beberapa orang anak. Luangkan masa dengan setiap anak pada masa yang berbeza supaya anda dapat memahaminya lebih baik dan dia juga rasa dihargai.
- Ambil tahu hal anak – Jika anda menghantar anak ke taska atau sekolah tadika, pastikan anda tahu keadaannya di sana. Siapa rakan rapatnya? Apa aktivitinya? Bersembang dengan ibu ayah adalah terapi terbaik buat anak!
- Fikir seperti kanak-kanak – Dengan membuang seketika pemikiran dewasa anda, lebih mudah untuk anda berinteraksi dengan si kecil. Contohnya, tanya soalan mudah (yang anda rasakan seperti soalan bodoh) atau buat alasan untuk setiap perangainya yang anda tidak gemari.
- Mengambil berat emosi anak – Amat mudah untuk ibu ayah terlepas pandang tentang hal ini. Beri perhatian pada emosinya setiap hari dan tunjukkan padanya yang anda perasan dan memahaminya. Contoh: “Amira sedih ya hari ini?” atau “Adik gembira tak petang ini?”
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Umur 3 tahun 6 bulan, adakah anda patut risau jika anak belum capai ciri-ciri ini?
Baca juga: Bila usia masuk 28 bulan, anak mula petah bercakap dan suka terokai dunia baru
Baca juga: Anak 2 tahun 10 bulan sudah bijak guna dua bahasa!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!