Petua Semula Jadi Buat Ibu Yang Hadapi Masalah Parut Keloid Selepas Bersalin Caesar

Petua Semula Jadi Buat Ibu Yang Hadapi Masalah Parut Keloid Selepas Bersalin Caesar

Malu bila timbul parut keloid atas perut? Jangan risau anda boleh merawatnya dengan tiga bahan semula jadi ini.

Prosedur kelahiran secara caesarean semakin meningkat setiap tahun sehingga kebanyakan ibu mengadu berdepan masalah timbulnya parut keloid yang boleh menjejaskan keyakinan diri. 

Bahkan, ia juga berupaya mempengaruhi keadaan emosi dan mental seseorang. Keloid dikenali sebagai jaringan parut pada bekas luka jelas kelihatan melebihi ukuran luka yang ada sebelumnya.

Bentuk parut keloid yang sering terjadi

parut selepas bersalin caesar

credit to sources

Sering kali masalah ini muncul secara perlahan-lahan iaitu dalam waktu 3 hingga 12 bulan, bahkan bertahun-tahun. Pada awalnya, ia berwarna berwarna merah muda dan lama kelamaan ungu. Seiring berjalannya waktu, keloid dapat berubah warna menjadi lebih gelap.

Apabila disentuh, parut keloid ini terasa lebih lembut dan licin jika dibandingkan dengan kulit di sekitarnya. Ia turut terasa padat, kadang-kala ia mungkin membuatkan ibu berasa tidak selesa dan gatal.

Dipetik dari laman Healthline, ia tidak membahayakan kesihatan tubuh. Anda akan rasa nyeri ketika ditekan atau iritasi akibat gesekaan pada pakaian.

Namun, jangan terlalu khuatir kerana terdapat beberapa cara yang boleh menyembuhkan parut keloid itu dengan menggunakan bahan semula jadi. Diambil dari Family Doctor, keloid adalah sejenis bekas luka yang timbul di permukaan kulit.

Keloid juga terjadi apabila kulit yang terluka telah sembuh dari cedera namun ia tumbuh lebih besar dari luka biasa.

Apa yang menyebabkan parut dan bekas luka pembedahan czer jadi keloid adalah kerana cedera akibat prosedur pembedahan, terbakar dan penjagaan yang kurang tepat.

Keloid ini akan terus tumbuh selama bertahun-tahun selepas luka sembuh.

Keadaan yang meningkatkan risiko keloid selepas caesar

parut keloid selepas czer

credit to sources

Menurut American Osteophatic College of Dermatology, kira-kira 10 peratus orang berpotensi mengalami keloid. Umumnya, wanita yang berusia bawah 30 tahun dan memiliki kulit gelap lebih mudah mengalaminya pada luka bekas pembedahan.

Selain itu, faktor genetik turut meningkatkan risiko terjadinya keloid ini. Berdasarkan sebuah penelitian, gen yang dikenali sebagai AHNAK memiliki kecenderungan mengalami bekas luka keloid daripada wanita yang tidak memiliki gen tersebut.

  • Parut keloid tumbuh perlahan-lahan dalam tempoh waktu tiga bulan hingga satu tahun dan kadang kala tumbuh selama bertahun-tahun lamanya.
  • Bekas luka akan berwarna merah muda atau keungguan.
  • Parut keloid ini sedikit berbeza dengan permukaan kulit di sekitarnya seperti keras dan kenyal.
  • Beberapa jenis keloid ini biasanya gatal atau sakit bila disentuh.
  • Keloid biasanya muncul di bahagian leher, dada, bahu, punggung dan telinga serta bahagian parut selepas czer. Ia memiliki ukuran satu ke 12 inci atau lebih.

Cara merawat keloid secara semula jadi

Berikut merupakan bahan-bahan semula jadi yang dapat digunakan bagi merawat keloid:

#1. Bawang putih

parut keloid, keloid, cara merawat keloid, cara merawat parut keloid, cara mencegah keloid, cara mengubat keloid, cara ubat keloid, cara mencegah parut keloid, parut keloid czer, keloid czer, keloid lepas bersalin

  • Mencegah proliferasi fibroblast yang menyebabkan fibroid membesar.
  • Dapat membantu penyembuhan keloid.
  • Caranya, dapatkan seulas dua bawang putih kemudian sapukan pada bekas parut itu selama 15 minit.
  • Cuci kawasan tersebut dengan air suam dan anda juga boleh menggunakan minyak bawang putih.
  • Ulangi cara ini setiap hari sebaiknya dua kali sehari.

#2: Madu

  • Madu terkenal sebagai bahan alami yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit termasuklah keloid.
  • Madu dapat merawat sel mati di kawasan luka dan meningkatkan peredaran darah serta mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Sapu madu segar pada bekas luka dan urut lembut selama 30 ke 40 minit. Kemudian bilas dengan air.
  • Anda boleh sapu madu dua kali sehari selama beberapa minggu bagi mengurangkan bekas keloid itu.

 #3: Lidah buaya

  • Gel dalam lidah buaya memiliki sifat antiseptik dan antibakteria yang membantu penyembuhan keloid pada tahap awal.
  • Lidah buaya juga dapat mengurangkan rasa sakit dan keradangan.
  • Caranya potong daun dan ambil gel yang ada di dalamnya. Bersihkan kawasan keloid dengan air suam dan sapu gel lidah buaya tersebut.
  • Biarkan selama 30 minit sebelum bilas.
  • Buat cara ini sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Semoga berguna untuk anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nia Lara Sari. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner