X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Betul Ke Ambil Minyak Kelapa Dara Semasa Hamil Memudahkan Bersalin? INI Penjelasan Pakar

4 min bacaan
Betul Ke Ambil Minyak Kelapa Dara Semasa Hamil Memudahkan Bersalin? INI Penjelasan Pakar

Ketahui mitos dan fakta berkaitan penggunaan minyak kelapa dara untuk memudahkan proses bersalin.

Sesetengah wanita percaya pengambilan minyak kelapa dara untuk ibu hamil akan menyumbang kepada proses bersalin yang lebih mudah! Benarkah kepercayaan ini, atau ia sekadar mitos?

Minum Minyak Kelapa Dara Memudahkan Proses Bersalin, Mitos atau Fakta?

Menurut laman Kompas.com, doktor pakar obstetrik dan ginekologi, Budi Iman Santoso mengatakan, sehingga harini ini belum ada kajian yang dapat membuktikan yang pengambilan minyak kelapa untuk ibu hamil dapat melancarkan proses bersalin.

Ini kerana proses bersalin adalah melalui vagina, padahal minyak kelapa dara melalui saluran pencernaan.

“Jalan keluar kelahiran tidak berkait dengan usus sama sekali” ujarnya.

Beliau juga menjelaskan, lancar atau tidak proses bersalin itu sebenarnya bergantung kepada kekuatan ibu hamil, saiz pinggul dan saiz bayi.

Contohnya, jika saiz bayi agak besar dan pinggul ibu kecil akan menyebabkan proses bersalin menjadi lebih sukar dan ini sama sekali tidak dipengaruhi oleh minyak kelapa dara!

minyak kelapa dara untuk ibu hamil, khasiat minyak kelapa, urutan perineum, cara buat minyak kelapa dara, produk mudahkan bersalin, bersalin tanpa jahitan, minyak kelapa dara terbaik, minyak kelapa dara untuk bersalin, kesan sampingan minyak kelapa dara, virgin coconut oil, minum minyak kelapa dara semasa mengandung, tips mudah bersalin, tips bersalin tanpa koyakan

Bukan hanya minyak kelapa dara, malah minum air akar fatimah juga sebenarnya tidak boleh memudahkan bersalin.

Dalam buku yang berjudul Mitos atau Fakta Air dan Hidrasi, Ada menjelaskan yang akar fatimah memang mengandungi bahan yang dapat meningkatkan kontraksi rahim sehingga terjadinya proses bersalin.

Namun ini sebenarnya menyebabkan kontraksi berlebihan yang akan membahayakan kesihatan ibu dan bayi.

Selain menggunakan bahan-bahan ini, Budi mencadangkan agar para ibu menjaga berat badan ideal sepanjang kehamilan. Salah satunya dengan mengenalpasti indeks massa tubuh (IMT) sebelum hamil.

Ibu hamil yang memiliki IMT normal dan gizi yang baik umumnya akan mengalami penambahan berat badan sebanyak 12-14 kg hingga bayi dilahirkan.

Apabila ibu hamil memiliki berat badan berlebih, Budi menyarankan untuk tidak menambah berat badan lebih dari 9 kg, namun bagi ibu hamil yang kurus pula sebaiknya menambah berat badan hingga 20 kg. 

Manfaat Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil

Walaupun pengambilan minyak kelapa dara tidak memudahkan proses bersalin, namun tidak dinafikan ia memiliki banyak manfaat untuk ibu hamil seperti:

#1 Mencegah Jangkitan Bakteria 

minyak kelapa dara untuk ibu hamil, khasiat minyak kelapa, urutan perineum, cara buat minyak kelapa dara, produk mudahkan bersalin, bersalin tanpa jahitan, minyak kelapa dara terbaik, minyak kelapa dara untuk bersalin, kesan sampingan minyak kelapa dara, virgin coconut oil, minum minyak kelapa dara semasa mengandung, tips mudah bersalin, tips bersalin tanpa koyakan

Minyak kelapa dikenali memiliki sifat anti-bakteria yang boleh mencegah sebahagian besar jangkitan bakteria.

Pengambilan 2 sudu minyak kelapa dara sehari dipercayai dapat memberikan kekebalan tubuh sepanjang kehamilan, dan melindungi dari selsema, flu dan penyakit kebiasaan yang lainnya.

#2 Sumber Asid Laurat

Susu ibu merupakan sumber laurat terbaik, namun minyak kelapa dara juga merupakan salah satu sumber asid laurat yang berkualiti.

Asid laurat membantu penghasilan susu ibu sepanjang kehamilan dan selepas melahirkan, agar bayi mendapat susu ibu yang berkualiti tinggi dan baik untuk antibodi si manja anda.

#3 Pengganti Susu

Susu mempunyai banyak khasiat, sama ada dalam bentuk cecair atau produk susu yang lainnya. Namun tidak semua wanita dapat mengamalkan pengambilan produk susu sepanjang kehamilan, dan kebiasaannya akan menjadi mual atau muntah selepas minum susu!

Jadi minyak kelapa dara boleh menjadi alternatif yang bagus untuk memberikan khasiat susu kepada ibu hamil dan kandungan.

#4 Mengatasi Alahan Semasa Kehamilan

Betul Ke Ambil Minyak Kelapa Dara Semasa Hamil Memudahkan Bersalin? INI Penjelasan Pakar

Semasa hamil, kebanyakkan wanita akan mengalami beberapa masalah kesihatan dan alahan seperto loya pada waktu pagi, sembelit dan perut memulas.

Minyak kelapa merupakan salah satu penyelesaian terbaik bagi mengatasi semua kesan sampingan kehamilan tersebut.

Ini kerana sifat minyak kelapa yang dapat melegakan perit dan mengurangi masalah asid refluks.

Selain itu, kehamilan membuatkan sesetengah ibu hamil tidak boleh tidur dan sentiasa merasa letih. Pengambilan minyak kelapa secara berterusan bermanfaat sebagai krim bagi mengurangkan lingkaran hitam yang tidak sedap dipandang itu!

#5 Melembabkan Kulit Kepala Kering

Salah satu masalah umum akibat hormon semasa kehamilan adalah kulit kepala kering. Jangan risau ya ibu, minyak kelapa dara boleh membantu anda mengatasi masalah ini.

Caranya adalah dengan menyapukan sedikit minyak kelapa dara pada kulit kepala anda dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya, bilas dengan air suam. 

Ini juga dapat menyihatkan kulit kepala dan membuatkan ia sentiasa lembab.

Betul Ke Ambil Minyak Kelapa Dara Semasa Hamil Memudahkan Bersalin? INI Penjelasan Pakar

#6  Merawat Kesan Regangan

Kehamilan dapat meninggalkan tanda dengan kehadiran stretch mark di beberapa bahagian tubuh seperti di perut, payudara, paha dan pinggul. Stretch mark terjadi akibat peregangan kulit dan otot-otot do sekitarnya untuk menampung bayi di dalam kandungan.

Sapuan minyak kelapa setiap hari sepanjang kehamilan dapat mencegah stretch mark kerana minyak melembabkan kulit dan meningkatkan kadar elastik kulit.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Para ibu harus ingat ya, setiap keadaan tubuh wanita semasa hamil adalah berbeza. Oleh itu, rujuk doktor mengenai penggunaan minyak kelapa dara semasa hamil. 

Semoga informasi ini bermanfaat. 

Boleh berkongsi tak tentang pengambilan minyak kelapa dara untuk bersalin?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Aulia Widia Putri dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comcara-buat-minyak-kelapa-dara

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Betul Ke Ambil Minyak Kelapa Dara Semasa Hamil Memudahkan Bersalin? INI Penjelasan Pakar
Kongsikan:
  • 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

    11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

  • 5 Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Bayi, Ia Menyihatkan Kulit & Merawat Ruam Lampin

    5 Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Bayi, Ia Menyihatkan Kulit & Merawat Ruam Lampin

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.