X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Walaupun Hamil Bayi Kedua, Saya Berjaya Menyusukan Bayi Saya Yang Pertama

5 min bacaan
Walaupun Hamil Bayi Kedua, Saya Berjaya Menyusukan Bayi Saya Yang Pertama

Ibu hebat ini berkongsi dengan kami bagaimana dia menyusui saat hamil anak-anaknya. Tak sangka pengorbanannya ini amat membuahkan hasil!

Pengalaman yang sangat manis menyusui saat hamil adalah pada tahun 2008, ketika saya bergelar ibu kepada putera sulung yang bernama Muhammad Razziq. Lebih manja dengan panggilan ‘Ajiq’ membuat saya nekad untuk menyusui anak sehingga berumur 2 tahun.

Ke hadrat Ilahi tempat saya memohon agar diberi semangat ‘full breastfeeding’ini. Amalan Surah AL-Hujurat dan Zikir Ya Matin juga sebagai penguat untuk azam saya menyusukan Ajiq. Alhamdulillah. Allah makbulkan juga permintaan saya. Saya dapat menyusukan, membuat simpanan stok susu yang banyak untuk Ajiq.

menyusui saat hamil

Namun, ketika Ajiq berusia 8 bulan, tanpa diduga, saya mengandung anak kedua. Saya agak terperanjat dan tidak percaya dengan berita ini. Saya pernah terbaca, dengan menyusukan bayi dapat menjarakkan kehamilan.

Saya risau dan bimbang kerana usaha saya untuk menyusukan Ajiq mungkin akan terhenti kerana kehamilan bayi kedua. Perasaan sedih dan serba salah menyelubungi diri ini. Ajiq masih kecil, masih mahukan perhatian serta dakapan mesra melalui penyusuan ibu. Dia masih belum kenal erti perasaan tidur lenanya tanpa penyusuan ibu berbanding susu formula.

Setelah membuka buku mengandung, jururawat, pegawai perubatan di hospital dan insan di sekeliling juga meminta saya memberhentikan penyusuan kepada Ajiq memandangkan bimbang akan komplikasi kepada bayi di dalam rahim saya dan bayi ini juga memerlukan zat yang berkhasiat. Kebimbangan mula melanda hati saya.

Jesteru itu, saya kuatkan semangat untuk mendapatkan pandangan kedua, khidmat nasihat doktor perubatan di klinik swasta. Jangkaan saya ternyata meleset, Doktor memaklumkan kepada saya sebenarnya semuanya bergantung kepada diri dan kesihatan saya.

Apa yang penting, seandainya saya ingin meneruskan penyusuan kepada Ajiq, saya harus menjaga pemakanan saya, mengambil vitamin kerana ia melibatkan 3 pihak (saya, Ajiq & bayi dalam kandungan). Alhamdulillah gembiranya saya ketika mendengar penjelasan dari doktor itu.

Selepas berjumpa doktor itu, saya kembali bersemangat untuk menyusukan Ajiq walaupun dalam keadaan saya sedang hamil bayi kedua. Doa tidak putus-putus saya panjatkan kepada Tuhan agar semuanya sihat dan selamat. Saya tetap menyusukan Ajiq sehinggalah bayi di dalam kandungan saya berusia 9 bulan.

menyusui saat hamil

Pada bulan Julai 2009, ketika saya ingin melahirkan bayi kedua, ketika itu gelombang H1N1 melanda negara. Pihak hospital tidak membenarkan Ajiq untuk melawat ke hospital memandangkan bimbang bayi mudah dijangkiti wabak tersebut. Saya merasakan sungguh sedih sekali kerana bimbang Ajiq akan sakit kerana tidak dapat penyusuan ibu.

Ketika saya kesakitan berhadapan dengan ‘contraction’ ingin bersalin, saya berdoa serta berkata saya perlu kuat untuk melahirkan bayi ini dan ingin cepat kembali ke rumah untuk bersama Ajiq. Alhamdullillah, syukur saya berjaya melahirkan bayi perempuan saya yang kedua secara normal dengan berat badan 3.2kg.

Apabila pihak hospital membenarkan saya pulang, saya berasa tidak sabar untuk berjumpa dengan Ajiq. Ternyata Ajiq sangat gembira bila melihat saya di depan pintu, dia terus meluru kepada saya untuk menyusu.

Alhamdulillah, Rahmat Allah, saya rasa sangat gembira dan bersyukur kerana diberi peluang untuk melakukan penyusuan berganda kepada anak saya meski pun bukan kembar. Seperti tidak percaya, tidak pernah terlintas di hati saya diberi kekuatan dan semangat untuk ‘tandem nursing’. Dalam masa saya berpantang, walaupun kesakitan jahitan bersalin dirasa, tetapi saya sangat gembira kerana putera dan puteri saya, dapat merasa nikmat susu ibu.

Mungkin kerana buah hati saya ini kerap menyusu, sehingga kini saya masih lagi melakukan penyusuan berganda. Saya seorang ibu di rumah dan merupakan seorang guru untuk kerjaya saya. Walaupun bekerja, namun saya tetap mahu menyusukan anak-anak saya. Perasaan yang sangat menyeronokkan apabila saya pulang dari sekolah dan tiba di rumah, kedua-dua anak saya akan terus meluru ke arah saya untuk menyusu.

menyusui saat hamil

Ini membuatkan ikatan yang sangat erat di antara saya, Ajiq dan Iqa. Saya tidak perlu bersusah payah untuk bangun membuat susu kerana mereka berdua akan tidur bersama, memeluk sambil menyusu bersama saya setelah kepenatan bekerja.

Saya amat berbangga kerana walaupun tubuh saya yang kecil, tapi nikmat Tuhan berikan cukup bermakna dalam diri saya.

Untuk buah hati ibu, Muhammad Razziq kini sudah berumur 13 tahun dan Nur Affiqa (12 tahun) , terima kasih sayang kerana kamu berdua, ibu mempunyai kenangan yang indah dalam membesarkan anak. Terima kasih kepada suami tercinta (Mohd Ariff) kerana banyak memberi sokongan ketika menyusukan mereka.

Saya mempunyai 5 orang anak dan kesemua anak saya memang mendapat penyusuan ibu selama 2 tahun dan kini bayi saya berumur 5 bulan masih menyusu ibu secara eksklusif.

Sekadar berkongsi sedikit pengalaman , menyusukan bayi satu perkara yang sangat indah tetapi kita mesti mempunyai semangat yang kuat dan mengambil pemakanan yang seimbang. Bayi yang mendapat penyusuan ibu sejak lahir sehingga 2 tahun akan mempunyai IQ yang baik serta mempunyai antibodi yang kuat.

Yang paling penting, kita mesti mempunyai keyakinan diri dan matlamat yang jelas untuk meneruskan penyusuan ibu selama 2 tahun.

Walaupun Hamil Bayi Kedua, Saya Berjaya Menyusukan Bayi Saya Yang Pertama

Artikel ini ditulis oleh VIP Parents, Azlin binti Abdul Aziz untuk theAsianparent Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pengalaman Bersalin Anak Pertama & Tembuni Putus Selepas Bersalin

Baca juga: Ibu Kepada 10 Anak Lelaki Meninggal Selepas Melahirkan Anak Perempuan Pertama Yang Diidamkan

Baca juga:  Bahaya Tidurkan Bayi Lain Bilik, Bayi Ini Maut Tanpa Ibu Ayah Sedar

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan
  • /
  • Walaupun Hamil Bayi Kedua, Saya Berjaya Menyusukan Bayi Saya Yang Pertama
Kongsikan:
  • Susu Badan Terlalu Banyak/ Oversupply Hingga Basah Baju, Ibu Ini 5 Cara Mengatasinya

    Susu Badan Terlalu Banyak/ Oversupply Hingga Basah Baju, Ibu Ini 5 Cara Mengatasinya

  • Bayi Gigit Puting Ibu Ketika Menyusu Badan, Ini Cara Elak Rasa Sakit & Melecet Teruk

    Bayi Gigit Puting Ibu Ketika Menyusu Badan, Ini Cara Elak Rasa Sakit & Melecet Teruk

  • Tips Persediaan Menu Ramadhan Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk, Masak Awal Lebih Senang!

    Tips Persediaan Menu Ramadhan Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk, Masak Awal Lebih Senang!

  • Susu Badan Terlalu Banyak/ Oversupply Hingga Basah Baju, Ibu Ini 5 Cara Mengatasinya

    Susu Badan Terlalu Banyak/ Oversupply Hingga Basah Baju, Ibu Ini 5 Cara Mengatasinya

  • Bayi Gigit Puting Ibu Ketika Menyusu Badan, Ini Cara Elak Rasa Sakit & Melecet Teruk

    Bayi Gigit Puting Ibu Ketika Menyusu Badan, Ini Cara Elak Rasa Sakit & Melecet Teruk

  • Tips Persediaan Menu Ramadhan Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk, Masak Awal Lebih Senang!

    Tips Persediaan Menu Ramadhan Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk, Masak Awal Lebih Senang!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.