Apabila bercakap tentang kehamilan dan apa saja yang datang dengannya, orang akan bercakap tentang mood yang tak stabil, kesan regangan pada kulit, loya dan sebagainya. Tapi tak ramai bercakap tentang hal yang satu ini: rambut gugur selepas bersalin.
Seorang pengguna theAsianparent Community, sangat terkejut dengan masalah rambut gugur yang dihadapinya selepas bersalin. Dan dia meminta komuniti di dalam theAsianparent Community memberikan bantuan.
Seorang ibu yang terkejut dengan jumlah rambut gugur selepas bersalin yang dihadapinya
Komuniti tersebut telah memberi respon yang masalah ini adalah normal. Tapi mengapa wanita akan mengalami masalah keguguran rambut selepas bersalin?
Perubahan hormon menyebabkan rambut gugur selepas bersalin
“Ini hanyalah satu fasa sementara kerana hormon sedang cuba kembali seperti sebelum hamil,” tulis seorang pembaca bernama Aki.K di laman web Parentown itu.
“Ia akan berakhir tidak lama lagi.”
Pakar perubatan amat setuju dengan jawapan Aki.
Ini kerana tahap estrogen di dalam badan akan berkurang selepas bersalin dan ini menyebabkan masalah keguguran rambut. Ia selalunya bermula pada bulan ke-3 atau 4 selepas bersalin dan berakhir pada bulan ke-6.
Keguguran rambut sementara ini tidak bermakna anda kekurangan nutrisi atau vitamin, ia hanyalah masalah hormon.
Jika anda risau tentang bagaimana ‘mahkota’ anda semakin menipis dari hari ke hari, cuba ikut tip berikut untuk mengatasi masalah keguguran rambut yang akan berlaku sementara ini. Ini apa yang anda boleh lakukan agar rambut gugur berkurang selepas bersalin.
1. Buat rambut anda tampak lebat dengan produk ‘volumizing’
Pelebat atau ‘mousse’ rambut boleh membantu membuatkan rambut anda nampak lebih lebat, jadi anda boleh cuba produk ini.
Ini masa yang bagus untuk tunjukkan kerinting rambut anda jika ia kerinting secara semulajadi. Jika anda ada rambut lurus, cuba gulungkan rambut anda agar lebih bertekstur.
2. Gunting rambut
Gunting rambut atau ubat stail rambut.
Rambut gugur selepas bersalin lebih ketara jika anda mempunyai rambut panjang.
Anda boleh gunting rambut atau mengubah stail rambut anda agar bahagian nipis tidak kelihatan. Tulis Ester E. di theAsianparent Community.
3. Ubah belahan rambut
Mengubah belahan rambut anda juga boleh membantu anda ‘menyorokkan’ kesan rambut menipis.
4. Warnakan rambut
Warnakan rambut anda dengan warna yang lebih cerah.
Rambut gelap akan lebih mudah kelihatan nipis, cuba warnakan rambut anda dengan warna sedikit cerah untuk menyorokkan kesan rambut semakin nipis.
Ramai yang takut mewarnakan rambut ketika menyusukan badan, namun menurut NHS, adalah jarang untuk bahan kimia di dalam pewarna rambut akan masuk ke dalam saluran darah dan susu badan anda.
Jadi anda boleh mewarnakan rambut anda itu untuk menutup masalah rambut yang semakin menipis.
5. Aksesori
Gunakan tudung, skarf, cekak rambut, topi dan sebagainya. Ini adalah cara paling cepat untuk menyorokkan rambut anda yang semakin nipis dan anda mempunyai banyak pilihan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianParent Singapore
Baca juga: 11 Cara di Rumah Yang Boleh Kempiskan Perut Selepas Bersalin
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!