X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Apa Yang Berlaku Jika Anda Alami Koyakan Tahap 4 Masa Bersalin?

4 min bacaan
Apa Yang Berlaku Jika Anda Alami Koyakan Tahap 4 Masa Bersalin?

Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana jika ibu bersalin alami koyakan tahap 4 pada perineum ketika bersalin? Ini yang anda perlu tahu.

Gerun bunyinya bila sebut koyak. Tapi hakikatnya itulah yang akan berlaku pada ibu-ibu bersalin. Ada beberapa tahap koyakan yang mungkin berlaku. Tapi jika tahap 4, apa yang ibu akan alami dan mungkin rasa? Apakah maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Tahap 4 koyakan bersalin boleh berlaku jika...
  • Siapa yang akan alami koyakan teruk sesama bersalin?
  • Cara mengelak koyakan tahap 4 ketika bersalin
  • Siapa yang akan alami koyakan teruk semasa bersalin?

Apa yang ibu hami perlu tahu, tak semestinya anda akan alami koyakan yang sama kerana setiap wanita itu pasti akan melalui pengalaman bersalin yang berbeza-beza.

Malah ada yang langsung tidak alami sebarang koyakan. Tapi biasanya bagi yang baru pertama kali melahirkan anak, mereka akan alami koyakan atau doktor akan membuat belahan episiotomi bagi mengelak koyakan yang lebih besar berlaku pada bahagian perineum ibu bersalin.

Tahap 4 koyakan bersalin boleh berlaku jika...

Tahap 4

Terdapat empat tahap koyakan bersalin. Yang paling dalam dan besar adalah tahap empat kerana ia melibatkan sehingga kawasan dubur. 

Jadi apa yang akan menyebabkan ibu mengalami koyakan tahap 4 ketika bersalin?

Anda lebih berisiko untuk koyak tahap ketiga atau keempat jika:

  • Ia adalah kelahiran normal pertama anda
  • Anda bersalin secara normal tetapi menggunakan bantuan forceps atau vakum
  • Anda melahirkan bayi yang besar (lebih lapan paun, 13 auns, atau empat kilogram)
  • Anda bersalin dengan bantuan induce
  • Anda mengalami tahap kedua bersalin yang berpanjangan (bukaan serviks anda berpanjangan dan mengambil masa panjang untuk cukup 10 cm)
  • Bahu anak anda tersangku di bahagian belakang tulang kemaluan anda
  • Bayi anda berada dalam kedudukan occiput posterior (OP) yang berterusan (di mana kepala berada di bawah dan anak menghadap perut anda)

Siapa yang akan alami koyakan teruk semasa bersalin?

Tahap 4

Ia tidak boleh ditentukan kerana perkara ini ada kaitannya dengan anatomi pesakit iaitu bentuk badan dan bahagian lain termasuklah fisiologi, atau kebolehan meregangkan kulit dan otot.

Ia sangat subjektif dan bergantung kepada individu. Anda tidak boleh meramalkan dengan ketepatan 100 peratus siapa yang akan koyak dan siapa yang tidak.

Menurut Kirstyn Richards, ahli fisioterapi kesihatan pelvik di Moss Postpartum House di Calgary, beliau menyatakan bahawa ramai wanita mempunyai lantai pelvis hipertonik, yang bermaksud bahawa otot terlalu ketat dan tidak dapat berehat, yang boleh meningkatkan risiko koyak.

Jika anda mengalami sakit semasa hubungan intim, sakit semasa memasukkan tampon atau sakit belakang bahagian bawah yang kronik, ia boleh menjadi tanda lantai pelvis yang ketat. 

Cara mengelak koyakan tahap 4 ketika bersalin

Tahap 4

Tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan koyakan tahap ketiga dan keempat kerana terdapat banyak faktor di luar kawalan anda, termasuk saiz bayi anda dan anatomi anda. Namuna ada beberapa perkara boleh dilakukan untuk mengelakkannya. Ia termasuklah:

#1. Berjumpa fisioterapi

Namun, berjumpa ahli fisioterapi kesihatan pelvis pada bulan-bulan sebelum bersalin boleh membantu dengan melakukan senaman yang berguna untuk mengurangkan kemungkinan koyakan tahap pertama dan kedua dan meningkatkan pemulihan selepas bersalin, tidak kira betapa teruknya koyakan itu.

#2. Belajar pernafasan

Belajar teknik pernafasan ketika meneran akan membantu anda mengelak koyakan teruk pada faraj anda. Pernafasan yang betul penting untuk membantu anda meneran dengan baik. 

#3. Kedudukan bersalin

Anda perlu belajar tentang kedudukan bersalin yang ideal. Kedudukan tertentu menutup saluran masuk pelvis dan menyukarkan bayi untuk keluar. 

#4. Urutan perineum

Anda perlu mengamalkan urutan perineum dan regangan. Elakkan sebarang minyak dan krim untuk jenis urutan ini.

#5. Lakukan senaman

Pakar juga sangat mengesyorkan kehamilan aktif yang merangkumi sekurang-kurangnya 30 minit senaman, seperti berjalan kaki lima kali seminggu dan senaman kegel yang kerap.

Walaupun aktiviti ini mungkin tidak menghalang koyakan, ia akan mengurangkan masa anda bersalin dan membantu anda pulih lebih cepat jika anda mengalami koyakan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ajar Anak Hafal Sifir Guna Kaedah Gigi, Cikgu Sekolah Pun Guna Cara Berkesan Ini!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Baca juga: Resepi Perapan Ayam Bakar Lazat Untuk Ibu Berpantang, Tidak Berminyak & Berkhasiat

Baca juga: Anak 6-10 Tahun Tiba-Tiba Ada Tabiat Kenyit Mata Berulang Kali, Buat Bunyi Pelik...Dia Mungkin Alami Gangguan Tics

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Apa Yang Berlaku Jika Anda Alami Koyakan Tahap 4 Masa Bersalin?
Kongsikan:
  • 13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

    13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

  • Anda Alami Demam Dalam Pantang? Ini Tanda-Tanda PENTING Ibu Perlu Peka Jika Alami Bentan!

    Anda Alami Demam Dalam Pantang? Ini Tanda-Tanda PENTING Ibu Perlu Peka Jika Alami Bentan!

  • 8 Barang Keperluan Bersalin Buat Ibu, Jangan Membazir Beli Yang Penting Sahaja Dulu!

    8 Barang Keperluan Bersalin Buat Ibu, Jangan Membazir Beli Yang Penting Sahaja Dulu!

  • 13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

    13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

  • Anda Alami Demam Dalam Pantang? Ini Tanda-Tanda PENTING Ibu Perlu Peka Jika Alami Bentan!

    Anda Alami Demam Dalam Pantang? Ini Tanda-Tanda PENTING Ibu Perlu Peka Jika Alami Bentan!

  • 8 Barang Keperluan Bersalin Buat Ibu, Jangan Membazir Beli Yang Penting Sahaja Dulu!

    8 Barang Keperluan Bersalin Buat Ibu, Jangan Membazir Beli Yang Penting Sahaja Dulu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.