6 tips mudah dan berkesan untuk kurangkan rasa sakit selepas bersalin

Padsicles adalah antara cara termudah untuk atasi rasa sakit selepas bersalin. Mari ketahui lanjut cara untuk menyediakannya serta 5 kaedah lain lagi!
Ibu kena tanggung rasa sakit selepas bersalin…
Ya, keindahan melahirkan cahaya mata kadangkala diikuti dengan pelbagai rasa sakit selepas bersalin, terutamanya di bahagian bawah wanita dan apabila ia melibatkan episiotomi.
Rasa sakit selepas bersalin ini selalunya kurang dibincangkan secara terbuka. Tapi, tahukah ibu semua yang rasa sakit selepas bersalin boleh berlanjutan selama 6 minggu atau lebih?
Walaupun ia perkara yang sering terjadi, namun pengurusan rasa sakit selepas bersalin kurang diberi penekanan dalam bidang kajian klinikal.
Tapi, jangan panik. Anda boleh bersiap sedia untuk menangani isu rasa sakit atau ketidakselesaan selepas bersalin dengan tip di bawah ini:

Kredit: Elisa Castellanos Facebook page
1. Padsicles untuk tangani rasa sakit selepas bersalin
Seorang ibu, Elisa Castellanos, ada berkongsi tip menarik di laman FBnya tentang cara untuk mengatasi rasa sakit selepas bersalin. Tip yang dikongsinya itu menggunakan padsicles.
Apakah itu padsicles? Elisa menggambarkan padsicles seolah-olah aiskrim pop untuk vagina anda.
Elisa telah mencuba sendiri kaedah penggunaan padsicles dan mengakui yang ia membantu dirinya selepas melahirkan anak. Padsicles mengurangkan rasa sakit, malah ia mudah dan cepat untuk dibuat.
Buat padsicles anda sendiri dengan cara mudah ini
1. Krim Witch Hazel. Anda boleh mendapatkan krim Witch Hazel di farmasi atau secara online di Shopee atau Lazada.
2. Gel Aloe Vera. Elisa mencadangkan produk Aloe Vera khas untuk mengebaskan bahagian vagina.
3. Pad. Pilih pad yang bersaiz besar.
4. Pati Minyak Lavender. Anda boleh memilih haruman lain yang anda minat.
7 langkah mudah untuk buat padsicles

Kredit: Elisa Castellanos Facebook page
- Buka pad
- Letak pembalutnya di tepi. Jangan dibuang kerana anda akan menggunakannya semula
- Campur semua ramuan dan sapukan pada pad menurut kadar berikut: 2 sudu krim witch hazel, 1 sudu gel aloe vera, beberapa titisan pati minyak lavender
- Lipat dua pad tersebut
- Balut semula menggunakan pembalut pad
- Simpan semua pad dalam beg freezer.
- Masukkan beg freezer tersebut ke dalam peti ais

Kredit: Elisa Castellanos Facebook page
Apabila tarikh bersalin anda semakin dekat, jangan lupa untuk masukkan padsicles ini dalam beg bersalin anda sebelum pergi ke hospital!
Selain daripada memakai padsicles, ada beberapa cara lain untuk menguruskan rasa sakit selepas bersalin. Antara caranya adalah:
2. Makan ubat yang diberi doktor
Doktor selalunya akan memberikan beberapa ubat untuk membantu anda mengatasi rasa sakit selepas bersalin. Antara yang selalu dipreskripsikan adalah:
- Paracetamol. Berkesan untuk mengurangkan rasa sakit.
- Ibuprofen. Ubat bersifat anti-keradangan dan membantu mengurangkan bengkak dan rasa sakit.
- Oxycodone. Ia adalah ubat opioid yang berkesan untuk menangani rasa sakit yang sederhana hingga yang serius.
Anda perlu tahu yang ubat di atas ini mungkin akan memberikan kesan sampingan kepada anda. Jadi, pastikan anda mengikuti nasihat doktor dan mengambil mengikut ketetapan preskripsi.
3. Guna pek ais untuk mengurangkan rasa sakit selepas bersalin

Kredit: Amazon.com
Anda juga boleh cuba untuk meletakkan pek ais pada bahagian yang sakit selama 10 ke 20 minit. Untuk mengelakkan sentuhan direct pada bahagian luka, lapik dengan kain nipis.
4. Teknik bertenang dan menarik nafas
Salah satu lagi cara untuk mengatasi rasa sakit yang dialami selepas bersalin adalah dengan menggunakan kaedah bertenang dan menarik nafas.
Dengan teknik bertenang dan bernafas semasa melahirkan anak ini, ia turut membantu mengurangkan rasa pedih yang dialami selepas bersalin.
5. Guna air suam
Menggunakan air suam untuk mencuci bahagian kemaluan turut membantu mengurangkan rasa sakit.
Jika anda ada tab mandi, gunakan air suam dan berendam 3 kali sehari. Ia dapat memberikan kesan kelegaan.
6. Cara untuk melegakan kesakitan perineal

Kredit: Usnews.com
- Untuk melegakan rasa sakit perineal, cari posisi yang sesuai untuk anda dan duduk menggunakan posisi tersebut, terutamanya ketika sedang mendukung si kecil
- Elak sering berjalan selepas baru bersalin. Minta pertolongan suami atau penjaga untuk mengambil apa yang anda perlukan
- Beri sokongan tambahan pada bahagian bawah anda ketika membuang air kecil, elakkannya daripada bergantung tanpa sokongan
- Pakai pakaian yang selesa dan tidak terlalu ketat
Rasa sakit selepas bersalin kadangkala amat memeritkan untuk sesetengah ibu. Dengan mengamalkan beberapa tip di atas, diharapkan anda dapat menikmati kelegaan dan rasa selesa.
Jika anda ada tip berguna lain untuk para ibu yang baru bersalin, mari berkongsinya di ruang komen!
Terjemahan dari theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: