11 Cara Di Rumah Yang Boleh Kempiskan Perut Selepas Bersalin

11 Cara Di Rumah Yang Boleh Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Setiap ibu pasti mengidamkan perut yang kempis dan langsing. Cubalah 11 cara di rumah ini yang berkesan untuk kuruskan badan selepas bersalin.

11 petua kurus selepas bersalin

Mengaku sajalah, saya pasti setiap ibu ingin kurus selepas bersalin.

Walaupun kita akan kehilangan berat badan yang banyak selepas melahirkan anak dan plasenta, tapi masih ada lemak-lemak dan kulit di bahagian perut yang tidak dapat dihilangkan.

Tapi jangan risau lagi! Di bawah adalah beberapa ramuan semulajadi untuk kurus selepas bersalin yang berkesan. 

Jom cuba!

kuruskan badan selepas bersalin, kurus selepas bersalin, petua kuruskan badan selepas bersalin, kurus, selepas bersalin, tips kuruskan badan selepas bersalin, cara kuruskan badan, cara kuruskan badan selepas bersalin, kurus badan selepas beranak

Kredit: Parenting

Kurus selepas bersalin #1 Bengkung

Satu cara yang sangat berkesan untuk mengempiskan perut selepas bersalin adalah dengan mengamalkan bengkung selama beberapa jam pada waktu pagi.

Di negara ini, kita sudah biasa mendengar ibu-ibu berurut dan memakai bengkung semasa pantang. Sebenarnya bengkung tradisional orang Melayu sangat berkesan!

kuruskan badan selepas bersalin, kurus selepas bersalin, petua kuruskan badan selepas bersalin, kurus, selepas bersalin, tips kuruskan badan selepas bersalin, cara kuruskan badan, cara kuruskan badan selepas bersalin, kurus badan selepas beranak

Tapi ibu-ibu yang  melahirkan anak melalui pembedahan tidak digalakkan untuk mengguna bengkung tradisional sehingga sekurang-kurangnya selepas 4 – 6 minggu.

Sebaliknya, anda digalakkan untuk memakai bengkung moden yang diberi kerana ia akan memberi sokongan kepada otot perut yang sudah kendur.

Pastikan ia digunakan dengan betul dan ketat. Jika anda bimbang tentang luka perut, gunakan sekeping tuala wanita yang bersih dan alaskan kawasan luka sebelum memakai bengkung moden itu.

Kurus selepas bersalin #2 Madu dengan lemon

Ini adalah cara yang mudah untuk kuruskan badan selepas bersalin.

Campur segelas air suam dengan jus lemon segar dan setengah sudu teh madu. Minum dengan perut kosong atau sebelum makan.

Jika boleh, minum air campuran ini sebaik saja bangun dari tidur, kemudian jangan minum apa-apa selama setengah jam.

Anda juga boleh tambahkan beberapa keping daun pudina atau hirisan timun kemudian biarkan di dalam peti sejuk semalaman. 

Tips untuk ibu menyusu: guna daun pudina dengan sederhana kerana ia boleh mengurangkan bekalan susu badan jika diambil secara berlebihan.

Kurus selepas bersalin #3 Losyen/krim
kuruskan badan selepas bersalin, kurus selepas bersalin, petua kuruskan badan selepas bersalin, kurus, selepas bersalin, tips kuruskan badan selepas bersalin, cara kuruskan badan, cara kuruskan badan selepas bersalin, kurus badan selepas beranak

Krim halia dan pati halia selalu digunakan untuk membalut perut ibu untuk kuruskan badan selepas bersalin.

Memang banyak losyen di pasaran yang memberi janji untuk kuruskan badan selepas bersalin.

Jika anda ibu menyusu, semak dulu kandungan dalam krim itu untuk memastikan ia selamat dan tidak akan beri kesan pada ibu atau bayi. 

Cuba cari losyen yang ada Kollagen, Vitamins A, C dan E. Mengurut losyen dengan kandungan vitamin ini bukan hanya akan meningkatkan aliran darah, malah ia juga boleh mengetatkan perut anda!

Kurus selepas bersalin #4 Teh Hijau

Tahukah anda secawan teh hijau boleh menolong membakar lemak perut?

Selain itu, teh hijau juga kaya dengan antioksidan! Ia juga mengandungi kafein, jadi ibu-ibu menyusu kena minum secara sederhana ya?

Pastikan anda minum teh hijau kosong – tanpa gula. Kalau tidak tak kurus pulak nanti!

Kurus selepas bersalin #5 Epal

kuruskan badan selepas bersalin, kurus selepas bersalin, petua kuruskan badan selepas bersalin, kurus, selepas bersalin, tips kuruskan badan selepas bersalin, cara kuruskan badan, cara kuruskan badan selepas bersalin, kurus badan selepas beranak

Epal boleh menghilangkan lemak perut. Epal mengandungi pektin yang membantu membakar lemak perut.

Sama seperti teh hijau, epal kaya dengan antioksidan dan boleh menghalang pengumpulan lemak yang berlebihan.

Kurus selepas bersalin #6 Diet yang seimbang 

Makan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, dan protein yang sihat. Kurangkan pengambilan garam dan gula sebanyak mungkin. Elakkan minuman bergas dan minuman berkarbonat lain.

Buah-buahan dan sayuran seperti betik, mangga, grapefruit, brokoli, dan kale boleh membantu kuruskan badan selepas bersalin.

Biarpun anda bertekad untuk kurus kerana ingin perut kempis selepas bersalin, jangan tak makan ya? Makanan adalah sangat penting untuk pemulihan anda, lebih-lebih lagi jika anda ibu menyusu.

Kurus selepas bersalin #7 Bersenam!

kuruskan badan selepas bersalin, kurus selepas bersalin, petua kuruskan badan selepas bersalin, kurus, selepas bersalin, tips kuruskan badan selepas bersalin, cara kuruskan badan, cara kuruskan badan selepas bersalin, kurus badan selepas beranak

Ibu digalakkan untuk bersenam, tapi jangan terus lakukan senaman tiba-tiba atau apa sahaja senaman yang terlalu high impact nanti rahim anda terkeluar pula!

Mula dengan senaman ringan yang boleh membina ketahanan badan seperti berjalan, berenang ataupun menunggang basikal.

Beri tumpuan kepada senaman kardio untuk mengurangkan kandungan lemak dalam badan secara menyeluruh. Untuk perut yang kempis lakukan senaman crunches dan planking

Kurus selepas bersalin #8 Jangan diet

Jangan berdiet kerana ini hanya akan menyebabkan anda rasa lemah dan metabolisma badan boleh jatuh.

Kadar metabolisma seorang ibu masih sangat tinggi buat masa ini lebih-lebih lagi kalau ibu itu menyusu.

Cuba makan dengan lebih banyak pada waktu pagi dan ingat, apabila anda makan dengan baik badan anda akan membakar lemak dengan lebih berkesan. 

Kurus selepas bersalin #9 Menyusu
kuruskan badan selepas bersalin, kurus selepas bersalin, petua kuruskan badan selepas bersalin, kurus, selepas bersalin, tips kuruskan badan selepas bersalin, cara kuruskan badan, cara kuruskan badan selepas bersalin, kurus badan selepas beranak

Kredit: kcur.org

Badan ibu yang menyusu membakar sebanyak 500 kalori sehari.

Menyusu juga boleh membantu rahim untuk mengecut ke saiz biasa dan menampakkan perut yang lebih kempis .

Kurus selepas bersalin #10 Minum air

Murah, baik untuk anda dan sangat berkesan, air boleh menolong mengeluarkan toksin dari badan dan mengempiskan perut.

Kurus selepas bersalin #11 Daun kari dan bawang putih 

Tahukah anda daun kari bagus untuk detox sambil menolong kuruskan badan selepas bersalin dengan membakar lemak?

Bawang putih juga boleh mengempiskan perut. Kunyahkan beberapa bawang putih mentah kemudian minum air limau. Tetapi tidak semua ibu dapat tahan rasanya! 

Selamat mencuba!

Sumber: Mom Junction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

5 Perkara Penting Tentang Payudara Selepas Anda Jadi Seorang Ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner