X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 Jenis Cara Bersalin Yang Berbeza, Adakah Anda Tahu Setiap Proses Ini?

4 min bacaan
5 Jenis Cara Bersalin Yang Berbeza, Adakah Anda Tahu Setiap Proses Ini?

Ibu-ibu hamil sudah mempersiapkan diri dengan ilmu proses bersalin? Baca 5 jenis cara bersalin yang ada di Malaysia ini agar anda tahu mana pilihan sesuai.

Sepanjang 9 bulan mengandung, anda pasti sudah melengkapkan diri tentang ilmu gaya hidup sihat ketika kehamilan, perkembangan janin dan kelengkapan barang bayi. Tapi semakin dekat due date, adakah anda sudah belajar tentang cara bersalin?

Sementara teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata yang dinanti-nantikan ini, ibu hamil wajib tahu tentang cara bersalin dan risiko-risiko yang mungkin akan terbuka pada anda mahupun bayi.

Tahukah anda pada sekitar tahun 1900-an, hampir separuh daripada kelahiran terjadi di luar hospital? Tapi sejak tahun 1940-an, kebanyakan kelahiran sudah berlaku di hospital.

Kecanggihan teknologi membuatkan cara bersalin lebih selamat buat ibu mahupun anak. Jom baca lebih lanjut!

5 Cara Bersalin Yang Berbeza, Setiap Ibu Hamil WAJIB Tahu!

#1 Bersalin melalui vagina

cara bersalin, cara bersalin normal, cara bersalin awal, cara bersalin paksa, cara bersalin yang betul, cara bersalin caesar, cara bersalin dalam air, cara bersalin belon, cara bersalin cepat, cara bersalin secara induce, cara bersalin normal tanpa jahitan, cara bersalin dengan mudah, cara bersalin normal video, gambar bersalin normal, cara melahirkan anak pertama, petua mudah bersalin, petua mudah bersalin anak sulung

Kredit: YouTube

Jika ibu memilih cara bersalin normal iaitu bersalin melalui vagina, bayi akan dilahirkan melalui saluran peranakan.

Kebiasannya, wanita akan melihat tanda-tanda nak bersalin sekitar minggu ke-38 hingga 41 kehamilan. Pakar menggalakkan ibu hamil untuk bersalin melalui cara ini melainkan jika anda memiliki sebab-sebab perubatan lain. 

Antara kebaikan bersalin normal ialah:

  1. Tidak duduk terlalu lama di hospital
  2. Kadar jangkitan yang lebih rendah
  3. Ibu lebih cepat pulih
  4. Bayi yang lahir melalui vagina memiliki risiko yang lebih rendah untuk menghidap masalah pernafasan

Walaupun bersalin secara vagina dianggap sebagai pilihan utama, namun ibu-ibu hamil mungkin masih memerlukan beberapa bantuan perubatan untuk melancarkan proses bersalin.

Antara bantuan perubatan yang mungkin akan diberi pada ibu hamil yang bersalin normal ialah:

  • Episiotomi (pemotongan di bahagian perineum; antara dubur dan vagina, untuk membuka laluan agar kepala bayi lebih cepat turun)
  • Amniotomi (memecahkan air ketuban). Ia mungkin dilakukan kerana ibu perlu di-induce atau beberapa komplikasi kehamilan lain

#2 Bersalin melalui pembedahan czer (C-section)

5 Jenis Cara Bersalin Yang Berbeza, Adakah Anda Tahu Setiap Proses Ini?

Proses bersalin mungkin tidak akan berlaku seperti mana yang dirancang oleh ibu hamil. Jika terdapat sebarang komplikasi, cara bersalin czer mungkin akan dipilih.

Proses bersalin ini juga melibatkan pemotongan di bahagian abdomen dan uterus ibu. Dalam sesetengah kes, pembedahan czer mungkin sudah dirancang.

