Senarai lengkap buah apa yang boleh dan tak boleh dimakan masa pantang

Pening fikir buah apa yang anda boleh atau tak boleh makan semasa berpantang? Jangan risau, ini adalah senarai lengkap buah untuk ibu berpantang untuk anda,
Seperti yang kita tahu, buah-buahan memang banyak khasiatnya. Lebih-lebih lagi semasa berpantang.
Kita memerlukan khasiat dalam buah-buahan untuk pulihkan tenaga selepas melahirkan anak.
Tapi, tak semua buah anda boleh makan semasa berpantang. Ada beberapa buah yang tak boleh dimakan kerana buah tersebut bersifat tajam atau sejuk.
Ini adalah senarai lengkap buah untuk ibu berpantang dan buah yang dilarang makan semasa dalam pantang.
Buah untuk ibu berpantang: 11 buah yang boleh dimakan
Buah yang boleh dimakan ini dapat memulihkan tenaga ibu berpantang serta memberi zat untuk membuatkan anda mendapat khasiat yang seimbang serta menghasilkan susu ibu yang berkualiti.
Buah yang berwarna terang seperti betik, anggur dan blueberries mengandungi antioksidan yang tinggi. Makanan yang kaya dengan antioksidan akan menguatkan kesihatan jantung, merendahkan risiko jangkitan dan kanser.
Manakala buah seperti oren yang tinggi dengan vitamin C ini pula dapat memulihkan semua tisu dalam badan ibu berpantang dan mempercepatkan pemulihan luka.
Ini adalah senarai buah yang boleh dimakan semasa dalam pantang:
- Anggur
- Kurma
- Oren
- Epal merah
- Strawberi
- Peach
- Prun
- Kismis
- Longan cina
- Blueberry
- Walnut
Anda digalakkan untuk makan buah-buahan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Buah untuk ibu berpantang: 30 buah yang tak boleh dimakan
Ada beberapa buah-buahan yang tak boleh dimakan semasa berpantang kerana buah-buahan ini sejuk, tajam atau panas. Perkara-perkara ini akan membuatkan proses pemulihan anda selepas bersalin terganggu.
Buah-buahan ini juga dilarang kerana ia boleh menyebabkan anda mengalami sakit tulang, sakit otot atau lemah sendi. Kesannya mungkin tak dapat dilihat sekarang tapi ia akan memberi kesan pada masa hadapan.
Ibu yang tak mengamalkan pantang dengan betul seperti wanita di Barat, cenderung mendapat penyakit seperti artritis dan rheumatisme.
Jadi, ini adalah senarai buah-buahan yang dilarang makan semasa dalam tempoh berpantang:
- Nenas
- Limau
- Buah Lai
- Tembikai Susu
- Tembikai Merah
- Tembikai Cina
- Kiwi
- Epal Hijau
- Buah Pear
- Pisang
- Jambu
- Belimbing
- Durian Belanda
- Mangga
- Betik
- Ciku
- Langsat
- Nangka
- Cempedak
- Pisang Masak Hijau
- Pisang Nangka
- Pisang Embun
- Pisang Udang
- Ubi Kayu
- Ubi Keladi
- Sengkuang
- Manggis
- Macang
- Kuinin
- Binjai
Memang banyak buah-buahan yang tak boleh dimakan, tapi hanya semasa dalam tempoh berpantang saja. Jadi tahan sikit ya mommies semua?
Semoga bermanfaat dan selamat berpantang!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: Bersalin menyusu
Baca juga:
7 Kategori Makanan Yang Boleh & Tak Boleh Diamalkan Ketika Berpantang
Ibu-Ibu, Berpantang Moden Pun Ada Juga Makanan Yang Perlu Dielakkan, Semak Senarai Ini!
Bagaimana ingin cegah kehamilan jika pasangan terpancut dalam?
Luka Bersalin Bernanah Teruk, Ibu Jangan Cuba Petua MENGARUT Ketika Dalam Pantang!