Ramai ibu-ibu yang bersalin caesar menghadapi masalah untuk memulihkan bekas jahitan caesar dengan cepat malah ada yang menjadi semakin teruk, seperti jahitan terbuka!
Sejak dari tahun 1900 sehingga hari ini, terdapat peningkatan bilangan jumlah ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean. Data menunjukkan bahawa dalam tempoh sembilan tahun, kadar prosedur caesar telah meningkat daripada 32.2% pada tahun 2005 kepada 37.4% pada tahun 2014.
Trend ini telah meningkat secara konsisten dan membawa kepada lebih daripada 40% pada hari ini. Inilah sebabnya mengapa bakal-bakal ibu perlu mempersiapkan diri dengan ilmu mengenai caesarean degan membuat persediaan terbaik bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.
Sebab Ibu Perlu Melahirkan Bayi Menerusi Pembedahan
Kredit gambar: What To Expect
Prosedur caesarean melibatkan doktor membuat incision pada perut dan rahim ibu sebelum bayi dilahirkan. Terdapat banyak sebab perubatan mengapa bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan dan bukannya menerusi kelahiran semula jadi. Beberapa sebab ini termasuklah:
- Proses kelahiran yang terlalu lama – Jika bukaan rahim terlalu lambat, iaitu tidak terbuka pada kadar sekurang-kurangnya 0.5cm setiap jam dalam masa 4 jam, ia mungkin salah satu tanda bermasalah. Umumnya, proses kelahiran ini menjadi lambat tanpa sebarang sebab tertentu namun ia biasanya dikaitkan dengan posisi bayi, kontraksi yang lemah, dan saiz pelvik ibu yang kurang sesuai.
- Kedudukan abnormal bayi – Ini bermaksud ibu mengalami kehamilan songsang. Kepala bayi perlu berada di jalan kelahiran dari vagina namun jika bayi songsang, punggung bayi berada di laluan jadi lebih selamat jika doktor mengeluarkan bayi secara pembedahan.
- Kecacatan bayi – Ada bayi telah didiagnos dengan kecacatan kelahiran jadi untuk mengurangkan sebarang komplikasi ketika melahirkan, doktor menasihatkan ibu untuk menjalani prosedur kelahiran Caesar.
- Masalah kesihatan kronik ibu – Ada sesetengah ibu menghadapi masalah kesihatan kronik seperti darah tinggi, penyakit jantung dan diabetes yang boleh menyebabkan kelahiran secara normal berisiko.
- Tulang pelvik kecil – Bersalin secara normal turut dipengaruhi pada kelebaran tulang pelvik (tulang pinggul) si ibu. Jika punggung besar (disebabkan daging) namun rangka tulangnya adalah kecil, masih si ibu akan menghadapi masalah dalam melahirkan anak secara normal kerana kepala bayi sukar melepasi laluan kelahiran yang boleh menyebabkan bayi lemas.
5 Item Penting Perlu Ada Untuk Pulihkan Bekas Jahitan Caesar
Prosedur caesarean ialah pembedahan invasif utama dan pemulihan akan mengambil masa antara 4 hingga 6 minggu bergantung kepada individu.
Dalam tempoh itu, amat penting untuk ibu menyembuhkan badan dengan penjagaan yang betul, menjaga tidur, menjaga pemakanan, penghidratan, dan kesejahteraan mental yang akan menyumbang kepada pemulihan yang lebih cepat dan lancar.
Kami telah menyenaraikan beberapa item yang mesti ada jika anda adalah ibu yang perlu menjalani pembedahan melahirkan bayi :
5 Item Perlu Ada Untuk Pulihkan Bekas Jahitan Caesar
 | UpSpring C-Panty Caesar Recovery Panty Terbaik seluar dalam selepas bersalin Caesar |  | View Details | Beli di Shopee |
 | UpSpring Shrinkx Belly Postpartum Belly Wrap Terbaik bengkung bersalin Caesar |  | View Details | Beli di Shopee |
 | ScarAway Advanced Skincare Silicone Scar Sheets For C-Section Terbaik plaster penyembuhan parut bersalin caesar |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Motherlove C-Section Cream Terbaik krim penyembuhan parut bersalin Caesar |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Ergobaby Natural Curve Nursing Pillow - Terbaik bantal menyusu bersalin Caesar |  | View Details | Beli di Lazada |
UpSpring C-Panty C-Section Recovery Panty
Terbaik seluar dalam selepas bersalin untuk bekas jahitan caesar

Dicipta khas untuk penyembuhan bekas jahitan caesar, UpSpring C-Panty sesuai untuk dipakai sejurus selepas bersalin. Direka oleh pasukan pakar perubatan dan ibu yang telah bersalin Caesar 3 kali, seluar dalam ini telah dicuba, diuji dan sangat dipercayai oleh ramai ibu.
Mampatan gred perubatannya mengurangkan bengkak dalam keadaan yang selesa dan dalam masa yang sama dapat mengembalikan anda kepada bentuk badan anda sebelum hamil.
Panel yang diperbuat daripada 100% silikon meningkatkan kadar penyembuhan parut dan mengurangkan kegatalan, kesakitan dan ketidakselesaan. C-Panty direka bentuk supaya tiada apa-apa yang akan bersentuhan dengan kawasan jahitan anda, sekali gus dapat melindunginya. Ibu akan dapat kekal aktif tanpa bimbang akan memburukkan lagi luka yang hampir sembuh.
Untuk membersihkan C-Panty, cukup sahaja dengan masukkan ke dalam mesin basuh pada mod delicate atau basuh dengan tangan. Ibu boleh menggunakannya sehingga 12 bulan jika dijaga dengan betul.
Apa yang kami suka :
- Mampatan gred perubatan
- Panel diperbuat daripada 100% silikon
- Mudah dibasuh
UpSpring Shrinkx Belly Postpartum Belly Wrap
Terbaik bengkung bersalin untuk bekas jahitan caesar

Ucapkan selamat tinggal kepada bengkak dan perut buncit dengan teknologi mampatan tiga kali ganda sambil melakukan keajaiban pada pinggang anda! Bengkung ini juga boleh membantu menyokong otot perut dan belakang anda yang mungkin lemah semasa prosedur pembedahan caesar.
Ia diperbuat daripada 40% polister, 24% getah, 16% rayon yang diperbuat daripada arang buluh, 14% nilon, dan 6% rayon. Gabungan bahan yang ringan dan bebas lateks ini membantu anda sembuh tanpa rasa gatal-gatal dan kerengsaan kulit. Teknologi gentian arang buluh berfungsi bersama-sama dengan teknologi mampatan tiga kali ganda untuk menghapuskan cecair berlebihan selepas melahirkan anak.
Ia mudah dibersihkan, hanya basuh dalam air sejuk dan keringkan sahaja.
Ibu boleh memakainya sejurus selepas bersalin jika sudah bersedia. Jika ibu bimbang, boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat tentang bila boleh mula memakai bengkung. Pakai seberapa lama yang disyorkan, pada waktu siang dan malam untuk hasil yang terbaik.
Apa yang kami suka :
- Teknologi tiga kali mampatan
- Selesa pada kulit
- Mudah dibasuh
- Mudah laras
ScarAway Advanced Skincare Silicone Scar Sheets For C-Section
Terbaik plaster penyembuhan parut bersalin Caesar

Kurangkan penampakan parut jahitan anda dengan produk ini. Dengan teknologi canggih dan silikon gred perubatan, hasilnya boleh dilihat dalam masa beberapa minggu sahaja!
Untuk hasil yang optimum, gunakan selama sekurang-kurangnya 12 minggu. Plaster ini lembut, ringan, dan direka bentuk untuk berfungsi seperti kulit. Ini dapat memberikan penghalang tambahan kepada perlindungan dan menghilangkan parut tanpa gangguan daripada perengsa yang berpotensi terkena pada kulit.
Plaster ini juga tahan lama, padat pada kulit dan tidak bergulung semasa penggunaannya. Apa yang menarik, ia boleh diguna semula, hanya basuh dan guna semula sehingga dua minggu setiap helai. Setiap pek disertakan dengan empat helaian, yang boleh bertahan kira-kira dua bulan.
Cara penggunaannya sangat mudah seperti menggunakan plaster luka biasa. Ia juga berkesan pada parut lama, untuk parut berusia sehingga lima bulan.
Apa yang kami suka :
- Silikon gred perubatan
- Tahan lama
- Mudah digunakan
Motherlove C-Section Cream
Terbaik krim penyembuhan parut bersalin Caesar

Dirumus khas untuk ibu bersalin caesar, produk ini menggunakan ramuan organik yang diperakui USDA untuk membantu menyembuhkan parut ibu.
Beberapa bahan termasuklah daun rosemary, ekstrak bunga calendula, lilin lebah, mentega shea membantu mengurangkan keradangan, menggalakkan penghasilan kolagen untuk penyembuhan dan mengurangkan tisu parut.
Ia selamat pada kulit, krim ini juga bebas paraben, bebas soya dan bebas gluten. Ia juga bebas ujian pada haiwan bentuk bebas.
Untuk hasil yang optimum, urut krim perlahan-lahan ke kawasan bekas jahitan caesar yang telah dibersihkan sebanyak 3 kali sehari.
Apa yang kami suka :
- Organik
- Bebas iritasi
- Mesra alam
Ergobaby Natural Curve Nursing Pillow
Terbaik bantal menyusu bersalin Caesar

Menyusu beberapa kali sehari selepas pembedahan boleh membawa kesan yang serius pada badan anda. Mempunyai bantal menyusu akan membantu anda mengurangkan tekanan fizikal dengan ketara supaya anda boleh sembuh dan selesa semasa menjaga bayi anda.
Ergobaby Natural Curve Nursing Pillow menjaga postur anda dan mengurangkan tekanan pada badan anda semasa anda menjaga si kecil. Pada asasnya, bantal ini dapat mendukung bayi pada ketinggian optimum untuk penyusuan supaya anda tidak bongkok. Ia juga menyokong kepala bayi untuk menghalang rasa senak, gas dan refluks asid.
Bantal ini menawarkan pelbagai posisi penyusuan supaya mama boleh mencari posisi yang membentuk hubungan terbaik antara ibu dan bayi semasa menyusu. Struktur kukuh bantal mengekalkan bentuknya dari semasa ke semasa supaya ia boleh digunakan dengan pelbagai fungsi.
Membersihkan juga mudah, tanggalkan sarung dan cuci sahaja.
Apa yang kami suka :
- Menggalakkan postur yang baik
- Dapat menyokong bayi ketika menyusu badan atau botol
- Fungsi pelbagai
- Mudah dibasuh
Perbandingan Harga Barang Perlu Ada Untuk Pulihkan Bekas Jahitan Caesar
Barang |
Harga |
UpSpring C-Panty C-Section Recovery Panty |
RM190.73 |
UpSpring Shrinkx Belly Postpartum Belly Wrap |
RM249.90 |
ScarAway Advanced Skincare Silicone Scar Sheets For C-Section |
RM159 |
Motherlove C-Section Cream |
RM89.90 |
Ergobaby Natural Curve Nursing Pillow |
RM399 |
Ibu Bersalin Caesar Elak Buat Perkara Ini Demi Bekas Jahitan Caesar

- Membongkok ke bawah – Minta pertolongan orang di sekeliling untuk mengambil barang yang ingin dicapai di bawah. Bekas jahitan caesar lambat sembuh jika terlalu banyak membongkok.
- Bersin, batuk dan ketawa – Jika perlu, bersin, batuk dan ketawa secara perlahan untuk elakkan tekanan pada perut.
- Makanan sukar hadam – Elakkan dahulu makanan yang boleh buat anda sembelit! Banyakkan minum air, makan sayur-sayuran dan mengambil vitamin C untuk mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam.
- Angkat benda berat – Hindari bawa benda berat walaupun bayi anda sendiri. Minta tolong pasangan atau ahli keluarga anda jika tidak mahu jahitan anda terbuka!
- Pakai pakaian ketat – Pakaian ketat melambatkan proses penyembuhan jahitan caesar. Pakai pakaian longgar untuk memberi lebih ruang kepada perut.
- Baring sahaja – Tidak melakukan sebarang kerja bukan bermakna anda hanya perlu baring sahaja! Ini boleh menyebabkan penggumpalan darah di pembuluh darah yang boleh menyebabkan darah beku, jadi elakkannya dengan berjalan perlahan-lahan dengan alat sokongan.
- Tak mandi – Ramai ibu caesar takut nak mandi, bimbang terkena luka. Tapi jika tak mandi, badan mama pasti tak selesa kan? Mama boleh mandi tetapi dengan syarat keringkan segera bahagian bekas jahitan caesar itu.
Ibu tidak perlu membandingkan antara bersalin normal atau Caesar memandangkan kedua-duanya bertujuan untuk mengurangkan risiko kelahiran yang tidak selamat. Apa yang paling penting adalah, bayi dapat dilahirkan dengan selamat dan ibu masih dapat melalui proses kelahiran dengan baik.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua ibu-ibu hebat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Tip Untuk Pembedahan Caesarean Yang Lebih Selamat
Baca juga: 6 Mitos Tentang Pembedahan Caesarean Yang Terbukti Salah Dan Tak Patut Dipercayai!
Baca juga: 10 Perkara Dilalui Ibu Ketika Bersalin Czer, Terbukti Anda Ibu Yang Berani…