TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

9 min bacaan
Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

Demam ketika bersalin menyebabkan suhu badan ibu meningkat melebihi 38°C semasa proses kelahiran, menjadi tanda tubuh melawan jangkitan

Demam ketika bersalin atau demam intrapartum adalah peningkatan suhu badan ibu kepada 38°C atau lebih semasa fasa aktif kelahiran. Keadaan ini boleh berpunca daripada jangkitan atau faktor bukan jangkitan, dan boleh memberi kesan kepada kesihatan ibu dan bayi.

Isi Kandungan

  • Punca Demam Ketika Bersalin
  • Tanda Demam Ketika Bersalin
  • Komplikasi Demam Semasa Bersalin
  • Penilaian Dan Diagnosis
  • Rawatan Ibu Demam Ketika Bersalin
  • Proses Kelahiran Secara Pembedahan

Punca Demam Ketika Bersalin

Berikut beberapa punca demam ketika bersalin:

1. Jangkitan Intraamniotik (Chorioamnionitis)

Punca demam ketika bersalin adalah berpunca daripada jangkitan intraamniotik (Chorioamnionitis). Ia adalah jangkitan pada membran amnion dan korion serta air ketuban yang mengelilingi janin.

Jangkitan seperti ini sering berlaku apabila bakteria dari vagina memasuki rahim, terutamanya selepas pecahnya kantung amniotik.

Tanda-tanda termasuk demam, sakit rahim, dan degupan jantung janin yang cepat. Jangkitan ini boleh menyebabkan komplikasi serius kepada ibu dan bayi, termasuk sepsis neonatal dan kelahiran pramatang.

2. Demam Kerana Epidural

Penggunaan suntikan epidural semasa bersalin boleh menyebabkan peningkatan suhu badan ibu tanpa kehadiran jangkitan. Mekanisme sebenar masih belum difahami sepenuhnya, tetapi dipercayai berkaitan dengan tindak balas keradangan terhadap anestesia epidural.

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang menerima epidural mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami demam intrapartum.

3. Faktor Demam Semasa Bersalin Yang Lain

Faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada demam semasa bersalin termasuk:

  • Tempoh bersalin yang berpanjangan: Proses bersalin yang lama boleh meningkatkan risiko jangkitan.

  • Pemeriksaan faraj yang kerap: Setiap pemeriksaan boleh memperkenalkan bakteria ke dalam saluran kelahiran.

  • Kehadiran mekonium dalam cecair amniotik: Mekonium boleh menjadi medium untuk pertumbuhan bakteria.

  • Penggunaan alat bantu kelahiran: Seperti forceps atau vakum, yang boleh meningkatkan risiko trauma dan jangkitan

Tanda Demam Ketika Bersalin

Demam ketika bersalin bukan sesuatu yang biasa dan boleh menjadi petunjuk kepada jangkitan atau masalah kesihatan yang lebih serius. Ia perlu diawasi dengan teliti kerana boleh memberi kesan kepada ibu dan bayi.

Berikut adalah tanda-tanda demam ketika bersalin yang perlu diberi perhatian:

1. Suhu Badan Meningkat

Suhu badan melebihi 38°C merupakan petanda jelas seseorang mengalami demam. Jika suhu kekal tinggi walaupun selepas berehat atau mengambil ubat, ia mungkin menandakan jangkitan.

2. Menggigil Atau Sejuk-Sejuk Badan

Ibu yang mengalami demam sering kali akan menggigil walaupun berada dalam persekitaran yang panas. Ini adalah reaksi badan terhadap perubahan suhu dalaman.

3. Peluh Berlebihan

Peluh yang keluar secara berlebihan, terutama ketika rehat, boleh menjadi tanda demam. Peluh ini biasanya tidak memberikan kelegaan kerana suhu badan masih tinggi.

4. Jantung Berdebar Atau Denyutan Nadi Laju

Badan yang sedang melawan jangkitan biasanya akan menunjukkan tanda degupan jantung yang lebih cepat daripada biasa.

5. Badan Letih Dan Lemah

Rasa letih melampau, lesu atau tidak bermaya juga merupakan tanda demam. Ibu mungkin tidak mempunyai tenaga walaupun sebelum proses bersalin bermula sepenuhnya.

6. Sakit Kepala Atau Pening

Demam boleh menyebabkan tekanan di kepala, rasa pening atau sakit yang berdenyut-denyut.

7. Nafas Laju Atau Pendek

Apabila suhu badan meningkat, pernafasan juga mungkin menjadi lebih cepat. Ini kerana badan cuba menyejukkan suhu dalaman melalui sistem pernafasan.

8. Muka Kemerahan Atau Pucat

Wajah ibu mungkin kelihatan merah kerana suhu tinggi, atau sebaliknya menjadi pucat akibat tekanan pada tubuh.

Komplikasi Demam Semasa Bersalin

Demam semasa proses bersalin bukan sekadar isu kecil. Ia boleh memberi kesan besar terhadap kesihatan ibu dan bayi jika tidak ditangani dengan cepat dan tepat.

Komplikasi yang timbul boleh melibatkan sistem imun, sistem pernafasan, malah sistem saraf bukan saja dalam jangka masa pendek, tetapi juga jangka panjang.

Risiko Demam Semasa Bersalin Pada Ibu

1. Endometritis

Endometritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dalam rahim selepas bersalin. Demam yang berlaku semasa bersalin, terutama jika berpunca daripada jangkitan, boleh menyebabkan bakteria menjangkiti rahim selepas bayi dilahirkan.

Ibu yang mengalami endometritis akan merasakan sakit perut yang mencucuk, keluaran lochia (darah nifas) yang berbau busuk, dan suhu badan yang terus meningkat.

Jika tidak dirawat segera dengan antibiotik, endometritis boleh menjadi lebih serius dan menyebabkan komplikasi seperti pembentukan nanah atau ketidaksuburan di masa depan.

2. Sepsis

Sepsis adalah keadaan jangkitan yang merebak ke seluruh badan, dan ia boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Apabila sistem imun ibu cuba melawan jangkitan secara berlebihan, ia boleh merosakkan organ-organ penting seperti paru-paru, buah pinggang, dan jantung.

Ibu yang mengalami sepsis mungkin menunjukkan tanda-tanda seperti tekanan darah menurun, pernafasan laju, denyutan nadi cepat, dan keletihan melampau. Sepsis boleh berlaku dalam masa beberapa jam selepas jangkitan, menjadikannya antara komplikasi paling berbahaya.

3. Pendarahan Selepas Bersalin (Postpartum Hemorrhage)

Demam juga dikaitkan dengan peningkatan risiko atonia rahim, iaitu keadaan di mana rahim gagal mengecut selepas bersalin. Bila rahim tidak mengecut dengan baik, saluran darah terbuka akan terus berdarah – dan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak dan berbahaya.

Dalam kes-kes teruk, ibu mungkin memerlukan pemindahan darah, ubat-ubatan untuk mengecutkan rahim, atau bahkan pembedahan kecemasan untuk menghentikan pendarahan.

4. Proses Kelahiran Secara Pembedahan

Demam semasa bersalin boleh menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk mempercepatkan proses kelahiran melalui pembedahan Caesarean. Ini kerana demam mungkin menandakan jangkitan atau masalah kepada bayi, dan kelahiran secara normal mungkin mengambil masa terlalu lama.

Pembedahan Caesarean pula mempunyai risikonya tersendiri seperti jangkitan luka, tempoh pemulihan yang lebih panjang, dan komplikasi pada kelahiran akan datang. Maka, keputusan ini sering dibuat apabila keadaan ibu atau bayi memerlukan intervensi segera.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara

Risiko Demam Semasa Bersalin Pada Bayi

1. Sepsis Neonatal

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang demam, terutamanya akibat jangkitan intraamniotik (chorioamnionitis), berisiko tinggi untuk mengalami sepsis neonatal, iaitu jangkitan serius dalam darah bayi. Keadaan ini boleh berlaku dalam masa 72 jam pertama selepas kelahiran.

Tanda-tanda termasuk bayi yang kurang aktif, enggan menyusu, suhu badan yang tidak stabil, dan kesukaran bernafas. Sepsis neonatal memerlukan rawatan intensif termasuk antibiotik dan penjagaan rapi di NICU (Unit Rawatan Rapi Neonatal).

2. Masalah Pernafasan

Demam ibu juga dikaitkan dengan peningkatan risiko masalah pernafasan kepada bayi selepas dilahirkan. Ini mungkin kerana jangkitan telah menjejaskan paru-paru bayi atau mengganggu pematangan paru-paru semasa dalam kandungan.

Bayi boleh dilahirkan dalam keadaan sukar bernafas, tercungap-cungap, atau memerlukan oksigen tambahan. Dalam kes yang lebih teruk, bayi mungkin memerlukan bantuan mesin pernafasan (ventilator).

3. Skor Apgar Rendah

Skor Apgar adalah ukuran kesihatan bayi sejurus selepas kelahiran, berdasarkan lima kriteria: warna kulit, denyutan jantung, pernafasan, pergerakan otot, dan tindak balas terhadap rangsangan. Skor yang rendah (biasanya bawah 7) menunjukkan bayi mengalami kesukaran dalam penyesuaian selepas keluar dari rahim.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang demam, terutamanya akibat jangkitan, sering mencatatkan skor Apgar yang rendah. Ini boleh menunjukkan bahawa bayi berada dalam tekanan semasa kelahiran atau terdedah kepada jangkitan dalam rahim.

Penilaian Dan Diagnosis

Apabila seorang ibu mengalami demam semasa proses bersalin, tindakan segera perlu diambil oleh pasukan perubatan. Ini kerana demam bukan sekadar simptom biasa, ia boleh menjadi petanda jangkitan serius seperti jangkitan dalam rahim (chorioamnionitis) yang membahayakan ibu dan bayi.

Oleh itu, pengurusan klinikal yang teliti merangkumi tiga komponen utama iaitu penilaian dan diagnosis, rawatan, dan pertimbangan semasa kelahiran.

1. Pemantauan Suhu Badan Ibu

Suhu badan ibu akan dipantau secara berkala sepanjang proses bersalin. Bacaan suhu 38°C atau lebih biasanya dianggap tidak normal dan perlu disiasat. Peningkatan suhu ini boleh menandakan jangkitan dalam badan, terutamanya di kawasan rahim. Oleh itu, jururawat atau doktor akan lebih berhati-hati apabila suhu badan naik, terutama jika disertai gejala lain.

Pemeriksaan Tanda Jangkitan

Tanda-tanda jangkitan akan diperhatikan seperti:

  • Degupan jantung janin yang terlalu laju (fetal tachycardia): Ini boleh menjadi petunjuk bahawa bayi sedang mengalami tekanan akibat jangkitan.

  • Cecair ketuban yang berbau busuk atau berwarna keruh: Menunjukkan kemungkinan jangkitan pada kantung amniotik.

  • Sakit atau rasa tidak selesa pada rahim semasa disentuh: Petanda rahim mungkin sedang mengalami keradangan.

Tanda-tanda ini menjadi isyarat penting kepada doktor untuk bertindak cepat dalam menentukan langkah rawatan.

2. Ujian Makmal

Ujian darah akan diambil bagi mengenal pasti kehadiran jangkitan. Antara ujian penting termasuk:

  • Kiraan sel darah putih (WBC): Sekiranya tinggi, ia menunjukkan badan sedang melawan jangkitan.

  • Ujian CRP (C-reactive protein): Penanda yang meningkat jika terdapat keradangan dalam badan.

  • Kultur darah atau cecair amniotik: Untuk mengenal pasti jenis bakteria yang menyebabkan jangkitan.

Ujian-ujian ini membantu doktor menentukan jenis jangkitan serta jenis rawatan antibiotik yang paling sesuai.

Rawatan Ibu Demam Ketika Bersalin

Berikut beberapa pilihan rawatan untuk ibu yang demam ketika proses bersalin:

1. Antibiotik Intrapartum

Sekiranya disyaki jangkitan intraamniotik, antibiotik akan diberikan secepat mungkin kepada ibu. Kombinasi yang biasa digunakan ialah ampicillin dan gentamicin, kerana ia berkesan membunuh pelbagai jenis bakteria. Dalam sesetengah kes, metronidazole juga ditambah bagi melawan bakteria anaerob.

Pemberian antibiotik secara intravena adalah penting untuk menurunkan risiko jangkitan serius kepada bayi, seperti sepsis neonatal.

2. Antipiretik

Ubat antipiretik seperti paracetamol diberikan untuk menurunkan suhu badan dan memberikan keselesaan kepada ibu. Ini juga membantu mengurangkan tekanan pada bayi kerana demam yang tidak terkawal boleh menyebabkan degupan jantung bayi menjadi terlalu laju. Kawalan suhu yang baik membantu menstabilkan keadaan kedua-dua ibu dan janin.

3. Pemantauan Janin

Janin akan dipantau secara rapat menggunakan alat seperti CTG (cardiotocography) yang merekodkan degupan jantung bayi dan pengecutan rahim. Jika janin menunjukkan tanda tekanan seperti degupan jantung yang tidak stabil, tindakan kecemasan mungkin diperlukan.

Pemantauan ini penting bagi memastikan bayi dalam keadaan baik sepanjang proses bersalin.

Proses Kelahiran Secara Pembedahan

Demam semasa bersalin bukanlah satu-satunya sebab untuk menjalani pembedahan. Namun, jika terdapat faktor lain seperti janin dalam keadaan lemah, kedudukan bayi tidak normal, atau proses bersalin terlalu lama tanpa perkembangan, pembedahan mungkin dipertimbangkan.

Keputusan ini akan dibuat dengan mengambil kira keselamatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Sekiranya ibu mengalami demam dan disyaki mengalami jangkitan intraamniotik, doktor akan memaklumkan pasukan neonatal lebih awal. Ini bagi memastikan mereka bersedia untuk menyambut bayi yang mungkin terdedah kepada jangkitan. Pasukan neonatal akan:

  • Memeriksa bayi sejurus selepas lahir

  • Memberikan rawatan awal jika perlu seperti antibiotik atau sokongan pernafasan

  • Menempatkan bayi di unit penjagaan rapi neonatal (NICU) jika keadaan memerlukan

Komunikasi antara doktor bersalin dan pasukan neonatal amat penting untuk memastikan bayi yang lahir menerima rawatan pantas dan tepat.

Kesimpulannya, demam ketika bersalin adalah keadaan yang memerlukan perhatian segera dan pengurusan yang teliti. Dengan pemantauan yang rapi, diagnosis yang tepat, dan rawatan yang sesuai, risiko komplikasi kepada ibu dan bayi dapat diminimumkan.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Frontiersin, Uptodate, Science Direct

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  Jangkitan Kuman Ketika Hamil Dan Risiko Terhadap Bayi Dalam Kandungan

Baca juga:  GBS Ketika Hamil: Kenali Apa Itu GBS, Tanda Tanda GBS & Kesan GBS Pada Bayi Baru Lahir

Baca juga:  Penjagaan Diri Selepas Bersalin Amat Penting, Ini 7 Tips Mudah Bantu Ibu Segera Sembuh!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Sebelum & Proses Bersalin
  • /
  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik
Kongsikan:
  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Apa Itu Epidural, Bila Ia Diperlukan & Kesan Epidural Pada Ibu Bersalin Serta Bayi

    Apa Itu Epidural, Bila Ia Diperlukan & Kesan Epidural Pada Ibu Bersalin Serta Bayi

  • Apa Itu Emergency Czer, Beza Emergency Czer Dengan Elective Czer

    Apa Itu Emergency Czer, Beza Emergency Czer Dengan Elective Czer

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Apa Itu Epidural, Bila Ia Diperlukan & Kesan Epidural Pada Ibu Bersalin Serta Bayi

    Apa Itu Epidural, Bila Ia Diperlukan & Kesan Epidural Pada Ibu Bersalin Serta Bayi

  • Apa Itu Emergency Czer, Beza Emergency Czer Dengan Elective Czer

    Apa Itu Emergency Czer, Beza Emergency Czer Dengan Elective Czer

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham