TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Benarkah Proses Melahirkan Anak Kedua Dikatakan Lebih Mudah Berbanding Pertama?

4 min bacaan
Benarkah Proses Melahirkan Anak Kedua Dikatakan Lebih Mudah Berbanding Pertama?

Apabila disahkan hamil sekali lagi, ibu pastinya berasa agak berdebar dan risau. Namun tahukah anda bahawa anak kedua dikatakan lebih mudah bersalin?

Setiap wanita bergelar ibu mengakui bahawa proses melahirkan bayi disertai dengan pelbagai perasaan. Ada yang mudah bersalin dan ada juga terpaksa berdepan beberapa komplikasi ketika awal kehamilan sehinggalah bayi keluar dari rahim.

Namun begitu rata-rata menyatakan bahawa kelahiran anak pertama atau sulung adalah sedikit sukar dan lebih sakit. Mungkin sahaja pada waktu itu anda masih tidak mempunyai pengalaman dan teknik bersalin dengan betul.

Mudah bersalin anak kedua berbanding sulung

mudah bersalin anak kedua

credit to sources

Sebaik sahaja menyedari diri sudah berbadan dua, anda mungkin merasai debaran dan tertanya-tanya bagaimanakah proses kelahiran untuk kali kedua ini. Kebiasaannya, ramai ibu mengatakan bahawa proses melahirkan anak kedua lebih mudah dari persediaan fizikal dan mental.

Tidak dinafikan bahawa setiap kelahiran anak itu adalah berbeza-beza dan tidak akan sama. Sekiranya proses kelahiran sebelum ini agak sukar serta mencabar, tapi untuk pengalaman seterusnya ini anda mungkin berdepan saat bersalin yang lebih mudah.

Bukan itu sahaja, proses melahirkan bayi juga dikatakan lebih cepat serta mudah bagi kelahiran kedua dan seterusnya ini. Malahan pada peringkat awal proses kelahiran (latent labour), akan lebih cepat dan kekerapan sakit kontraksi menjadi pantas dalam tempoh yang singkat.

Jadi ibu-ibu mungkin perlu menentukan tempat bersalin secara lebih awal berbanding dengan kelahiran anak sulung dahulu. Melainkan jika anda menjalani pembedahan C-section untuk anak pertama, proses bersalin normal yang melibatkan aktiviti meneran akan menjadi lebih singkat.

Hal ini kerana keadaan otot dan faraj dipercayai telah merenggang sebelumnya, sekaligus menyebabkan tempoh waktu bersalin adalah kurang daripada 12 jam. Namun bagaimana pula jika sebelum ini proses bersalin anda berjalan dengan cepat dan mudah, adakah perkara yang sama turut terjadi ketika melahirkan anak kedua?

Jawapannya adalah sudah semestinya, ibu jangan bimbang kerana waktu bersalin anak kedua dan seterusnya kebanyakan wanita melalui prosesnya dalam tempoh masa lebih singkat.

Cara mengawal sakit kontraksi ketika bersalin

tips mudah bersalin

credit to sources

Sekiranya ketika kelahiran anak sulung ibu tidak mengalami kesakitan yang melampau, ia bermakna anda sudah mengetahui teknik dalam mengendalikan sakit kontraksi dengan betul.

Bagi kehamilan kedua ini, anda pastinya akan berasa lebih yakin dan berani dalam mengawal kesakitan melahirkan bayi menggunakan cara yang sama. Walaupun anda berdepan kesukaran ketika bersalin sebelum ini, namun sekurang-kurangnya kini ibu sudah mengetahui persediaan apakah yang perlu dilakukan.

Misalnya, ibu boleh belajar tentang teknik pernafasan yang sesuai dan juga cara meneran bayi dengan lebih baik. 

Apabila berada dalam trimester terakhir dan menghampiri detik untuk bersalin, pastinya rasa kontraksi adalah sama kerana proses melahirkan bayi bukanlah semudah yang disangka.

Dalam hal ini, kebanyakan ibu hamil mengatakan bahawa mereka dapat mengatasinya dengan lebih baik kerana diri sudah mampu menjangkakan dan melakukan persediaan sebaiknya.

Walaupun begitu setiap ibu yang mengandungkan bayi kedua atau seterusnya, anda hendaklah sentiasa bersedia kemungkinan proses kelahiran menjadi lebih mencabar berbanding sebelumnya.

Fakta mengenai proses kehamilan kali kedua

mudah beranak

credit to sources

#1. Pengalaman yang dilalui berbeza

Setiap anak adalah berbeza, begitu jugalah dengan proses melahirkannya. Tiada siapa yang dapat menjangkakan apa yang akan berlaku. Namun percayalah kebanyakan ibu sebenarnya sudah bersedia bagi melahirkan anak kedua.

Hal ini kerana perjalanan menjadi seorang ibu telahpun anda lalui dengan berjaya ketika bersama cahaya mata pertama, sudah semestinya anda sudah lebih yakin untuk menempuhnya sekali lagi dengan baik.

#2. Tempoh bersalin yang singkat

Purata proses melahirkan bayi yang sulung biasanya memakan masa sehingga 18 jam. Namun bagi kelahirkan kali kedua ini mungkin ia menjadi lebih pendek, iaitu hanya sekitar 8 jam sahaja.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Setiap wanita akan melalui proses bersalin yang berbeza dan rata-ratanya mengakui bahawa bersalin anak kedua adalah lebih cepat. Justeru anda tidak perlu berasa bimbang lagi!

Hal ini kerana otot dan ligamen lebih bertenang dan bersedia kerana ia sudah diregangkan ketika kelahiran sebelum ini. Kesannya, bayi akan keluar dengan lebih mudah dan serviks turut terbuka dengan cepat.

Sumber: Motherly

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkebaikan-senaman

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Benarkah Proses Melahirkan Anak Kedua Dikatakan Lebih Mudah Berbanding Pertama?
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham