Masih ramai tidak pernah mendengar tentang ‘Kemurungan Senyum’. Murung dalam senyuman sebenarnya ialah mereka yang menghidap ‘kemurungan senyum’ tak menunjukkan sebarang tanda-tanda kemurungan langsung.
Sebaliknya, mereka akan sentiasa tersenyum dan ceria. Betul-betul seperti kata-kata “senyum dalam duka”.
Murung dalam senyuman tidak kenal siapa mangsa
Kredit: Pexels
Seperti masalah kemurungan biasa, kemurungan senyum juga tak mengenal mangsanya. Sesiapa sahaja boleh menghidapinya; tak kira umur, tak kira jantina dan tak kira darjat. Malah, orang yang menghidapnya mungkin tak sedar dia mempunyai kemurungan ini.
Tiada tanda-tanda ketara untuk murung dalam senyum
Kredit: Unsplash
Tidak seperti kemurungan biasa, murung dalam senyum tiada tanda awal yang ketara. Orang yang menghidapnya boleh sentiasa tersenyum dan langsung tidak rasa tertekan. Malah mereka sendiri akan menafikan yang mereka mempunyai masalah kemurungan.
Salah satu ‘tanda’ kemurungan senyum yang ketara ialah, bunuh diri. Pernah tak anda dengar kes orang yang sentiasa ceria dan gembira tiba-tiba bunuh diri? Ya secara tiba-tiba, dan inilah salah satu contoh kesan kemurungan senyum yang bahaya.
Dan inilah sebabnya kesedaran tentang kesihatan mental itu penting! Dapatkan bantuan sekiranya perlu, jangan sesekali rasa malu untuk mendapatkan bantuan. Kerana ia penting untuk diri anda, orang tersayang dan orang sekeliling anda.
Kesihatan mental, apa yang anda perlu tahu?
Kredit: Unsplash
Bagi kebanyakan orang, terma ‘masalah kesihatan mental’ penuh dengan salah faham dan prejudis. Masyarakat sering mengaitkan masalah kesihatan mental dengan gila atau tidak waras. Jadi, tanggapan ini buat orang lain takut nak menjaga kepentingan kesihatan mental masing-masing.
Itulah sebabnya mengapa orang tidak mahu meneruskan rawatan sakit mental, atau sentiasa menidakkan masalah yang mereka hadapi. Lama-kelamaan keadaan menjadi semakin teruk. Jadi, timbullah pelbagai kes yang tidak masuk akal seperti membunuh diri secara tiba-tiba.
Mari kita ubah persepsi ini dan tanam betapa penting menjaga kesihatan mental. Berikut adalah beberapa perkara yang ada patut tahu tentang kesihatan mental:
- Menambah ilmu tentang kesihatan mental. Ajar diri anda tentang masalah mental dengan lebih banyak kerana melalui ilmu, anda akan lebih faham apa yang dihadapi oleh orang yang ada masalah mental.
- Jika anda ada orang tersayang yang menghadapi masalah mental, fahami mereka. Jangan layan mereka sama seperti orang biasa. Mereka memerlukan perhatian, kasih sayang, dan rasa hormat. Mereka memerlukan sokongan dari orang sekeliling mereka.
- Bersabar. Kadang-kala mereka yang mempunyai masalah mental mempunyai perilaku yang sukar difahami. Ini kerana mereka sendiri sedang ‘berperang’ dengan diri mereka dan mereka berharap agar orang di sekeliling boleh bersabar dengan diri mereka.
- Jangan takut mendapatkan bantuan. Ini adalah satu perkara yang ramai abaikan. Dapatkan bantuan selagi masih boleh! Jangan takut dengan persepsi masyarakat luar.
- Kekal positif. Jika anda mempunyai masalah kesihatan mental atau mengenali seseorang dengan masalah mental, kunci utama untuk menjadi lebih baik ialah kekal positif. Tidak kira apa yang terjadi, anda kena kekal positif kerana keadaan akan menjadi lebih baik sekiranya anda kekal begitu.
Jika anda perlukan bantuan, anda boleh hubungi nombor berikut:
Kredit: Freepik
- Talian sokongan psikososial COVID-19 (Kementerian Kesihatan Malaysia & Mercy Malaysia) Individu yang terkesan emosi boleh hubungi di talian 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935
- Talian Khas Perkhidmatan Kaunseling COVID-19 (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) Talian Kasih 15999 dan talian Whatsapp 0192615999
- Klinik Kaunseling Komuniti, UPM Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pembelajaran Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor. Kontak: +603-8946 8118 | Website
- Unit Psikologi Kaunseling Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur Jabatan Kesihatan Wilayah, Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur. Kontak: +603-22687333 | Website
- Jabatan Psikologi Kaunseling, Hospital Kuala Lumpur Unit Psikologi Kaunseling (UPsK), Hospital Kuala Lumpur, Unit Psikologi Kaunseling, Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur. Kontak: +603-2615 6254 Nota: Memerlukan surat rujukan dari doktor
- Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Bangunan LPPKN, Bahagian Pembangunan Keluarga, Unit Kaunseling, 12B, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Kontak: +603-2693 7555 | [email protected]
- Jabatan Psikiatri,Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klinik Pakar Psikiatri (Psychiatry Clinic), Aras 1, Ambulatory Care Centre (ACC) HTAR, Jalan Langat 41200 Klang, Selangor. Kontak: +603-3375 7000 (ex 6273)
- Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC/PPUM) Pusat Perubatan Universiti Malaya, Lembah Pantai, 59100 Kuala Lumpur. Kontak: +603-7949 2988/+603-7949 3991/+603-7949 3598
- Jabatan Psikiatri Hospital UKM Hospital UKM, Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur. Kontak: +603-9173 3333
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Kesihatan mental, dapatkan bantuan di peringkat awal
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!