X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sembelit Selepas Bersalin, Cuba 11 Petua Semulajadi & Berkesan Ini

5 min bacaan
Sembelit Selepas Bersalin, Cuba 11 Petua Semulajadi & Berkesan Ini

Sembelit selepas bersalin amat menyiksakan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan. Macam mana nak mengatasi masalah ini?

Masalah sembelit selepas bersalin kerap dihadapi oleh ramai wanita selepas melahirkan anak. Sudahlah sembelit, tambah pula dengan jahitan yang masih belum sembut membuatkan sesetengah ibu yang sanggup tak membuang air besar beberapa hari terawal selepas bersalin.

▲▼Isi Kandungan

  • Punca Masalah Sembelit Selepas Melahirkan Anak
  • Ubat Sembelit Selepas Bersalin
  • Petua Semula Jadi Sebagai Ubat Sembelit Selepas Bersalin
  • Kesimpulan

Punca Masalah Sembelit Selepas Melahirkan Anak

Wanita yang baru melahirkan anak, kerap mengalami masalah sembelit untuk beberapa hari. Selalunya ketika masih berada di hospital, doktor akan memberikan enema bagi mengurangkan masalah ini. Enema adalah bahan selalunya berbentuk cecair yang dimasukkan ke dalam rectum (usus besar) untuk mengeluarkan najis.

Jika semasa proses melahirkan anak, seorang wanita diberikan ubat tahan sakit atau suntikan bius pada tulang belakang, usus akan berfungsi dengan lebih perlahan dan ini menyebabkan lebih mudah mendapat masalah sembelit. 

Begitu juga jika mengambil pil zat besi (untuk menambahkan sel-sel darah merah) semasa hamil, ia boleh menyebabkan sembelit untuk beberapa lama. Koyakan yang teruk semasa melahirkan anak juga menyebabkan masalah ini. Ini kerana selalunya koyakan berlaku pada kawasan yang dinamakan perineum yang berada di antara faraj dan dubur.

Semasa kepala bayi keluar dari saluran peranakan, kawasan ini meregang atau digunting atau mengalami koyakan secara tidak sengaja. Ini menyebabkan saraf-saraf di situ menjadi kebas dan akhirnya menyebabkan wanita yang baru melahirkan anak tidak berasa untuk membuang air besar.

Apabila saraf-saraf di dalam kawasan perineum mulai sembuh, kita akan mula berasa lebih sakit ketika membuang air besar. Namun kawasan ini menjadi bengkak dan merah, mungkin bermakna jangkitan kuman. Perlu mendapat pemeriksaan doktor.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan rasa takut berasa sakit apabila membuang air besar.  Ketakutan ini akan menyebabkan otot-otot di sekeliling lubang dubur (anus) menjadi lebih ketat dan sukar bagi najis untuk keluar. Begitu juga jika ada perasaan takut ‘jahitan akan terbuka jika membuang air besar’.

sembelit selepas bersalin

Ubat Sembelit Selepas Bersalin

Selepas bersalin, sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh ramai wanita. Berikut adalah beberapa ubat dan cara yang boleh membantu mengatasi sembelit:

1.Serat

Makanan tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh dapat membantu melancarkan proses pencernaan.

2.Cecair

Pastikan anda minum air yang cukup setiap hari. Dehidrasi boleh memburukkan lagi sembelit.

3.Ubat Laksatif

Jika perubahan diet tidak mencukupi, anda boleh menggunakan laksatif yang boleh didapati di farmasi. Laksatif jenis osmotik seperti lactulose atau polyethylene glycol biasanya dianggap selamat selepas bersalin.

4.Probiotik

Makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt boleh membantu menyeimbangkan flora usus dan memperbaiki pencernaan.

5.Senaman

Aktiviti fizikal ringan seperti berjalan kaki dapat membantu merangsang pergerakan usus.

Petua Semula Jadi Sebagai Ubat Sembelit Selepas Bersalin

1.Ambil Sumber Serat

Serat ini daripada sayur-sayuran, beras tinggi serat seperti beras perang atau beras rebus dan buah-buahan. Tinggalkan beras putih kerana ia tidak memberikan serat yang mencukupi.

2.Pengambilan Air Mencukupi

Secara amnya bagi wanita yang baru melahirkan anak, mereka memerlukan lebih banyak air dari sumber makanan dan minuman. Mereka mudah mengalami dehidrasi kerana kebanyakan air digunakan sebagai sumber susu ibu.  Secara amnya saya mencadangkan paling kurang 3L air kosong setiap hari untuk meredakan dan mengelakkan masalah sembelit.

3.Senaman

Terutama berjalan di sekeliling katil untuk menguruskan keperluan diri seperti membasuh muka, menggosok gigi dan membersihkan diri. Pergerakan fizikal akan merangsangkan pergerakan usus besar dalam abdomen dan ini mengelakkan sembelit yang berpanjangan.

4.Posisi Membuang Air Besar

Bagi mereka yang masih tidak selesa menggunakan tandas cangkung, saya mencadangkan agar duduk di tandas duduk tetapi memastikan posisi lutut lebih tinggi daripada paha. Ia boleh dilakukan dengan meletakkan kaki di atas bangku yang rendah di hadapan tandas duduk ini. Ini akan menyebabkan posisi lutut akan menjadi lebih tinggi.

5.Urut Otot Perut

Cara lain untuk menggalakkan pergerakan usus perut agar najis mudah dikeluarkan ialah dengan cara mengurut otot perut semasa berada di tandas.  Ia boleh dilakukan oleh wanita yang tidak menjalani pembedahan Caesarean kerana ada luka pada bahagian abdomen.

Caranya ialah dengan meletakkan tangan pada bahagian abdomen. Tarik otot perut ke bahagian dalam. Tarik otot perut bahagian atas dan bawah ke bahagian tengah. Tarik otot perut di bahagian sisi (kanan dan kiri) ke bahagian tengah. Teknik ini dinamakan “menyangga”.  Selepas itu cuba ‘mencungkil’ empat bahagian otot perut ke luar. Tekan dan cungkil otot-otot ini satu persatu. Ia membantu merangsangkan pergerakan usus besar ketika berada di tandas. Teknik ini dinamakan “membonjol”.

Lakukan sekurang-kurang 10 kali teknik sangga dan bonjol dan kemudian akhiri dengan satu teknik bonjol yang panjang, berlangsung lebih kurang tiga hingga lima saat.

6.Ubat Pelembut Najis

Dicadangkan pengambilan satu atau dia sudu tiga kali sehari minyak zaitun atau minyak kelapa dara bagi memudahkan najis yang keras untuk keluar.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik

Kesimpulan

Pemeriksaan doktor sangat penting. Pembelian ubatan di farmasi selalunya boleh dilakukan selepas mendapat preskripsi doktor sekiranya anda mengalami sembelit selepas bersalin. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Apa Itu Bentan Ketika Pantang? Ini Tanda-Tanda PENTING Ibu Baru Perlu Peka

Baca juga: 5 Cara Ini Berkesan Untuk Legakan Anak Yang Sembelit

Baca juga: Sembelit Ketika Mengandung Amat Menyakitkan, Ini Cara Mengatasinya Tanpa Ubat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Sembelit Selepas Bersalin, Cuba 11 Petua Semulajadi & Berkesan Ini
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham