11 Makanan Ini Bantu Ibu Hamil Tambah Darah, Bolehlah Ibu Cegah Anemia!

lead image

Bimbang darah merah kurang? Tak usah khuatir. Ini senarai makanan yang boleh menambah sel darah merah anda!

Ketika mengandung, ibu hamil disarankan mengambil sejumlah makanan untuk tambah darah merah kerana pada ketika itu, ramai wanita mudah mengalami kekurangan sel darah merah atau dipanggil anemia.

Anemia merupakan satu keadaan di mana ibu hamil mengalami kekurangan darah kesan jumlah sel darah merah yang sihat tidak mencukupi untuk dapat membawa oksigen ke seluruh tubuh lalu menyalurkannya pada janin.

Hal ini kerana ketika hamil, tubuh anda perlu menghasilkan lebih banyak darah bagi pertumbuhan bayi yang sihat. Tapi bila darah tak cukup, ia mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti kelahiran pramatang dan tubuh ibu cepat penat.

Untuk itu, kami senaraikan makanan untuk tambah darah merah ini. Jom kita lihat bersama!

11 makanan untuk tambah darah merah, jom ibu kita amalkan!

#1. Makanan untuk tambah darah merah – Pisang 

makanan untuk tambah darah merah, makanan untuk anemia, makanan menambah darah merah, tambah darah merah, tips tambah darah, cara menambah darah merah, cara tambah sel darah merah, mencegah anemia, makanan mencegah anemia, makanan cegah kurang darah, masalah kurang darah

Pisang membantu tambah sel darah merah kepada wanita hamil. Ambil sekurang-kurangnya dua biji setiap hari kerana folat yang terkandung dalam buah ini boleh membantu perkembangan janin dan dapat menghasilkan sel baru.

#2. Makanan untuk tambah darah merah –  Daging merah 

Tahukah anda zat besi dari sumber haiwan seperti daging merah mudah diserap ke dalam tubuh berbanding sumber lain? Sebab itu ia dapat mencegah masalah anemia terutama ketika mengandung!

#3. Makanan untuk tambah darah merah – Brokoli 

Brokoli mengandungi antioksidan yang boleh melawan penyakit dan jangkitan sekaligus melindungi kehamilan anda.

#4. Makanan untuk tambah darah merah – Hati ayam 

Makan hati ayam dapat tambah kepekatan darah. Namun, jangan ambil terlalu kerap kerana organ dalaman haiwan tidak bagus untuk kesihatan otak janin.

#5. Makanan untuk tambah darah merah – Kekacang 

makanan untuk tambah darah merah, makanan untuk anemia, makanan menambah darah merah, tambah darah merah, tips tambah darah, cara menambah darah merah, cara tambah sel darah merah, mencegah anemia, makanan mencegah anemia, makanan cegah kurang darah, masalah kurang darah

Ambil kekacang sebagai snek ringan setiap hari sepanjang kehamilan, malah ia juga sumber untuk menambah darah sekaligus mencegah anemia!

#6. Makanan untuk tambah darah merah – Sayur bayam

Kalau anda nak tahu, sayur bayam merupakan makanan paling bagus untuk ibu hamil berbanding sayur yang lain kerana ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk memerangi anemia.

#7. Kerang 

Kerang sangat terkenal dalam mencegah kekurangan sel darah merah. Namun, anda harus memastikan ia dimasak sepenuhnya dan elak makan kerang mentah yang boleh menyebabkan risiko lain pula nanti.

#8. Kuning telur 

makanan untuk tambah darah merah, makanan untuk anemia, makanan menambah darah merah, tambah darah merah, tips tambah darah, cara menambah darah merah, cara tambah sel darah merah, mencegah anemia, makanan mencegah anemia, makanan cegah kurang darah, masalah kurang darah

Kuning telur mengandungi nutrien yang diperlukan ibu hamil untuk menambah sel darah merah. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.

#9. Buah delima

Kandungan zat besi dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia sekaligus mempertahan jumlah sel darah yang mencukupi sepanjang kehamilan.

#10. Oat

Ini berita baik buat penggemar oat kerana ia merupakan mineral yang sangat bagus untuk tubuh ketika hamil malah ia juga mudah dicerna.

Apa kata anda mula ambil oat hari ini? Mana tahu ia berkesan untuk tambah darah merah anda!

#11. Madu , Kurma & Kismis

makanan untuk tambah darah merah, makanan untuk anemia, makanan menambah darah merah, tambah darah merah, tips tambah darah, cara menambah darah merah, cara tambah sel darah merah, mencegah anemia, makanan mencegah anemia, makanan cegah kurang darah, masalah kurang darah

Jika anda alami anemia, gantikan gula dengan madu dalam minuman dan makanan anda. Tapi pastikan ia madu asli ya bukan tiruan!

Ambil juga kurma dan kismis kerana ia dipercayai memberi tambahan tenaga selama kehamilan dan meningkatkan sel darah merah. Didik juga anak kecil anda makan kismis dan jadikan ia snek ringan setiap hari.

Selain makanan, anda juga harus mengamalkan gaya hidup sihat dan patuhi arahan doktor supaya dapat melawan gejala anemia anda. Apapun, diharap bayi dan ibu sentiasa sihat selama sembilan bulan itu. Semoga ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia, Sirap Limau 

Baca juga:

10 Tanda-Tanda Masalah Kehamilan Yang Perlu Anda Ambil Serius

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!