X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Cara Mengecilkan Perut Buncit Selepas Pembedahan Caesarean - Mudah Sahaja Tapi Perlukan Disiplin Tinggi!

3 min bacaan
Cara Mengecilkan Perut Buncit Selepas Pembedahan Caesarean - Mudah Sahaja Tapi Perlukan Disiplin Tinggi!Cara Mengecilkan Perut Buncit Selepas Pembedahan Caesarean - Mudah Sahaja Tapi Perlukan Disiplin Tinggi!

Untuk mereka yang bersalin secara pembedahan caesarean, ada beberapa cara mengempiskan perut yang boleh anda cuba di rumah. Ianya mudah tetapi memerlukan disiplin diri yang tinggi!

Bagi para ibu yang melalui proses bersalin secara pembedahan caesarean, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dan pelbagai cara mengecilkan perut buncit anda mahu cuba.

Selepas pembedahan, hanya bahagian tengah perut kita sahaja yang mengempis. Jadi, bagaimana untuk mendapatkan semula bentuk tubuh dan perut yang asal?

Di sini, kami akan kongsikan dengan anda cara mengecilkan perut buncit selepas pembedahan caesarean! Mungkin anda boleh mempraktikkannya di rumah.

Cara-Cara Untuk Mengecilkan Perut Buncit Selepas Pembedahan Caesarean

1# Cara mengecilkan perut buncit: Amalkan Postur Badan yang Betul

cara mengecilkan perut buncit

Kredit: Freepik

Ini merupakan satu cara mengecilkan perut buncit selepas pembedahan caesarean untuk jangka panjang. Kesannya tidak dapat dilihat segera namun jika diamalkan, anda akan perasan yang bentuk badan anda akan kelihatan semakin sempurna.

Menurut seorang jururawat terlatih, Meralyn Abad yang mempunyai tiga orang anak, dia mengamalkan postur badan yang betul ketika duduk dan berdiri. Dia selalu memastikan yang dia berdiri dan duduk dengan perutnya dalam keadaan tegang. Malah dia turut memakai bengkung perut!

Ramai juga para pelatih fitness di luar sana yang menyarankan postur duduk yang betul. Selepas ini, jika anda duduk-duduk di sofa, pastikan anda tidak duduk dalam keadaan bermalasan. Duduk tegak. Kalau tidak, anda akan perasan yang garisan pada perut anda akan kelihatan semakin jelas akibat postur badan yang tidak betul!

Baca juga: 6 perubahan pada tubuh badan ini petanda anda sebenarnya sakit!

2# Cara mengecilkan perut buncit: Diet Mengecilkan Perut yang Betul

cara mengecilkan perut buncit

Kredit: Freepik

Lagi satu cara yang perlu anda lakukan untuk mengempiskan perut selepas pembedahan caesarean adalah dengan mengamalkan gaya pemakanan yang betul.

Dengan mengurangkan pengambilan kalori, ia akan sedikit sebanyak membantu mengurangkan lemak di bahagian perut anda selepas pembedahan c-seksyen! Banyakkan makan sayur, buah-buahan, dan sumber protein.

3# Senaman Kardio Khas untuk Bahagian Perut

Cara Mengecilkan Perut Buncit Selepas Pembedahan Caesarean - Mudah Sahaja Tapi Perlukan Disiplin Tinggi!

Kredit: Pexels

Terdapat beberapa jenis senaman kardio yang bertujuan khas untuk mendapatkan perut yang kempis. Ianya membentuk otot di bahagian abdomen anda dan membantu mengurangkan lemak pada bahagian tersebut.

Antara contoh latihan senaman mudah yang boleh anda lakukan untuk mengempiskan perut selepas pembedahan caesarean adalah seperti berikut:

  • Duduk di atas kerusi
  • Angkat kaki anda setinggi lebih kurang 4 inci dari aras lantai dan tarik perut anda ke dalam
  • Kekal berada dalam posisi ini dalam kiraan 10
  • Ulang selama seminit

Anda boleh mencuba latihan yang sangat mudah ini setiap hari dan lihat sendiri keberkesanannnya!

Bilakah Masa Terbaik untuk Anda Mula Bersenam?

Cara Mengecilkan Perut Buncit Selepas Pembedahan Caesarean - Mudah Sahaja Tapi Perlukan Disiplin Tinggi!

Kredit: Pexels

Jika anda baru sahaja menjalani pembedahan c-seksyen, anda tidak digalakkan untuk terus melakukan pergerakan berat. Ianya akan membawa mudarat kepada bekas pembedahan dan bahagian dalaman badan anda.

Menurut Dr. Aurora Lopez, seorang ObGyn dari Hospital Bethany, proses penyembuhan selepas pembedahan selalunya mengambil masa lebih kurang enam minggu.

Dia menyarankan anda untuk melakukan senaman ringan seperti tekan tubi atau sit-ups dua bulan selepas pembedahan.

Selepas tempoh pemulihan ini, bolehlah anda mencuba langkah senaman untuk perut yang lebih mencabar seperti yang ditunjukkan dalam video demo di bawah ini.

Yang paling penting, dapatkan nasihat daripada doktor anda sekiranya anda berasa sakit selepas melakukan senaman. Takut-takut anda terlebih buat atau melakukannya dengan cara yang salah.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Kurus Lepas Bersalin Minum Kopi Sekali Sehari, Hilang 40kg!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Senaman
  • /
  • Cara Mengecilkan Perut Buncit Selepas Pembedahan Caesarean - Mudah Sahaja Tapi Perlukan Disiplin Tinggi!
Kongsikan:
  • 7 Cara Kempiskan Perut Yang Mudah & Praktikal Menurut Nasihat Doktor

    7 Cara Kempiskan Perut Yang Mudah & Praktikal Menurut Nasihat Doktor

  • 5 Makanan & Senaman Untuk Kempiskan Perut Suami Boroi Lepas Kahwin

    5 Makanan & Senaman Untuk Kempiskan Perut Suami Boroi Lepas Kahwin

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • 7 Cara Kempiskan Perut Yang Mudah & Praktikal Menurut Nasihat Doktor

    7 Cara Kempiskan Perut Yang Mudah & Praktikal Menurut Nasihat Doktor

  • 5 Makanan & Senaman Untuk Kempiskan Perut Suami Boroi Lepas Kahwin

    5 Makanan & Senaman Untuk Kempiskan Perut Suami Boroi Lepas Kahwin

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.