TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

10 Manfaat Halia, Elak Jangkitan Kuman & Kuatkan Sistem Imun

3 min bacaan
10 Manfaat Halia, Elak Jangkitan Kuman & Kuatkan Sistem Imun

Halia mempunyai pelbagai manfaat kesihatan kerana bersifat anti-radang dan anti-mual. Benarkah ia boleh turunkan berat badan?

Halia mempunyai pelbagai manfaat kesihatan kerana bersifat anti-radang dan anti-mual. Ia juga dikatakan boleh membantu dalam penurunan berat badan, mengurus artritis, mengurangkan simptom menstruasi dan banyak lagi.

Kebaikan Halia Buat Kesihatan

1.Mengandungi Gingerol Bahan Anti-Radang, Antiaoksidan Tinggi

Gingerol merupakan sebatian bioaktif utama dalam makanan ini. Ia bertanggungjawab untuk banyak sifat perubatan tumbuhan ini. Ia mempunyai kesan anti-radang dan antioksidan yang kuat. Ia mungkin membantu mengurangkan tekanan oksidatif yang berpunca daripada terlalu banyak radikal bebas dalam badan.

halia

2.Mengurangkan Loya, Mual

Jika anda hamil tumbuhan ini berkesan mengurangkan morning sickness. Jika anda sedang melalui rawatan kimoterapi ia juga membantu mengurangkan mual akibat rawatan. Ia juga boleh mengurangkan mual selepas pembedahan tertentu kesan daripada bius dan sebagainya. Walaupun umumnya selamat, adalah baik untuk berbincang dengan doktor sebelum mengambil jumlah besar jika anda mengandung.

Halia mungkin tidak sesuai semasa mengandung bagi orang yang hampir bersalin dan mereka yang mempunyai sejarah keguguran kehamilan atau pendarahan faraj. Ia juga mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai darah beku dia mana-mana bahagian. dengan gangguan pembekuan.

3.Menurunkan Berat Badan

Ia mungkin memainkan peranan dalam penurunan berat badan. Penambahan halia secara signifikan mengurangkan berat badan, nisbah ukuran pinggang-pinggul dan nisbah pinggul pada orang yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

4. Membantu Mengurangkan Simptom Osteoartritis

Osteoartritis (OA) boleh menyebabkan sakit sendi dan kekakuan. Satu ulasan menyimpulkan bahawa ia mungkin membantu mengurangkan kesakitan dan kecacatan. 

5.Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah

Mengurangkan kadar gula darah akan merendahkan risiko penyakit jantung. Beberapa penyelidikan menunjukkan ia mungkin mempunyai sifat anti-diabetik. Satu ulasan pada tahun 2022 menemui pengurangan yang signifikan dalam gula dalam darah pada pesakit diabetes jenis 2 selepas mengambil suplemen halia.

6.Baik Untuk Sistem Pencernaan

Halia mungkin membantu pencernaan dengan mempercepatkan pengosongan makanan dari perut. Masalah berkaitan pencernaan seperti sakit perut, kembung, rasa terlalu kenyang, kentut, dan loya boleh dikurangkan dengan makan halia.

7.Mengurangkan Kejang Ketika Menstruasi

Halia mungkin membantu melegakan ketidakselesaan di kawasan ari-ari ketika haid.
Beberapa penyelidikan telah mencadangkan bahawa halia lebih berkesan daripada acetaminophen/caffeine/ibuprofen (Novafen) dalam melegakan sakit haid.

8. Menurunkan Tahap Kolesterol

Tahap tinggi kolesterol LDL dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Pengambilannya secara signifikan mengurangkan trigliserida dan kolesterol LDL (kolestrol jahat) sambil meningkatkan kolesterol HDL (kolestrol baik).

9.Kurangi Risiko Kanser

Halia mungkin mempunyai sifat anti-kanser disebabkan oleh gingerol dan pelbagai sebatian antioksidan dan anti-radang.Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa sebatian ini boleh membantu mengurangkan risiko kanser gastrointestinal, seperti kanser kolorektal, pankreas dan hati.

10.Lindungi Fungsi Otak, Elak Alzheimer

Sebatian dalam halia membantu mencegah penyakit degeneratif seperti Alzheimer, Parkinson, dan multiple sclerosis. Tekanan oksidatif dan radang kronik mungkin pendorong utama penyakit Alzheimer dan penurunan kognitif berkaitan dengan usia.

Beberapa kajian haiwan menunjukkan bahawa antioksidan dan sebatian bioaktif dalam halia boleh menghalang tindak balas radang yang berlaku dalam otak. Ini boleh membantu mencegah penurunan kognitif.

healthline

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Air Halia Untuk Ibu Mengandung, Kaya Dengan Manfaat Termasuk Kurangkan Gula Untuk Ibu GDM

Baca juga: Khasiat Halia Dipercayai Mampu Merawat Batuk & Kembung Perut Si Kecil

Baca juga: 5 Khasiat Halia Bara Untuk Kesihatan Wanita, Salah Satunya Meningkatkan Kesuburan!

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 10 Manfaat Halia, Elak Jangkitan Kuman & Kuatkan Sistem Imun
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham