Vaginal birth after c-section (VBAC)
Ibu-ibu yang memilih untuk melakukan VBAC (vaginal birth after c-section) iaitu melahirkan anak secara normal selepas pembedahan caeser, mempunyai peluang kejayaan sebanyak 75%!
Ini satu statistik yang hebat untuk mereka yang ingin pengalaman melahirkan secara normal setelah gagal untuk melakukannya semasa kehamilan pertama.
Tapi, walaupun ramai pakar mengatakan VBAC adalah pilihan yang selamat untuk ibu hamil, langkah-langkah untuk menjayakannya taklah begitu senang.
Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi peluang anda untuk melahirkan anak secara normal setelah melalui pembedahan.
Jom semak apa 8 benda yang wajib anda tahu tentang VBAC ini:
#1 VBAC adalah pilihan anda
Ibu-ibu yang telah melahirkan anak pertama melalui pembedahan, akan selalu dengar komen yang beranak cara pembedahan untuk kali kedua lagi senang.
Tapi komen itu salah! Sesiapa yang tak banyak ilmu tentang VBAC memang akan kata teknik c-seksyen untuk kehamilan kedua lagi bagus.
Jangan ambil hati kata-kata orang. Keputusan untuk cuba VBAC adalah keputusan anda sendiri.
Mungkin dulu, ibu akan menghadapi cabaran untuk mendapat sokongan serta doktor yang sudi membantu, tapi sekarang hampir semua hospital in Malaysia, termasuk hospital kerajaan sudah menyokong amalan ini.
#2 Anda perlu membuat persediaan
Alamak! Persediaan apa pulak? Bersedia untuk menimba ilmu.
Anda dan pasangan kena rajin bertanya doktor atau pakar supaya faham apa yang perlu dilakukan.
Selain itu, persediaan awal secara mental, serta sokongan suami juga amatlah penting terutamanya untuk ibu-ibu yang tidak pernah mengalami kelahiran normal selepas pembedahan.
Apabila tengah tahan sakit kontraksi, sesetengah ibu mungkin akan batal sahaja niat untuk VBAC. Jadi di masa inilah pasangan akan menjadi sokongan untuk mencapai matlamat anda.
#3 Risiko VBAC tak setinggi C-Seksyen
Kelahiran normal juga ada risikonya. Namun, kajian menunjukkan ia masih pilihan yang lebih selamat dan kurang berisiko untuk ibu dan anak berbanding dengan pembedahan caeser.
Pembedahan caeser adalah pembedahan abdomen yang besar. Walaupun ia adalah pembedahan yang sering dilakukan di seluruh dunia, ia mempunyai senarai risiko yang panjang.
Risiko kematian ibu selepas bersalin secara pembedahan adalah 3.6 kali lebih tinggi berbanding kelahiran normal.
Kadar kematian bayi juga lebih tinggi di kalangan bayi yang dilahirkan melalui pembedahan berbanding dengan kelahiran melalui faraj.
Pembedahan caeser berulang kali juga meningkatkan risiko ibu untuk mengalami komplikasi semasa hamil pada masa depan, terutamanya keadaan plasenta previa atau plasenta akreta.
Baca juga:
Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Parut Pembedahan Caesar
#4 VBAC bagus untuk anak anda
Penyelidik mendapati faktor penentu bagi kontraksi ibu adalah kematangan paru-paru bayi dalam kandungan.
Semasa kontraksi, badan ibu menghasilkan hormon tekanan yang membantu bayi dalam kandungan untuk mengeluarkan cecair dari paru-paru mereka untuk menarik nafas pertama.
Kelahiran melalui faraj juga mendedahkan bayi anda kepada bakteria dan antibodi yang baik. Maka amalan VBAC sebenarnya bagus untuk anak anda!
#5 Risiko pecah rahim
Sebab utama mengapa orang takut proses bersalin normal selepas pernah melakukan pembedahan adalah kerana risiko pecah rahim di sepanjang garisan parut lama.
Kadar kejadian pecah rahim semasa kelahiran faraj selepas pembedahan adalah sebanyak 0.2% saja dan ia sangat rendah.
Setakat ini, belum ada doktor di Malaysia yang menyokong VBAC untuk ibu yang telah mengalami lebih dari satu pembedahan disebabkan risiko pecah rahim.
Walaupun kajian menunjukkan kadar kejayaan VBAC yang sama untuk ibu-ibu yang telah mengalami lebih daripada satu pembedahan, negara kita tetap berhati-hati dan tidak menggalakkannya.
#6 Faktor kejayaan VBAC
Kejayaan VBAC bergantung kepada beberapa faktor:
- kepala anak yang turun ke bawah apabila tiba masanya untuk melahirkan,
- kontraksi yang tercetus sendiri,
- tidak mempunyai low transverse incision atau insisi melintang yang rendah,
- dan tak mengalami masalah perubatan atau komplikasi semasa pembedahan sebelum ini
#7 Pulih dengan lebih cepat
Selalunya, ibu-ibu yang berjaya melakukan proses bersalin secara normal selepas c-seksyen melaporkan pemulihan selepas kelahiran yang lebih mudah. Inilah kebaikan melahir secara normal. Anda mungkin hanya akan rasa lemah dan letih. Yang paling sakit pun sakit jahitan di bawah. Selain itu, pemulihan selepas kelahiran normal sebenarnya sangat cepat dan tidak seteruk pembedahan.
Inilah kebaikan melahirkan anak secara normal. Anda mungkin hanya akan rasa lemah dan letih.
Yang paling sakit pun mungkin sedikit tekanan di jahitan bawah tu. Selain itu, pemulihan selepas kelahiran normal sebenarnya sangat cepat dan tidak seteruk pembedahan.
#8 Anda pasti berjaya
Kebanyakan ibu akan memilih VBAC kerana terlepas peluang untuk melahirkan secara normal pada masa lalu.
Untuk sesetengah ibu, pengalaman kelahiran yang positif boleh menjadi penyembuh besar rasa bersalah kerana gagal kelahiran normal sebelum ini.
Apa-apa pun sebab mengapa ibu memilih untuk mencuba VBAC, ketahuilah ada ramai ibu lain yang mengalami situasi sama. Ramai juga yang telah mengikuti jalan ini dan berjaya.
Sumber rujukan: Belly Belly, ICAN
Baca juga:
Rambut Gugur Selepas Bersalin: Punca Rambut Gugur, Berapa Lama Ia Terjadi & Cara Mengatasi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!