Assalamualaikum. Sha sudah selamat bersalin. Alhamdulilah saya kini sudah boleh menggelar diri sendiri Ummie. Sha ingin berkongsi pengalaman bersalin anak pertama dan kisah kelahiran putera sulung Sha. Fuhh sememangnya proses kelahiran itu bukannya mudah dan sangat sakit.
Ampun mak, ceritanya begini…
Sha mula rasa sakit kontraksi pada 22/9/18 waktu pagi. Sha tunggu husband pulang untuk hantar Sha pergi hospital, sampai hospital cek bukaan 2cm. Sakit begitu 2 cm ja bukaannya jadi Sha pun disuruh pulang sebab lama lagi nak sampai 10cm kan.
Tetapi pengalaman kena celuk kali pertama amatlah mengerikan. Ampun mak sekali lagi. Sakit sangat. Sakitnya sampai keesokkan hari tauu. Darah balik-balik mengalir…
Pengalaman Bersalin Anak Pertama
23/9/18 – 5 am
Sha batuk, terkencing sikit tetapi Sha syak air ketuban yang keluar. Sakit kontraksi seperti biasa tapi jarak agak lama. Sha sempat bawa husband jalan-jalan keliling perumahan. Pada waktu tengah hari Sha start kontraksi lagi. Sakit sangat. Sha mula lakukan senaman ketuk ketampi.
Sampai jam 3 lebih tahan sakit, terus pergi hospital. Sampai di hospital Sha demam. Takut baby dalam perut kena jangkitan sebab air ketuban sudah leaking. Doktor periksa bukaan tapi tak sakit seperti yang pertama. Bukaan 3cm jadi Sha pun kena masuk wad jam 4.
23/9/18 – 10pm
Allah saja tahu betapa sakitnya kontraksi yang Sha alami. Datang setiap 5 minit dan semakin kerap Sha sudah tidak tahan hendak check bukaan hampir 4cm tapi labour room penuh.
Mulut Sha sudah kumat kamit baca zikir Nabi Yunus. Sakit semakin kerap kemudian dalam pukul 10.30 Sha masuk labour room. Bukaan 4 cm sakit sangat tapi katil depan bukaan 8cm tenang saja pun tiada meraung-raung.
24/9/18 – 12 am
Sakit semakin sakit. Air ketuban belum pecah lagi. Darah mengalir banyak. Orang cakap kalau darah keluar dulu memang sakit. Ampun makk, begini rupanya sakit nak bersalin. Sedut gas pun rasa sakit tak hilang.
Tapi disebabkan overdos Sha adalah sikit-sikit terlelap sekejap. Jam 2 pagi Sha sudah mula sakit teramat sangat. Sikit-sikit nak mengajan sebab terlampau sakit sangat. Check bukaan dah 8cm ya Allah Alhamdulilah lagi 2 cm nak melahirkan.
Sha mula meneran rasa nak terberak pula. Malu nak cakap tapi hakikatnya Sha dah buang air besar. Malu dekat doktor tolong bersihkan huhu..
24/9/18 – 3.30am
Sha dah tak tahan. Meraung dekat doktor suruh check bukaan sebab Sha sudah hennak push tapi doktor cakap tak boleh sebab masih 8cm dorang jangka jam 4 sudah boleh beranak.
Tapi Sha nak juga dorang cek bukaan. Mungkin doktor tu dah fade up dengan Sha jadi jam 3 50am dia cek. Sudah rasa selaput kepala baby. Tengokkkk.. Sha dah cakap kan.
Jadi doktor pun pecahkan ketuban dan mereka sediakan peralatan semua Sha sudah bersedia nak teran. Doktor puji Sha pandai teran tapi disebabkan baby besar 3kg lebih, anu Sha kecil dan keras terpaksa gunting sebab baby dah nak keluar. Time kena gunting tu terdengar koyakan tapi sakit kontraksi menguasai.
24/9/18 – 4.20am
Teran punya teran Alhamdulilah lahirlah baby boy seberat 3.36kg panjang 49cm lahir pada sebelum azan Subuh.
Hari Isnin sama dengan babanya pun lahir hari Isnin juga. Lahir dengan selamat dan terus nampak najis baby. Terus doktor letak baby di dada Sha.
Syukur nikmat Allah nampak baby sendiri keluar dari rahim yang dikandung selama 9 bulan. Comel dan bersih anak Ummie.
Alhamdulilah tapi belum lega lagi. Ada lagi cerita nak Sha kongsikan..
Selepas sesi perkenalan dengan baby Edan, baby pun diangkat untuk dimandikan, dan mulalah proses mengeluarkan tembuni. Tiba-tiba bidan cakap tembuni halus, susah nak pegang, bila tarik tembuni putus.
Ya Allah, tak tahu nak cakap apa, bidan careless atau apa, Sha sudah tengah layan perasaan lega melahirkan sebab taklah sakit sangat, tiba-tiba kena berdepan dengan masalah tembuni putus.
Jadi sedaya upaya bidan mengeluarkan tembuni tu, apalagi dia celuklah masuk dalam, Sha pun sudah lupa berapa lama proses pengeluaran tembuni tu, Sha follow ja bidan tu suruh berdehem dengan kuat sambil dia tekan perut Sha, bila sudah keluar masalah pendarahan pula.
Banyak darah Sha keluar, sebab koyak besar kan, jadi kena hentikan pendarahan baru boleh jahit, dalam labour room pun Sha tinggal sorang saja, doktor silih ganti tengok keadaan Sha, baby Edan senyap saja tunggu Ummie dia dekat katil pemanas lampu biru.
Bila sudah selesai, sesi menjahit pula, aduhai, dijahit hidup-hidup.
Sha sudahlah lemas lepas bersalin, kena meraung sekali lagi sebab sakitnya dijahit 3 lapisan. Lapisan terakhir of course bahagian luar tu punyalah sakit, gas penyedut tu pun tak tahu berapa kali Sha sedut. Allah sahaja yang tahu bertapa sakitnya dijahit, Sha teriak berkali-kali suruh doktor berhenti sebab sakit sangat.
Sekarang pun masih terasa sakitnya. Doktor tak layan Sha, sebab doktor tu memang bengis. Sha faham dia mahu cepat habiskan menjahit, mesti dia kasihan tengok Sha dijahit tanpa bius.
Apabila Sha minta dibius dia cakap tak boleh takut kena jangkitan. Dengan redhanya, Sha tunggu sampai doktor habis menjahit dengan meraung tak henti-henti.
Alhamdulilah azab dijahit hidup hidup sudah selesai, 3 doktor bersilih ganti menjahit bahagian sulit Sha. Tak apalah yang penting selamat dan tak mahu dijahit sudah. Dari jam 4.20 pagi lepas lahirkan Edan, Sha keluar labour room jam 7.00 pagi, masa melawat dah habis, husband Sha dari semalam tak henti call, Sha pun sudah lupa nak bagitahu dia yang Sha dah bersalin.
Sampai ja di katil, Sha hendak tidur sangat, 1 malam Sha tiada tidur sebab melayan sakitnya kontraksi, tapi Sha belum jumpa baby Edan lagi.
Tunggu punya tunggu, baby Edan terpaksa ditahan sebab nak cek darah untuk gula. Sampai saja baby Sha rasa penat semua hilang.
Hi baby…
Panggil husband azan kan baby, bila nampak husband takut-takut nak pegang baby kali pertama, terjatuh air mata Sha, “B dah jadi seorang ayah, sayang pun dah jadi seorang Ummie, semoga kita jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak kita”.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!