Ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) memang ramai yang mengandung, jadi ramai jugalah yang bersalin pada musim ini. Berpantang sediri ketika PKP ini boleh buat ibu murung yang berisiko menyebabkan mereka meroyan!
Apakah meroyan sebenarnya? Mengapa perkara ini terutama bagi orang-orang tua tidak mahu berlaku kepada ibu lepas bersalin?
Murung lepas bersalin, meroyan boleh berulang untuk kelahiran lain
Kredit: thezuriat
Ada yang mendakwa, jika ibu lepas bersalin sudah sekali terkena meroyan, dia akan mengalaminya untuk kelahiran seterusnya. Disebabkan itu, seboleh-bolehnya dielak ibu lepas bersalin terkena meroyan.
Meroyan atau kemurungan selepas bersalin adalah satu masalah yang biasa dialami oleh wanita selepas bersalin. Gila meroyan adalah gangguan perasaan dan jiwa yang serius.
Ada yang percaya ia sangat berkait rapat dengan penjagaan sewaktu berpantang atau selepas berpantang. Sesuatu yang serius, kerana ada tahap ini wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan diri sendiri, bayi serta orang-orang di sekeliling.
Apa yang boleh menyebabkan meroyan?
Meroyan atau murung lepas bersalin tidak boleh terjadi begitu saja. Ada sebab yang mengundang kepada berlakuknya perkara serius ini.
Hakikatnya masalah meroyan banyak dikaitkan dengan tekanan perasaan atau stres yang terlampau semasa di dalam pantang atau selepas bersalin.
Namun faktor-faktor berikut mungkin menjadi penyebab kepada keadaan tekanan seorang ibu tersebut sehingga boleh menyebabkan meroyan. Antaranya:
- Kemurungan semasa kehamilan atau sejarah sakit mental terdahulu
- Suami yang kurang memberi sokongan semasa kehamilan dan juga semasa berpantang
- Pengabaian suami pada penjagaan isteri dan bayi semasa berpantang
- Tiada ahli keluarga yang tinggal berdekatan atau yang boleh membantu semasa berpantang
- Mempunyai masalah dalam kewangan, tempat kerja atau orang perseorangan
- Mempunyai masalah atau risiko semasa hamil dan juga semasa melahirkan
- Bayi yang dilahirkan pramatang atau mempunyai masalah kesihatan
- Bayi yang kolik dan kerap menangis
- Keletihan berdepan dengan ‘tugas baru’ seorang ibu
- Sukar dan menghadapi masalah dalam penyusuan susu ibu
- Kehilangan ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa atau suami disaat sedang hamil atau sebelum melahirkan yang boleh mendatangkan ingatan yang sedih
Ia banyak berkaitan dengan sokongan mental daripada orang sekeliling kerana ibu dalam pantang ini sangat fragile. Silap sikit memang buruk padahnya.
Tanda meroyan pada ibu lepas bersalin
Kredit: eva
- Perasaan putus asa
- Menyalahkan diri
- Cepat marah
- Tidak suka pada bayi
- Sering bersendiri
- Tidak bersemangat
- Letih
- Muram
- Sering menangis
- Gelisah
- Sunyi
- Rasa dipinggirkan dan tersisih
- Rasa diri tidak berguna dan sempurna
- Mula mengingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia dan berasa amat sedih
Cara mengelak meroyan
Sudah pasti ada cara untuk elak kemurungan atau meroyan ketika dalam pantang yang mungkin dapat membantu ibu-ibu di luar sana lebih tenang. Ia termasuklah:
#1. Banyakkan berehat
Dalam pantang, rehat merupakan satu tempoh pemulihan yang sangat penting. Cuba cari waktu semasa bayi tidur untuk tidur seketika.
Sekiranya berpantang sendiri abaikan semua kerja-kerja rumah dahulu sehingga betul-betul sihat dan bertenaga untuk melakukannya.
#2. Makan makanan berkhasiat
Pentingnya makanan yang sihat adalah supaya badan kita cepat sihat dan tenaga cepat pulih seperti sediakala. Juga untuk pastikan luka cepat sembuh.
Setelah 9 bulan mengandung dan menghadapi pelbagai perubahan hormon tempoh berpantang amat diperlukan untuk memastikan keseimbangan hormon yang stabil dan emosi yang tenang.
#3. Berurut dan bertungku
Kredit: be positive
Amalan tradisional yang sangat bermanfaat untuk kesihatan badan. Berurut dan bertungku membantu melancarkan kembali aliran darah dan menghilangkan sakit-sakit badan.
Ia juga melancarkan pengeluaran darah nifas. Ini penting bagi menjamin tubuh sihat dan tidak terganggu dengan ‘darah kotor’ yang tidak habis keluar.
Bertungku juga membantu mengecutkan kembali rahim seperti sediakala. Ini boleh dilakukan oleh bidan-bidan yang berpengalaman dan mereka yang arif dalam bidang perbidanan.
#4. Aktifkan diri dengan kumpulan sokongan
Dengan pelbagai media sosial seperti facebook, Instagram, blog dan Twitter ibu-ibu boleh mengaktifkan diri dalam kumpulan sokongan ibu-ibu berpantang dan menyusu.
Di sini, ibu-ibu boleh berkongsi pengalaman, bertanya tentang perihal masalah yang dihadapi semasa berpantang dan tentang penjagaan bayi. Tapi pastikan cari kumpulan sokongan yang membina dengan adanya ahli mereka seperti pakar laktasi, pakar nutrisi dan mungkin doktor.
#5. Banyakkan berzikir, ingat Allah, positif selalu
Bagi ibu yang beragama islam, banyakkan berzikir semasa dalam tempoh berpantang. Isikan kekurangan rohani semasa dalam tempoh nifas dengan zikrullah dan banyak mengingati Allah.
Walau pelbagai dugaan yang menimpa, sentiasa ingat bahawa Allah selalu ada untuk kita. Pasti ada sesuatu yang baik sedang menunggu kita. Jangan bebankan diri dengan memikirkan sesuatu yang negatif.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: uruttradisionalampang
Kredit: asifit
Baca juga: Apa Itu Murung Dalam Senyum? Tanda-Tanda Kemurungan Orang Sering Abaikan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!