Siapa yang tak nak melalui proses bersalin yang mudah dan cepat, bukan? Kalau boleh kita mahu tahu cara cepatkan bukaan bersalin supaya kita boleh terus masuk ke bilik bersalin.
Selalunya doktor hanya akan masukkan kita ke dalam bilik bersalin bila bukaan rahim mencapai 6cm. Tapi apa cara cepatkan bukaan rahim ini? Jom baca tips di bawah.
Cara Cepatkan Bukaan Bersalin Secara Semula Jadi
1. Memecahkan Ketuban
Bidan anda mungkin mencadangkan untuk memecahkan ketuban bagi mempercepatkan kelahiran. Ini selalunya tidak disarankan pada peringkat awal kelahiran kerana ia meningkatkan risiko jangkitan jika anda tidak bersalin serta-merta.
Walaubagaimanapun, memecahkan ketuban boleh mempercepatkan proses bersalin kurang 1 jam. Selepas pecahkan ketuban, doktor akan periksa jantung bayi dan periksa sama ada proses tersebut mengganggunya.
Kontraksi anda akan bertambah kuat selepas air ketuban pecah dan anda perlu bersedia untuk bertenang dan bernafas.
2. Titisan Hormon
Jika bergerak banyak dan memecahkan ketuban tidak mempercepatkan proses bersalin, doktor akan sarankan anda mengambil titisan hormon untuk membuatkan kontraksi anda lebih efektif.
Jika anda mengambil titisan hormon, bidan perlu memeriksa jantung bayi dengan lebih kerap kerana titisan ini boleh merangsang rahim. Anda akan mendapat kontraksi yang lebih kerap dan kuat yang mungkin akan memberi tekanan kepada anak anda.
Oleh itu selalunya, doktor akan sarankan anda untuk mengambil epidural sebelum memberi titisan hormon.
3. Bergerak dan Berjalan
Jika anda masih berada dalam fasa awal bersalin, cuba untuk bergerak lebih banyak. Berjalan perlahan-lahan atau mengubah posisi tubuh dapat membantu rahim mengecut dengan lebih efektif dan memudahkan bayi turun ke saluran kelahiran.
4. Pergi ke Tandas
Pundi kencing yang penuh boleh menghalang bayi daripada turun ke saluran kelahiran. Oleh itu, cuba untuk kerap membuang air kecil agar tidak memberi tekanan tambahan kepada rahim dan menghalang bukaan serviks.
5. Mandi Air Hangat atau Rendam Dalam Air
Air suam dapat membantu mengurangkan ketegangan otot dan memberi keselesaan semasa kontraksi. Anda boleh mencuba mandi air hangat atau berendam dalam tab mandi untuk membantu tubuh lebih relaks dan mempercepatkan bukaan rahim secara semula jadi.
6. Mengubah Posisi Tidur atau Duduk
Jika bayi berada dalam posisi songsang atau tidak berada di tempat yang sepatutnya, bidan mungkin akan menyarankan anda untuk tidur dalam posisi mengiring atau melutut. Ini boleh membantu bayi berpusing ke posisi yang lebih baik untuk proses bersalin.
7. Merangsang Puting Payudara
Merangsang puting payudara boleh membantu tubuh menghasilkan hormon oksitosin yang bertanggungjawab dalam merangsang kontraksi rahim. Anda boleh melakukan ini sendiri atau meminta bantuan pasangan dengan cara mengurut perlahan-lahan kawasan payudara.
8. Melakukan Hubungan Seks
Melakukan hubungan intim juga boleh membantu mempercepatkan bukaan rahim. Ini kerana sperma mengandungi prostaglandin yang boleh membantu melembutkan serviks dan merangsang proses bersalin secara semula jadi.
Petua Orang Tua Cepat Bersalin
Petua tradisional sering diamalkan oleh orang tua untuk membantu mempercepatkan proses bersalin. Antara amalan yang sering dilakukan ialah:
- Minum air selusuh. Air yang telah didoakan ini dipercayai dapat membantu memudahkan kelahiran dan mengurangkan kesakitan kontraksi
- Mengurut perut secara perlahan. Urutan menggunakan minyak kelapa dara pada perut boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan melancarkan proses kelahiran.
- Makan kurma Ajwa. Kurma kaya dengan nutrisi yang membantu memberikan tenaga kepada ibu untuk menghadapi proses bersalin dengan lebih bertenaga.
Zikir Cepatkan Bukaan Rahim
Selain ikhtiar fizikal, berzikir dan membaca doa boleh membantu ibu menenangkan diri serta mempercepatkan bukaan rahim. Antara zikir yang boleh diamalkan ialah:
1. Surah Al-Insyirah (الشرح)
Membantu memberi ketenangan kepada ibu dan memohon agar Allah mempermudahkan proses bersalin.
2. Ya Latif (يَا لَطِيفُ)
Dibaca berulang kali supaya segala urusan kelahiran menjadi lebih mudah dan lancar.
3. Doa Nabi Yunus
لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Engkau (Ya Allah), Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang zalim.
Doa ini merupakan doa yang dibaca oleh Nabi Yunus AS ketika berada dalam perut ikan paus. Ia adalah doa taubat dan permohonan pertolongan kepada Allah.
Doa ini juga sangat digalakkan untuk diamalkan, terutama oleh ibu yang sedang bersalin sebagai permohonan kekuatan, kesabaran dan kemudahan dalam proses kelahiran.
Senaman Cepat Bukaan Bersalin
Senaman ringan boleh membantu bayi turun ke saluran kelahiran dan mempercepatkan bukaan serviks. Beberapa senaman bantu cara cepatkan bukaan bersalin yang disarankan termasuk:
1. Squat (Mencangkung)
Gerakan mencangkung sangat baik untuk membuka ruang pelvis dan membantu bayi masuk ke posisi yang betul sebelum kelahiran. Senaman ini juga membantu meningkatkan fleksibiliti otot pelvis antara cara cepatkan bukaan bersalin nanti.
Untuk melakukan squat dengan selamat, ibu boleh berpegang pada sesuatu yang stabil seperti meja atau katil semasa mencangkung.
2. Berdiri Sambil Bersandar Pada Dinding
Senaman ini menggunakan daya graviti untuk membantu bayi turun ke saluran kelahiran dengan lebih mudah. Dengan berdiri tegak dan menyandarkan belakang pada dinding sambil sedikit merendahkan lutut, pelvis ibu akan terbuka lebih luas sekali gus memudahkan bukaan serviks.
Pergerakan ini juga mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan membantu ibu berasa lebih selesa.
3. Briswalk
Aktiviti berjalan bukan sahaja baik untuk kesihatan ibu secara keseluruhan, tetapi juga berfungsi sebagai kaedah semula jadi untuk merangsang kontraksi dan membantu mempercepatkan bukaan serviks.
ergerakan berjalan memberi tekanan lembut kepada serviks yang boleh membantu mempercepatkan proses kelahiran. Ibu disarankan untuk berjalan perlahan-lahan dalam jarak yang pendek dan berehat jika berasa penat.
Punca Bukaan Bersalin Lambat
Kadangkala, bukaan rahim lambat berlaku disebabkan beberapa faktor tertentu, antaranya:
- Bayi dalam posisi tidak betul. Bayi songsang atau tidak turun ke saluran kelahiran boleh menyebabkan bukaan rahim menjadi lebih lambat.
- Ketegangan ibu. Ibu yang terlalu stres dan cemas boleh menghalang hormon oksitosin daripada berfungsi dengan baik.
- Kurang pergerakan. Tidak aktif semasa awal bersalin boleh memperlahankan proses bukaan serviks.
- Pundi kencing penuh. Menghalang kepala bayi daripada turun ke bawah dan menyukarkan bukaan serviks.
Apa Tanda-Tanda Nak Bersalin?
Bidan dan doktor berkata yang tanda bersalin bermula apabila:
- Anda mengalami sakit kontraksi yang konsisten
- Rahim anda terbuka sedikit demi sedikit dari 4cm.
Ini adalah tanda-tanda anda berada dalam fasa tahap pertama bersalin.
Berapa Jangka Masa Normal Untuk Bersalin?
Secara purata, tahap pertama bersalin untuk anak pertama biasanya selama 8 jam, tapi ia boleh jadi lebih cepat atau lama. Anak pertama selalunya mengambil masa tapi sangat jarang untuk tahap pertama menjadi lebih lama dari 18 jam.
Jika ini bukan anak anda yang pertama, anda mungkin mengalami proses bersalin lebih cepat dari anak pertama. Fasa meneran (tahap kedua bersalin) selalunya tidak lebih dari 3 jam atau 2 jam jika anda pernah bersalin.
Tapi anda perlu tahu yang proses bersalin cepat tidak semestinya baik untuk anda atau anak anda. Kelahiran yang terlalu cepat boleh mencabar fizikal dan mental anda.
Manakala, proses bersalin yang lambat boleh membuatkan anda dan bayi penat.
Apa Yang Dikira Sebagai Proses Bersalin Lambat?
Jika bukaan rahim anda tidak terbuka sekurang-kurangnya 0.5 cm dalam masa 1 jam dan lebih 4 jam, mempercepatkan kelahiran mungkin diperlukan. Bidan akan berbincang dengan anda atau doktor sama ada kelahiran anda perlu dicepatkan atau tidak.
Mengapa Proses Bersalin Anda Lambat?
Beberapa kelahiran, lambat tanpa sebab yang muhasabah. Namun, anda mungkin mengalami proses bersalin lambat jika:
- Anda penat atau kurang air
- Posisi bayi anda tidak ideal
- Anda rasa takut atau cemas dan perasaan ini mengganggu anda melepaskan hormon bersalin
- Sakit kontraksi anda tidak begitu kuat atau kekal sama
- Anda mempunyai tulang pinggul yang panjang dan sempit membuatkan bayi anda memilih posisi terbalik
- Anda mengambil bantuan kelahiran yang melambatkan kontraksi anda. Seperti mengambil epidural.
Bukaan 5cm yang pertama selalunya mengambil masa yang lama dari 5cm yang kedua. Bukaan rahim menjadi lebih cepat apabila kontraksi semakin kuat.
Proses kelahiran adalah pengalaman yang unik bagi setiap ibu. Jika ingin mempercepatkan bukaan rahim, berbincanglah dengan doktor atau bidan terlebih dahulu untuk memastikan kaedah yang dipilih adalah selamat untuk anda dan bayi.
Semoga anda melalui kelahiran dengan lancar dan selamat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 rahsia bagaimana melahirkan bayi kurang dari 2 minit seperti ibu ini!
Baca juga: Posisi Bersalin Duduk Ini Memudahkan Proses Bersalin, Malah Mengurangkan Sakit!
Baca juga: Hampir Tiba Waktu Bersalin? Jom Cuba 7 Cara Cepatkan Bukaan Mulut Rahim Ini!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!