TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Berhenti Mengata Ibu Bersalin Caesar, Ia Bukan Pilihan Tapi Pengorbanan Terbesar Kaum Isteri

4 min bacaan
Berhenti Mengata Ibu Bersalin Caesar, Ia Bukan Pilihan Tapi Pengorbanan Terbesar Kaum Isteri

Pantang bersalin caesar selalu jadi umpatan orang sekeliling termasuklah kaum wanita sendiri. Doktor tampil minta masyarakat ubah mentaliti

Dihina dan disindir, itulah dilema yang perlu dihadapi oleh para ibu bersalin secara pembedahan. Lebih menyedihkan lagi ramai tidak sedar bahawa pantang bersalin caesar memerlukan masa hingga bertahun untuk pulih.

Kebanyakan orang menganggap bersalin secara pembedahan ini, kesakitannya tidak seteruk sakit bersalin secara normal. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pantang bersalin caesar dijadikan isu, doktor luah rasa kecewa
  • Kesan dari pembedahan, perlukan lebih masa untuk sembuh
  • Cara pantang bersalin caesar yang ibu perlu tahu

Dua kaedah bersalin ini sentiasa dibuat perbandingan, itulah yang kerap kali terjadi. Bahkan sehingga ke hari ini, mentaliti sebegini masih lagi kekal wujud. 

Pantang bersalin caesar dijadikan isu, doktor luah rasa kecewa

Menjawab persoalan ini, ikuti perkongsian oleh Dr. Sandra Raman yang cukup pantang bersalin caesar ini dijadikan sebagai satu isu dan juga dipertikaikan.

pantang bersalin caesar jadi isu

“Tak kisahlah lahir caesar ke, normal ke, vakum ke, forcep ke semua adalah wanita itu berkorban bertarung nyawa nak melahirkan seorang anak itu.

Korang tau tak, tuhan buat tu deliver normal dari bawah, sakit macam mana pun, koyak macam mana pun nanti dia akan sembuh natural, yang ketat balik pun natural juga.

Tapi kalau nak caesar tahu tak caesar itu adalah salah satu pembedahan yang major untuk seorang wanita dan boleh menyebabkan kematian.

Bukannya dibius penuh, masih boleh rasa semua sakit bila tarik bayi keluar, masih boleh rasa bila nurse diri di atas cuba nak tolak bayi dalam perut sebab bayi itu berat semua rasa.”

Kesan dari pembedahan, perlukan lebih masa untuk sembuh

pantang bersalin caesar kesan

Dr. Sandra Raman juga berkata kesan yang dialami oleh wanita yang melahirkan anak secara caesar mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding dengan wanita yang bersalin secara normal.

“Tahu tak sakit nak lega dari operation itu macam mana? Dia punya scar atau parut itu bawa sampai mati. Ada yang sakit perut atau dipanggil additional colic, belum tambah lagi dengan ada sakit pinggang, sakit belakang, perut gelebeh, buat exercise macam mana pun akan flat sekejap sahaja dan jadi balik.

Tahu tak betapa susahnya dia? Lepas bersalin normal semua akan kembali okay dalam tempoh sebulan tapi kalau caesar akan bawa sampai mati.

Belum tambah lagi boleh bau kulit atau daging bila kena cautery (benda untuk stopkan pendarahan) macam BBQ, belum lagi kalau ada komplikasi.” Ujarnya dengan tegas.

Mengakhiri videonya itu, Dr. Sandra juga meninggalkan pesanan :

“So please belajar educate diri sendiri especially untuk husband-husband tolonglah sayang isteri, jangan compare dengan ibu ke nenek ke.

Jangan berani rendahkan wanita yang caesar!”

Cara pantang bersalin caesar yang ibu perlu tahu

Berbeza dengan bersalin normal, cara pantang bersalin secara pembedahan adalah berbeza dan lebih berdisiplin. Ibu perlulah :

  • Rehat dengan secukupnya. 
  • Jangan angkat benda berat.
  • Setiap kali anda ingin bersin atau batuk, pastikan anda menahan bahagian perut supaya luka caesar tidak terbuka dan untuk kurangkan sakit.
  • Amalkan pemakanan yang sihat. Ambil vitamin C dan lebihkan sumber protein untuk penyembuhan luka yang cepat.
  • Pastikan luka caesar sentiasa bersih dan kering.
  • Elakkan memakai pakaian yang ketat dan menutup bahagian luka dan menyebabkan berpeluh.
  • Sentiasa cuci luka dengan kerap.
  • Jika demam, luka menjadi bengkak dan kemerah-merahan, terbuka atau keluar cecair di bahagian luka segera berjumpa doktor.

Pembedahan caesar adalah alternatif untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi. Ianya bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuat oleh para doktor mahu pun ibu. Terdapat pelbagai risiko dan komplikasi yang akan terjadi ke atas ibu dan juga bayi. 

Oleh itu, sebagai manusia yang mempunyai kebaikan hati, usahlah memandang serong kepada ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anaknya. Walau apa pun pilihan yang dibuat, cuba fahami dan sentiasa hormati. Usahlah dibanding-bandingkan.

Lily Latif II

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Lengkap Buah-Buahan Ibu Berpantang Boleh Makan & Perlu Elak Sebaik Mungkin

Baca juga: Penutup Pantang: Jangan Ambil Mudah, Para Ibu Wajib Ambil Tahu

Baca juga: Ini Yang Berlaku Pada Bayi Ketika Dalam Perut & Selepas Lahir, Proses Yang Begitu Unik

Stories Rakan Kongsi
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nur Syazwani

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Berhenti Mengata Ibu Bersalin Caesar, Ia Bukan Pilihan Tapi Pengorbanan Terbesar Kaum Isteri
Kongsikan:
  • Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
    Stories Rakan Kongsi

    Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
    Stories Rakan Kongsi

    Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham