X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Aduh Sakitnya Payudara Bengkak Ketika Hamil! Boleh Tak Saya Pam Susu Sekarang?

3 min bacaan
Aduh Sakitnya Payudara Bengkak Ketika Hamil! Boleh Tak Saya Pam Susu Sekarang?Aduh Sakitnya Payudara Bengkak Ketika Hamil! Boleh Tak Saya Pam Susu Sekarang?

Boleh ke ibu pam susu ketika mengandung?

Semasa hamil, kebanyakkan wanita akan mengalami perubahan fizikal tubuh dan juga perubahan emosi. Ini membuatkan bakal ibu merasa khuatir apatah lagi apabila ia merupakan kehamilan yang pertama.

Selain kerap rasa loya, keletihan, sakit badan dan spotting, ada beberapa lagi simptom lain yang dialami oleh wanita berbeza. Selain merujuk doktor, para ibu pasti ingin berkongsi dan bertanyakan tentang keadaan yang mereka alami bersama ibu lain yang mungkin mengalami keadaan yang sama.

Ibu Hamil Mengalami Bengkak Susu

Aplikasi theAsianparent merupakan salah satu platform yang kerap digunakan oleh para ibu bapa untuk bertanyakan tentang kehamilan dan bayi. Salah seorang ahli komuniti ada bertanyakan tentang bengkak payudara ketika hamil, yang umumnya boleh berlaku semasa hamil tetapi boleh ke wanita hamil alami bengkak susu?

payudara bengkak ketika hamil

Soalan ini dikemukakan oleh seorang ibu yang menggunakan fungsi tanpa nama atau ‘anonymous’ dalam komuniti. Selalunya ahli komuniti akan menggunakan fungsi ini untuk bertanyakan soalan sensitif tetapi masih mahu berkongsi pendapat.

Persoalannya sekarang, bolehkah bengkak susu berlaku pada ibu hamil? Berikut penerangannya:

Sebelum bersalin, tubuh wanita secara semula jadi mula bersedia untuk menyusu. Pada masa ini, pembengkakan payudara dan juga kebocoran juga boleh berlaku ya, walaupun mungkin kelihatan seperti terlalu awal!

Keadaan ini tidak akan mengganggu keupayaan ibu untuk menyusukan bayi selepas bersalin. Selepas bayi dilahirkan, keadaan ini akan reda sendiri apabila ibu mula beri susu badan kepada si manja atau sekiranya susu kering.

Apa Yang Menyebabkan Payudara Bengkak Ketika Hamil?bengkak susu ketika hamil

Setelah bersalin, tubuh wanita secara semulajadi menghasilkan susu – ia adalah cara semula jadi untuk memastikan terdapat makanan yang tersedia untuk untuk bayi baru lahir. Jadi, walaupun ibu merancang untuk memberi susu formula, susu badan tetap akan terhasil secara semulajadi.

Rangsangan puting dari baju atau bra boleh menyebabkan susu keluar sendiri (letdown) dan letdown ini akan mencetuskan payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu. Malah, tangisan bayi juga boleh menyebabkan kebocoran susu ya!

Hebatnya tubuh wanita selepas melahirkan bayi kan?

Jangan Pam Sebelum Masanya!!!

Apabila berlaku bengkak payudara ketika hamil, ibu jangan sekali-kali pam susu walaupun payudara mengalami kebocoran susu. Ini kerapa stimulasi puting boleh mencetuskan kontraksi awal untuk bersalin walaupun si ibu dan bayi masih belum bersedia!

payudara sakit

Apa yang ibu boleh buat untuk redakan keadaan ini adalah dengan menggunakan pek sejuk, dengan meletakkan pada bahagian yang bengkak bagi mengurangkan rasa sakit.

Tetapi harus diingat ya ibu, tuam sejuk boleh dilakukan pada bila-bila masa namun elakkan melakukan tuam hangat apabila anda tidak menyusu kerana menyebabkan milk letdown dan penghasilan susu yang lebih banyak!

Cara Untuk Melegakan Payudara Bengkak

Pam susu atau ekspresi susu tangan (marmet) memang boleh melegakan tekanan yang berkaitan dengan pembengkakan payu dara selain menggalakkan pengeluaran susu. Tetapi ia tidak boleh sama sekali dilakukan semasa hamil.

Bagi wanita yang tidak menyusu, ibu boleh pakai bra dawai yang ketat untuk memberi tekanan dan mengurangkan rasa sakit. Elak rangsangan puting bagi memberi signal pada payudara yang pengeluaran susu tidak diperlukan.

melegakan payudara bengkak

sumber: Amazon

Sekiranya bayi menyusu, ibu boleh tuam hangat atau warm compresses sebelum menyusukan si manja untuk merangsang aliran susu dan melegakan kesakitan.  Seterusnya. tuam sejuk selepas selesai sesi penyusuan.

Semoga penjelasan ini bermanfaat! Ada soalan yang merunsingkan ibu ayah, jom berkongsi dengan parents lain di komuniti kami ya. 🙂

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Aduh Sakitnya Payudara Bengkak Ketika Hamil! Boleh Tak Saya Pam Susu Sekarang?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: ovuline

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

https://my.theasianparent.comsusu-badan-tersumbat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Aduh Sakitnya Payudara Bengkak Ketika Hamil! Boleh Tak Saya Pam Susu Sekarang?
Kongsikan:
  • Cara Hilangkan Bengkak Susu Yang Berkesan Tanpa Perlu Ubat, Ini Yang Ibu Kena Buat!

    Cara Hilangkan Bengkak Susu Yang Berkesan Tanpa Perlu Ubat, Ini Yang Ibu Kena Buat!

  • 5 Cara Cegah Payudara Bengkak Lepas Bersalin, Elak Jadi Nanah Hingga Terpaksa Dibedah!

    5 Cara Cegah Payudara Bengkak Lepas Bersalin, Elak Jadi Nanah Hingga Terpaksa Dibedah!

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Cara Hilangkan Bengkak Susu Yang Berkesan Tanpa Perlu Ubat, Ini Yang Ibu Kena Buat!

    Cara Hilangkan Bengkak Susu Yang Berkesan Tanpa Perlu Ubat, Ini Yang Ibu Kena Buat!

  • 5 Cara Cegah Payudara Bengkak Lepas Bersalin, Elak Jadi Nanah Hingga Terpaksa Dibedah!

    5 Cara Cegah Payudara Bengkak Lepas Bersalin, Elak Jadi Nanah Hingga Terpaksa Dibedah!

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.