Antara komplikasi yang boleh menyebabkan ibu bersalin cara ini ialah:

  • Kandungan kembar atau lebih
  • Bayi besar
  • Ibu pernah melakukan C-section sebelum ini
  • Bayi songsang atau dalam kedudukan terbalik
  • Plasenta previa (uri di bawah)
  • Masalah fibroid

#3 Bersalin secara normal selepas pernah kena czer (VBAC)

cara bersalin, cara bersalin normal, cara bersalin awal, cara bersalin paksa, cara bersalin yang betul, cara bersalin caesar, cara bersalin dalam air, cara bersalin belon, cara bersalin cepat, cara bersalin secara induce, cara bersalin normal tanpa jahitan, cara bersalin dengan mudah, cara bersalin normal video, gambar bersalin normal, cara melahirkan anak pertama, petua mudah bersalin, petua mudah bersalin anak sulung

Vaginal birth after cesarian atau VBAC melibatkan ibu yang ingin bersalin secara normal melalui vagina, setelah pernah melakukan pembedahan czer sebelum ini.

Dengan kecanggihan teknologi sekarang, ibu-ibu memang boleh melakukan VBAC dan peratusan wanita yang berjaya bersalin normal selepas czer ialah sebanyak 70%!

Walaubagaimanapun, tidak semua hospital menyediakan perkhidmatan VBAC kerana mereka tidak memiliki sumber dan tenaga untuk mengendali pembedahan czer kecemasan.

Apapun, bawa berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil keputusan untuk melakukan sebarang cara bersalin.

#4 Bantuan vakum

cara bersalin, cara bersalin normal, cara bersalin awal, cara bersalin paksa, cara bersalin yang betul, cara bersalin caesar, cara bersalin dalam air, cara bersalin belon, cara bersalin cepat, cara bersalin secara induce, cara bersalin normal tanpa jahitan, cara bersalin dengan mudah, cara bersalin normal video, gambar bersalin normal, cara melahirkan anak pertama, petua mudah bersalin, petua mudah bersalin anak sulung

Kredit: phillymalpracticelawyer.com

Bantuan vakum biasanya dilakukan ketika anda bakal bersalin dengan cara normal yakni melalui vagina.

Ketika ini, doktor akan menyediakan vakum (sejenis cawan dengan pemegang dan pam vakum) yang akan menarik kepala bayi untuk membantunya melalui saluran peranakan.

Anda boleh melihat proses menggunakan vakum di sini.

#5 Bantuan forcep

cara bersalin, cara bersalin normal, cara bersalin awal, cara bersalin paksa, cara bersalin yang betul, cara bersalin caesar, cara bersalin dalam air, cara bersalin belon, cara bersalin cepat, cara bersalin secara induce, cara bersalin normal tanpa jahitan, cara bersalin dengan mudah, cara bersalin normal video, gambar bersalin normal, cara melahirkan anak pertama, petua mudah bersalin, petua mudah bersalin anak sulung

Sama seperti bantuan vakum, bantuan forcep juga boleh ditawarkan ketika proses bersalin melalui vagina. 

Ketika dalam proses bersalin, doktor akan menyediakan forcep (sejenis instrumen seakan bentuk sudu dan pengepit) yang akan mengepit kepala bayi untuk membantunya melalui saluran peranakan.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang cara bersalin normal dengan bantuan forcep, anda boleh melihatnya di sini.

Walau apapun pilihan cara bersalin yang anda lalui, nikmati dan hargailah momen-momen indah ini. Jangan berputus asa jika proses bersalin anda tidak lancar seperti yang diharapkan.

Banyakkan berdoa dan bertawakal. Kami di theAsianparent Malaysia mendoakan agar proses bersalin anda berjalan lancar.

Tak sabarnya nak dukung cahaya mata sendiri kan!

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat – Apa Perlu Buat?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • 5 Jenis Cara Bersalin Yang Berbeza, Adakah Anda Tahu Setiap Proses Ini?
Kongsikan:
  • Video bagaimana cara bersalin normal dengan bantuan vakum

    Video bagaimana cara bersalin normal dengan bantuan vakum

  • Luar Biasa! Ibu Ini Cukup Tenang Bersalin Sendiri Dalam Kereta

    Luar Biasa! Ibu Ini Cukup Tenang Bersalin Sendiri Dalam Kereta

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.